omniture

Tecumseh Products Company Meterai Persetujuan Muktamad Untuk Diambil Alih Sekutu Mueller Industries & Atlas Holdings

Tecumseh Products Company
2015-08-06 23:50 102

- Pemegang Saham Tecumseh Products Company Akan Menerima $5.00 per Syer Tunai

- Tecumseh Products Company Akan Kekal Sebagai Perniagaan Mandiri

ANN ARBOR, Michigan, 6 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Tecumseh Products Company (NASDAQ: TECU) ("Tecumseh" atau "Syarikat"), pengeluar gklobal terkemuka untuk pemampat dan produk berkaitan, bersama Mueller Industries, Inc. (NYSE: MLI) ("Mueller Industries") dan Atlas Holdings LLC ("Atlas Holdings"), hari ini mengumumkan yang mereka telah memeterai satu persetujuan penggabungan muktamad yang mana sekutu Mueller Industries dan Atlas Holdings akan mengambil alih Tecumseh dalam urus niaga yang dinilaikan sebanyak kira-kira $123 juta, termasuk pemikulan hutang bersih. Harga tawaran $5.00 per syer tunai mencerminkan premium sebanyak 155% berdasarkan harga penutupan Tecumseh sebanyak $1.96 per syer pada 4 Ogos 2015.

Urus niaga yang diusulkan ini akan membawa bersama Tecumseh, jenama ikonik dengan jejak global serta kedudukan peneraju pasaran, dengan pemilik baharu, Mueller Industries dan Atlas Holdings, yang akan menyumbang kepakaran pasaran serta pengendalian, dan juga modal.

"Kami tidak sabar-sabar lagi untuk bekerjasama dengan Mueller Industries dan Atlas Holdings untuk membantu kami mencapai pertumbuhan berterusan sambil menyediakan produk inovatif dan terbaik dalam kategorinya kepada para pelanggan kami selain perkhidmatan dan sokongan yang hebat," kata Harold Karp, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tecumseh.

Gambaran Urus Niaga
Di bawah syarat persetujuan penggabungan, sekutu Mueller Industries dan Atlas Holdings akan membuat tawaran tender untuk semua syer saham biasa diterbitkan Tecumseh sebanyak $5.00 per syer tunai, premium sebanyak 155% berdasarkan harga penutupan Tecumseh sebanyak $1.96 per syer pada 4 Ogos 2015. Lembaga Pengarah Tecumseh secara sebulat suara telah meluluskan persetujuan penggabungan ini.

Kedudukan Pascaurus Niaga
Tecumseh akan kekal sebagai perniagaan mandiri dengan pengekalan ibu pejabatnya semasa pemuktamadan urus niaga yang diusulkan ini. Tambahan lagi, Tecumseh akan terus mengendalikan pusat-pusat teknologi global dan kemudahan pengeluarannya di Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah serta Asia. Tecumseh akan menjadi syarikat sebuah pegangan swasta dan akan dikeluarkan daripada senarai Pasaran Saham NASDAQ, lalu mengukuhkan lagi kemampuan Syarikat itu dalam memberi tumpuan untuk memajukan perniagaan, melancarkan produk baharu dan mempertingkat tahap khidmat pelanggan. Pengurusan kanan Tecumseh dijangka akan kekal selepas urus niaga dimuktamadkan.

Citi bertindak sebagai penasihat kewangan Syarikat, sementara Honigman Miller Schwartz dan Cohn LLP bertindak sebagai penasihat undang-undangnya, Willkie Farr & Gallagher LLP bertindak sebagai penasihat undang-undang untuk Mueller Industries dan Atlas Holdings.

Proses & Tempoh Pemuktamadan Urus Niaga
Pengambilalihan ini tertakluk kepada syarat-syarat pemuktamadan lazim, termasuk majoriti syer diterbitkan telah ditenderkan dalam tawaran tender dan penamatan atau pembatalan tempoh menunggu yang dikenakan di bawah Akta Pembaikan Antitrust Hart-Scott-Rodino.

Urus niaga ini dijangka akan diselesaikan semasa suku ketiga tahun 2015.

Butiran tambahan tentang persetujuan penggabungan ini akan dimasukkan dalam Laporan Semasa pada Borang 8-K untuk difailkan dengan Tecumseh Products Company bersama Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran A.S. ("SEC").

Latar Belakang Tecumseh Products Company
Tecumseh Products Company merupakan pengeluar global untuk pemampat kedap udara untuk penyaman udara kediaman dan khusus, peti sejuk serta peti sejuk beku untuk kediaman, dan juga penggunaan penyejukan komersial, termasuk pemampat penyaman udara dan penyejukbekuan, serta unit pemeluwapan, pam haba dan sistem penyejukan lengkap. Siaran media dan maklumat pelabur lain boleh diakses melalui bahagian Hubungan Pelabur melalui laman sesawang Tecumseh Products Company di www.tecumseh.com.

Latar Belakang Mueller Industries, Inc.
Mueller Industries, Inc. merupakan pengeluar terkemuka untuk tiub dan kelengkapan kuprum; palang aloi tembaga dan kuprum, bar dan bentuk; tempaan aluminium dan suasa; penyemperitan impak aluminium dan kuprum; kelengkapan dan injap paip plastik; injap penyejukan, bekas dan kelengkapan; serta produk tiub buatan. Operasi Mueller Industries berada di seluruh Amerika Syarikat dan Kanada, Mexico, Great Britain serta China. Perniagaan Mueller Industries mempunyai hubung kait penting dengan: (i) pembinaan kediaman baharu; (ii) pembaikan dan pengubahan semula rumah dan struktur sedia ada; dan (iii) pasaran pembinaan komersial yang melibatkan bangunan pejabat, kilang, hotel, hospital,dsb.

Latar Belakang Atlas Holdings LLC
Ditubuhkan pada tahun 2002, Atlas Holdings LLC beribu pejabat di Greenwich, Connecticut. Atlas Holdings dan sekutunya memiliki 16 buah syarikat yang menggajikan hampir 15,000 rakan kerja dan mengendalikan lebih 100 kemudahan di seluruh dunia - menjana hasil kira-kira $4 bilion setiap tahun. Syarikat-syarikat Atlas Holdings terlibat dalam pelbagai industri, termasuk pemprosesan aluminium, automotif, bahan pembinaan, peralatan penting, pembinaan, tenaga, perkhidmatan perindustrian, pembungkusan, kertas, penjanaan kuasa, keluli dan pengurusan rantaian bekalan. Lawati www.atlasholdingsllc.com untuk maklumat lanjut.

Kenyataan Jangkaan
Dokumen ini mengandungi kenyataan tertentu yang merupakan kenyataan jangkaan. Kenyataan jangkaan ini termasuk kenyataan-kenyataan bagi memenuhi syarat-syarat pemuktamadan urus niaga yang diusulkan serta pemuktamadan yang dijangka bagi urus niaga yang diusulkan, serta kenyataan lain yang bukan fakta bersejarah. Kenyataan jangkaan ini dibuat berdasarkan maklumat semasa yang ada, serta pandangan dan andaian Tecumseh Products Company berkenaan kejadian masa depan ketika kenyataan itu dibuat. Kenyataan jangkaan itu adalah tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian sedia ada. Oleh itu, keputusan sebenar mungkin berbeza dengan ketara berbanding yang dinyatakan atau dibayangkan dalam kenyataan jangkaan itu. Risiko dan ketidakpastian itu termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kegagalan yang mungkin berlaku untuk memenuhi syarat-syarat pemuktamadan urus niaga yang diusulkan kerana kegagalan menerima bilangan syer yang ditenderkan yang mencukupi dalam tawaran tender itu, selain yang dijelaskan dalam kenyataan peringatan yang terkandung di tempat lain dalam kenyataan ini dan dalam laporan berkala Tecumseh Products Company yang difailkan bersama SEC, termasuk kenyataan yang diletakkan di bawah "Faktor Risiko" yang diletakkan dalam laporan tahunan Tecumseh Products Company yang paling terkini melalui Borang 10-K, Kenyataan Tawaran Tender pada Tawaran Tender Jadual (termasuk tawaran untuk membeli, surat penyampaian, dan dokumen lain yang berkaitan dengan tawaran tender) yang akan difailkan oleh sekutu Mueller Industries dan Atlas Holdings, serta Kenyataan Tarikan Tawaran/Saranan pada Jadual 14D-9 yang akan difailkan oleh Tecumseh Products Company. Kesan daripada hal ini dan risiko lain, urus niaga yang diusulkan ini mungkin tidak dapat dimuktamadkan dalam tempoh masa yang dijangkakan, ataupun tidak langsung. Semua kenyataan jangkaan ini mencerminkan jangkaan Tecumseh Products Company setakat tarikh laporan ini. Tecumseh Products Company tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini sebarang maklumat yang disediakan di dalam kenyataan ini, kecuali jika diwajibkan oleh undang-undang.

Maklumat Penting Tambahan dan Di Mana Ia Boleh Didapati
Tawaran tender untuk syer diterbitkan bagi Tecumseh Products Company yang digambarkan di dalam kenyataan ini belum lagi dibuat. Komunikasi ini disediakan untuk tujuan makluman sahaja dan bukan merupakan tawaran untuk membeli mahupun tarikan permintaan tawaran untuk menjual sebarang sekuriti Tecumseh Products Company menurut tawaran tender oleh MA Industrial Sub Inc. ("Sub Penggabungan"), anak syarikat milik penuh MA Industrial JV LLC ("Induk"), sekutu Mueller Industries dan Atlas Holdings, atau sebaliknya. Sebarang tawaran untuk membeli atau tarikan permintaan tawaran untuk menjual hanya akan dibuat menurut Kenyataan Tawaran Tender pada Tawaran Tender Jadual (termasuk tawaran untuk membeli, surat penyampaian dan dokumen lain yang berkaitan dengan tawaran tender) yang akan difailkan bersama SEC oleh Syarikat Induk dan Sub Pengambilalihan. Selain itu, Tecumseh Products Company akan memfailkan Kenyataan Tarikan Tawaran/Saranan pada Jadual 14D-9 berkaitan dengan tawaran tender itu. Para pemegang saham Tecumseh Products Company dinasihatkan untuk membaca semua dokumen ini dengan teliti dan sepenuhnya, sebarang pindaan kepada dokumen ini, dan dokumen lain yang berkaitan dengan tawaran tender yang difailkan dengan SEC sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan tawaran tender Sub Penggabungan kerana ia mengandungi maklumat penting, termasuk terma-terma dan syarat-syarat tawaran itu. Para pemegang saham Tecumseh Products Company boleh mendapatkan salinan dokumen ini (apabila ia disediakan kelak) secara percuma melalui laman sesawang SEC di www.sec.gov.

Maklumat Perhubungan Syarikat

Untuk Tecumseh Products Company:

Janice Stipp
Tecumseh Products Company
734.585.9507
Janice.Stipp@tecumseh.com

Untuk Mueller Industries:

Jeffrey A. Martin
Mueller Industries, Inc.
901.753.3226
JMartin@MuellerIndustries.com

Untuk Atlas Holdings:

Brian H. Schaffer
Prosek Partners
212.279.3115
bschaffer@prosek.com

Source: Tecumseh Products Company
Related Stocks:
NASDAQ:TECU NYSE:MLI
Related Links:
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics HVAC