omniture

RS Components Lancar Pertandingan "Share Your Story" di Asia Pasifik sempena Meraikan Kejayaan Selama 75 Tahun dalam Perniagaan

RS Components
2012-11-16 20:43 186

SINGAPURA, 16 Nov., 2012 /PRNewswire/ --

Para pelanggan dipelawa untuk berkongsi mengenai bagaimana RS Components telah memudahkan pekerjaan mereka dan cerita terbaik akan memenangi perjalanan ke Perlawanan Akhir Piala FA 2013 di London.

RS Components (http://malaysia.rs-online.com/web/ ), jenama dagangan bagi Electrocomponents plc ( http://www.electrocomponents.com/ ) (LSE:ECM), pengedar perkhidmatan utama tinggi di dunia bagi barangan elektronik dan penyelenggaraan, menyambut ulang tahun ke-75 kejayaannya (http://malaysia.rs-online.com/web/generalDisplay.html?id=promotions/75anniversary&cm_mmc=Online-Referral-_-75_Years-_-PR_main-_-my) dalam perniagaan menerusi pelancaran pertandingan "Share Your Story" (http://malaysia.rs-online.com/web/generalDisplay.html?id=promotions/75anniversary&file=storylaunch&cm_mmc=Online-Referral-_-75_Years-_-PR_shareyourstory-_-my )(Kongsi cerita anda) di Asia Pasifik.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )

Pertandingan itu bermatlamat untuk melibatkan para pelanggan dalam perayaan dengan mempelawa mereka berkongsi pengalaman mengenai bagaimana RS Components telah membantu mereka untuk melakukan pekerjaan masing-masing dengan lebih baik atau lebih cepat.

Menerusi siri pengiklanan secara dalam talian dan cetak, para pelanggan akan dipelawa untuk mengemukakan cerita masing-masing menerusi laman web pertandingan Share Your Story (http://malaysia.rs-online.com/web/generalDisplay.html?id=promotions/75anniversary&file=storylaunch&cm_mmc=Online-Referral-_-75_Years-_-PR_shareyourstory-_-my).

Cerita terbaik akan memenangi perjalanan untuk dua orang bagi menonton pertandingan akhir Piala FA 2013 di Stadium Wembley serta melawat pusat logistik global di Nuneaton, UK. Tarikh akhir menyerahkan cerita masing-masing ialah pada jam 23.59, 1 Mac 2013 (Singapura).

Pertandingan ini terbuka kepada semua pelanggan RS Components yang menetap di rantau Asia Pasifik, termasuk Australia, tanah besar China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Taiwan dan Thailand.

"75 tahun merupakan kejayaan (http://malaysia.rs-online.com/web/generalDisplay.html?id=promotions/75anniversary&file=milestones&cm_mmc=Online-Referral-_-75_Years-_-PR_milestone-_-my) besar dan menerusi komitmen kami untuk memberikan perkhidmatan cemerlang, kami telah menjalin usaha sama serta membantu  berjuta-juta pelanggan untuk mencapai kejayaan menakjubkan. Mereka terdiri daripada jurutera reka bentuk elektronik, jurutera penyelenggaraan dan pakar-pakar pemerolehan yang bergantung kepada kami untuk menyediakan peralatan dan produk kritikal di mana dan pada bila-bila masa ia diperlukan," kata LA Choong, Ketua Pemasaran Asia Pasifik RS Components.

Beliau berkata : "Sejak sekian lama, para pelanggan telah berkongsi dengan kami cara mereka berjaya membuat perbezaan penting terhadap projek-projek kritikal dan peranan yang kami mainkan dalam membantu mereka mereka bentuk dengan lebih cepat dan lebih baik. Menerusi pertandingan Share Your Story, kami berharap dapat menggalakkan lebih ramai pelanggan untuk menceritakan pengalaman masing-masing. Kami sangat teruja dan tidak sabar lagi menunggu untuk membaca dan berkongsi pengalaman dengan semua pelanggan dan pekerja kami."

Sejak tahun 1937, RS Components telah berkembang menjadi organisasi multinasional dan mentransformasikan dirinya daripada sebuah syarikat UK kepada perniagaan global dan pada masa yang sama membantu jurutera. Kejayaan syarikat merupakan kejayaan langsungnya dalam keupayaan untuk menerima perubahan, mengguna pakai keperluan pemasaran dan para pelanggannya.

Ia sudah meningkatkan kedudukannya dengan ketara secara dalam talian dengan menanam budaya inovasi dan yang paling penting, tumpuan pelanggan yang tidak berbelah bahagi dalam kempen pemasaran global, pengenalan produk baharu dan dan penawaran berasaskan e-dagang. Ini telah berjaya meletakkan e-dagang pada kedudukan sebagai pemacu utama pertumbuhan perniagannya. Baru-baru ini, RS Components mentransformasikan pengalaman dalam talian pelanggan dengan pengenalan sistem e-pemerolehan, khidmat Live Chat (bual secara langsung) dalam 12 pasaran, perkakasan reka bentuk elektronik (http://malaysia.rs-online.com/web/generalDisplay.html?id=electronics) dan salah satu daripada laman web transaksi paling canggih dalam sektor pengedaran B2B.

Laman web itu juga berperanan sebagai perintis untuk menjalin hubungan pelbagai saluran jangka panjang dengan para pelanggan. Dengan memperakui pentingnya sentuhan kemanusiaan, RS Components terus melabur dalam rangkaian jualan lengkap dan khidmat hotline pelanggan di seluruh dunia. Para pelanggan boleh melayari 23 kaunter dagangan di seluruh dunia yang memberikan mereka akses segea kepada berjuta-juta produk dan tawaran istimewa.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Ulang tahun KE-75 RS Components (http://malaysia.rs-online.com/web/generalDisplay.html?id=promotions/75anniversary&cm_mmc=Online-Referral-_-75_Years-_-PR_main-_-my) dan laman web pertandingan "Share Your Story" (http://malaysia.rs-online.com/web/generalDisplay.html?id=promotions/75anniversary&file=storylaunch&cm_mmc=Online-Referral-_-75_Years-_-PR_shareyourstory-_-my

Maklumat Mengenai RS Components

RS Components dan Allied Electronics ialah jenama dagangan Electrocomponents plc, pengedar perkhidmatan tinggi utama dunia serta penyelenggaraan produk. Menerusi operasinya di 32 buah negara, kami menawarkan lebih daripada 550,000 produk menerusi internet, katalog dan di kaunter dagangan kepada lebih daripada satu juta pelanggan, mengirim  kira-kira 44,000 bungkusan sehari. Produk kami, yang disumber daripada 2,500 pembekal utama, termasuk komponen elektronik (http://malaysia.rs-online.com/web/generalDisplay.html?id=electronics), automasi dan kawalan (http://malaysia.rs-online.com/web/c/automation-control-gear/), ujian dan pengukuran, elektrik dan mekanikal.

Electrocomponents disenarai di Bursa Saham London dan pada tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2012, perolehannya mencatatkan sebanyak GBP1.27bn.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web di alamat www.rs-components.com.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi hubungan ini :

Twitter: @RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS
Tweet: RS Components
Hashtags: #ecommerce #electronics

RS Components di Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components

Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com

RS Components
www.rs-components.com

Hubungan Editorial:
RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam  - Asia Pasifik
E-mel : soochun.tan@rs-components.com
Tel: +65-6391-5745

The Hoffman Agency
Rasheed Abu Bakar
Eksekuif Kanan Akaun
E-mel : rscomponentsteam@hoffman.com
Tel: +65-6361-0250

SUMBER RS Components

Source: RS Components
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Electronic Components Semiconductors