omniture

Kajian Baharu Sahkan Terapi Stretta untuk GERD Selamat, Berkesan dan Tahan Lama

Mederi Therapeutics
2015-08-11 22:49 288

NORWALK, Connecticut, 11 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Stretta Therapy, rawatan radiofrekuensi bukan ablatif untuk GERD, telah dinyatakan sebagai "berkesan, selamat dan tahan lama hasil daripada penggunaan selama 15 tahun di seluruh dunia" dan dipetik sebagai "pelengkap atau alternatif yang sesuai kepada rawatan perubatan dan pembedahan" dalam ulasan klinikal yang baru diterbitkan tentang teknik endoskop untuk penyakit refluks gastroesofagus (GERD). Pengarang Wai-Kit Lo, MD, MPH dan Hiroshi Mashimo, MD, PhD dari Kolej Perubatan Harvard, telah menguji beberapa alternatif untuk rawatan PPI atau pembedahan, termasuk Stretta dan lain-lain peranti seperti jahitan dan aplikasi endoskop, selain agen pembesaran yang boleh disuntik dan boleh diimplan. Dapatan daripada kajian mereka telah diterbitkan secara dalam talian (mendahului cetakan) dalam Journal of Clinical Gastroenterology.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150810/257388LOGO

LATAR BELAKANG GERD DAN RAWATAN ENDOSKOP

GERD dialami oleh sekitar 20 peratus daripada kalangan orang dewasa, dan walaupun terapi PPI merupakan piawaian yang diterima bagi penjagaan, terdapat kira-kira 40 peratus pesakit yang masih mengalami simptom walaupun diberi rawatan PPI. Pengarang menjelaskan kerosakan anatomi dan neurootot utama yang menyebabkan GERD tidak ditangani oleh PPI. Mereka turut menyedari kepentingan meningkatkan kesedaran tentang kesan buruk yang dikaitkan dengan penggunaan PPI dalam tempoh jangka panjang dan penurunan jumlah fundoplikasi pembedahan, menyatakan faktor-faktor ini menekankan keperluan pendekatan alternatif untuk melengkapi rawatan perubatan dan pembedahan.

Terdapat beberapa teknik endoskop yang disediakan. Namun, menyedari data berkaitan terapi-terapi ini adalah bercampur, pengarang telah menjalankan penilaian kritikal terhadap kesemua teknologi ini untuk lebih memahami peranan yang dimainkan dalam pengurusan simptom GERD.

LAMBAKAN PENYELIDIKAN TENTANG STRETTA

Dalam penilaian mereka terhadap rawatan, pengarang mendapati Stretta memiliki tempoh terpanjang dalam penilaian klinikal, menyaksikan data Stretta termasuk metaanalisis 1,441 pesakit dalam 18 kajian, dan empat percubaan terkawal rawak. Mereka merujuk bahawa Stretta menerima saranan gred paling kuat oleh Persatuan Pakar Bedah Gastrousus dan Endoskop Amerika (SAGES) dalam garis panduan untuk rawatan endoluminal GERD pada tahun 2013. Mereka turut melaporkan kajian baharu menunjukkan kesan Stretta dapat tahan lama sehingga lapan dan 10 tahun selepas terapi permulaan. Selain itu, garis panduan terkini daripada Persatuan Endoskopi Gastrousus Amerika (ASGE) didapati menyokong pertimbangan rawatan endoskop untuk GERD.

Berkaitan Stretta, pengarang menyimpulkan, "Pelbagai penyelidikan telah menunjukkan keselamatan, keberkesanan, ketahanan, dan kebolehulangan rawatan Stretta. Paling penting, ia tidak menghalang rawatan alternatif termasuk perubatan, pembedahan, atau rawatan radiofrekuensi ulangan, dan mungkin turut menyediakan rawatan berpotensi untuk pesakit yang telah gagal dalam fundoplikasi. Stretta berkemungkinan merupakan alternatif paling murah bagi terapi perubatan. Teknik ini sepatutnya dipertimbangkan sebagai pelengkap atau alternatif yang sesuai bagi rawatan perubatan serta pembedahan simptom GERD."

LATAR BELAKANG STRETTA®
Terapi Stretta merupakan pilihan rawatan bukan pembedahan untuk pesakit GERD yang tidak bertindak balas dengan baik terhadap ubat-ubatan dan ingin mengelakkan pembedahan. Stretta telah dijalankan lebih 18,000 kali sejak tahun 2000 dan telah menjadi subjek bagi lebih 37 kajian, semuanya menunjukkan tahap keselamatan dan keberkesanan yang tinggi. Stretta dikilangkan oleh Mederi Therapeutics dan boleh didapati di seluruh dunia.

Hubungi: Julia Brannan
julia@pascalecommunications.com
(908) 464-2470

Source: Mederi Therapeutics
Keywords: Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries