omniture

Hospital Antarabangsa Jiahui dan Brigham and Women's Hospital akan Membangunkan Bersama Pusat Kecemerlangan Kesihatan Wanita di Shanghai

Partners HealthCare International
2015-08-10 08:00 162

Memorandum Persefahaman ditandatangani, yang melanjutkan perkongsian kolaboratif jangka panjang antara Hospital Antarabangsa Jiahui dan Partners HealthCare.

BOSTON, 10 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Hari ini, Hospital Antarabangsa Jiahui (JIH), Partners HealthCare International®(PHI) dan Brigham and Women's Hospital (BWH) mengumumkan pelanjutan perkongsian kolaboratif jangka panjang antara JIH dan PHI untuk memasukkan pembangunan pusat kecemerlangan kesihatan wanita di JIH. Pada bulan Julai, JIH, BWH dan PHI menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) yang mencetuskan perbincangan tentang penggabungan kesihatan wanita, termasuk pembangunan program obstetrik, ginekologi dan persenyawaan in vitro, selain ICU neonatal dan kesihatan wanita bersepadu. JIH membayangkan perkhidmatan bersepadu menyeluruh yang memfokuskan kesihatan seluruh wanita di pusat kecemerlangan kesihatan wanita yang baharu itu.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150805/255965
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150805/256364LOGO

BWH, ahli pengasas Partners HealthCare, mempunyai antara pusat kesihatan wanita paling canggih di dunia, yang komited terhadap penemuan, penyebaran dan penyepaduan ilmu tentang kesihatan wanita dan perbezaan berdasarkan seks dan jantina; mengaplikasikan ilmu ini bagi menyediakan penjagaan; dan membangunkan pakar perubatan dan saintis generasi seterusnya bagi menjalankan penyelidikan kesihatan serta penjagaan klinikal wanita.

"Kami ingin mentakrif semula dan mencipta semula penjagaan kesihatan untuk wanita di China, menawarkan rangkaian penjagaan penuh yang tersuai khusus mengikut keperluan mereka pada peringkat berbeza dalam kehidupan," kata Feng Ge, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Antarabangsa Jiahui. "Wanita China hari ini mementingkan kemudahan, kualiti klinikal dan pengalaman bertumpukan pesakit. Ramai yang mencari rakan kongsi penyedia penjagaan kesihatan berkaliber tinggi yang bukan sahaja dapat memperkasa mereka untuk menjalani gaya hidup yang sihat dan mencari penjagaan pencegahan, tetapi juga yang turut mampu mengendalikan kes-kes normal serta rumit yang memerlukan kolaborasi rapat subkepakaran perubatan yang pelbagai."

"Sebagai warga global, kami beriltizam untuk menjalin perkongsian bermakna yang membenarkan kami berkongsi kepakaran klinikal, saintifik dan pengajaran kami bagi manfaat orang ramai di seluruh dunia," kata Elizabeth G. Nabel, MD, presiden Brigham and Women's Healthcare. "Kami tidak sabar-sabar lagi untuk bekerjasama dengan Hospital Antarabangsa Jiahui bagi mempertingkat kesihatan dan kesejahteraan wanita di China."

Pendekatan BWH terhadap kesihatan wanita terdiri daripada pelbagai disiplin, diaturkan mengikut semua sumber yang diperlukan oleh seorang wanita bagi keadaan tertentu, daripada diagnosis kepada penyelarasan penjagaan dan kebolehcapaian maklumat. Selain daripada kepada bidang tradisional obstetrik, ginekologi, serta barah payu dara dan ginekologi, Pusat Kecemerlangan Kesihatan Wanita di BWH adalah unik dari segi penyepaduannya dengan kepakaran lain, termasuk program klinikal kolaboratif, penyelidikan, dan pendidikan dalam kardiologi, neurologi, penyakit tulang dan sendi, barah paru-paru, dan penyakit pulmonari, serta kesihatan mental.

"Kami tahu terdapat perbezaan antara lelaki dan wanita dalam risiko, prevalens dan manifestasi banyak penyakit berbeza, dan tindak balas terhadap rawatan serta hasilnya turut berbeza mengikut jantina. Ini terutamanya benar untuk beberapa penyakit yang paling lazim dalam kalangan wanita seperti penyakit kardiovaskular, barah paru-paru, kemurungan, dan penyakit Alzheimer," kata Paula A. Johnson, MD, Pengarah Eksekutif Pusat Mary Horrigan Connors Untuk Kesihatan Wanita dan Biologi Jantina serta Profesor Perubatan di Fakulti Perubatan Harvard. "Di BWH, kami komited untuk membina kesedaran tempatan dan global tentang isu-isu yang berkaitan dengan kesihatan wanita dan biologi jantina, untuk meningkatkan kefahaman kita sejauh mana penyakit berbeza dalam kalangan wanita, dan untuk memberikan penjagaan bertumpukan pesakit yang berkualiti tinggi kepada wanita sepanjang hayat mereka."

"Kami teruja kerana mendapat peluang untuk bekerjasama dengan Brigham and Women's Hospital, peneraju dan penginovasi yang diiktiraf seluruh dunia bagi kesihatan wanita. Kepakaran yang tersedia di Brigham and Women's Hospital akan membantu kami mewujudkan program yang bukan sahaja akan meningkatkan, tetapi mengubah tahap perkhidmatan penjagaan kesihatan yang kini ditawarkan kepada wanita di China," kata Ge.

"Ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam perkongsian lima tahun kami bersama JIH. Selain daripada perkembangan terbaharu ini, usaha kami di Shanghai turut melibatkan sumbangan penting daripada ahli hospital Partners yang lain, termasuk Hospital Besar Massachusetts, Hospital Newton-Wellesley dan Pusat Perubatan North Shore," kata Dr. Gilbert H. Mudge, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PHI.

Pusat Kecemerlangan Kesihatan Wanita yang diusulkan ini merupakan kolaborasi yang kedua seumpamanya dengan institusi ahli Partners HealthCare. Pada Oktober lalu, Pusat Barah Hospital Besar Massachusetts (MGHCC) menandatangani MOU dengan JIH dan PHI untuk membangunkan bersama pusat kecemerlangan barah payu dara, menyesuaikan pendekatan berbilang disiplin bertumpukan pesakit MGHCC bagi memenuhi keperluan pesakit barah payu dara China serta keluarga mereka.

Latar Belakang Hospital Antarabangsa Jiahui
Hospital Antarabangsa Jiahui (JIH) merupakan hospital besar demi untung majoriti milik asing yang kini dibangunkan di Shanghai. Ia telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan China ("MOH") dan Kerajaan Perbandaran Shanghai pada April 2011 dan mempunyai lesen hospital besar antarabangsa pertama China yang diluluskan oleh MOH. Hospital itu terletak di lokasi strategik di pusat bandar Shanghai, Daerah Xuhui dengan kapasiti penjagaan tertiari diluluskan sebanyak 500 katil berlesen.

JIH akan menjadi model inovatif penjagaan kesihatan yang berpusatkan keluarga, masyarakat, dan hubungan lebih kukuh antara pesakit serta penjaga. Daripada rekaan kepada pengendalian, JIH menyasarkan untuk melaksanakan amalan terbaik bagi menjadi sebuah institusi perubatan terkemuka yang diiktiraf di peringkat antarabangsa di China, menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi, bertumpukan pesakit dan bersepadu selain latihan profesional serta penyelidikan klinikal.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang hospital kami, sila lawati www.jiahui.com.

Latar Belakang Partners HealthCare International
Partners HealthCare International (PHI) merupakan cabang global Partners HealthCare, salah satu sistem penjagaan kesihatan bukan untung yang terkemuka di A.S. Ditubuhkan pada tahun 1997, PHI berdedikasi untuk memajukan misi Partners HealthCare seluruh dunia melalui kolaborasi dan perkongsian yang direka bagi meluaskan kapasiti pelanggan global untuk menyediakan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi. Partners ditubuhkan pada tahun 1994 oleh Brigham and Women's Hospital dan Hospital Besar Massachusetts, dua buah hospital mengajar terbesar dan tertua Fakulti Perubatan Harvard, termasuk hospital komuniti dan hospital pakar, organisasi penjagaan ma, rangkaian pakar perubatan, pusat kesihatan komuniti, penjagaan di rumah dan entiti berkaitan kesihatan lain. Lima buah hospital Partners yang diperingkat paling tinggi menjadikan sebahagian daripada sistem penjagaan kesihatan, dan semuanya diiktiraf oleh Laporan Berita dan Dunia A.S. 2014 – 2015. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PHI dan bagaimana kami melanjutkan kemampuan sistem penjagaan kesihatan di China, India, Jepun, Timur Tengah, serta komitmen kami terhadap pasaran antarabangsa masa depan, sila lawati www.partners.org/international.

Latar Belakang Brigham and Women's Hospital
Brigham and Women's Hospital (BWH) merupakan ahli gabungan mengajar bukan untung Fakulti Perubatan Harvard dengan 793 katil dan ahli pengasas Partners HealthCare. BWH mendapat lebih 4.2 juta lawatan pesakit setiap tahun, hampir 46,000 penginapan pesakit dan menggajikan hampir 16,000 orang. Keunggulan perubatan Brigham bermula sejak tahun 1832, dan hari ini sejarah yang banyak dalam penjagaan klinikal itu digandingkan dengan penerajuan kebangsaannya dalam penjagaan pesakit, peningkatan kualiti dan inisiatif keselamatan pesakit, serta dedikasi kepada penyelidikan, inovasi, penglibatan komuniti serta pendidikan dan latihan ahli-ahli profesional penjagaan kesihatan generasi seterusnya. Melalui kajian dan penemuan yang dijalankan di Institut Penyelidikan Brigham (BRI), BWH merupakan peneraju antarabangsa dalam penyelidikan asas, klinikal, dan terjemahan tentang penyakit manusia, lebih 1,000 pakar perubatan-penyelidik dan saintis bioperubatan terkemuka serta fakulti yang disokong dengan pembiayaan bernilai hampir $600 juta. Sejak 25 tahun lalu, BWH diperingkatkan pada kedudukan kedua dalam pembiayaan penyelidikan daripada Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) antara hospital bebas. BWH terus mendesak sempadan perubatan, termasuk menambah kepada warisannya dalam prosedur pemindahan dengan menjalankan pemindahan muka separa pada tahun 2009 dan pemindahan muka penuh pertama negara pada tahun 2011. BWH turut menempatkan kajian populasi epidemiologi penting, termasuk Kajian Kesihatan Jururawat dan Pakar Perubatan dan Inisiatif Kesihatan Wanita serta Kumpulan Kajian TIMI, salah satu kumpulan Percubaan klinikal kardiovaskular terunggul. Untuk maklumat lanjut, sumber dan untuk mengikuti kami di media sosial, sila lawati bilik berita dalam talian BWH.

Untuk temu bual bersama Dr. Paula Johnson, dan/atau Dr. Gilbert Mudge, sila hubungi:
Dorian Zhou, Hospital Antarabangsa Jiahui (Shanghai, China) dorian.zhou@jiahui.com;
Stephanie Adams, Partners HealthCare International, sadams9@partners.org, +1-617-535-647 (A.S.) Lori J. Schroth, Brigham and Women's Hospital, ljschroth@partners.org

 

Source: Partners HealthCare International
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Asian-related news Joint ventures New products/services Women-related news