Laporan Tahunan Keempat tonjolkan penggunaan meluas ujian TOEIC® untuk menilai kefasihan Bahasa Inggeris di tempat kerja
PRINCETON, New Jersey, 13 Ogos, 2015 /PRNewswire/ -- Educational Testing Service (ETS) menyiarkan laporan tahunan tentang pengambil ujian TOEIC® seluruh dunia bagi penilaian Mendengar dan Membaca (L&R) TOEIC®.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150807/256741LOGO
Laporan Mendengar dan Membaca TOEIC® tentang Pengambil Ujian Seluruh Dunia adalah berdasarkan maklumat yang dikumpulkan daripada semua pengambil ujian yang melengkapkan Soal Selidik Latar Belakang TOEIC yang dilaksanakan pada tahun 2014. Laporan itu membentangkan maklumat tentang skor purata calon-calon yang mengambil ujian Mendengar dan Membaca TOEIC, latar belakang pendidikan, pengalaman kerja, pembelajaran dan penggunaan bahasa Inggeris, serta pengalaman mengambil ujian TOEIC.
ETS menyediakan data ini untuk membolehkan pengguna mempelajari lebih lanjut tentang latar belakang mereka yang mengambil ujian dan beberapa faktor yang memberi impak kepada skor TOEIC mereka serta peningkatan yang berkaitan dalam kefasihan Bahasa Inggeris. Sesebuah organisasi dapat melihat data ini untuk menetapkan tanda aras dan sasaran skor; walau bagaimanapun, oleh kerana kadar maklum balas adalah berbeza-beza antara soalan latar belakang yang pelbagai, perhatian khusus perlu diberikan dalam membuat rujukan berdasarkan data ini.
"Dengan Bahasa Inggeris menjadi semakin penting dalam tenaga kerja global, adalah penting bagi pengguna skor memahami lebih lanjut tentang pengambil ujian TOEIC," kata Feng Yu, Pengarah Eksekutif Program TOEIC. "Selain itu, oleh kerana proses soal selidik dan pengujian dipiawaikan, pengambil ujian daripada sebarang latar belakang dan lokasi boleh dibandingkan dengan adil oleh pengguna skor."
Berdasarkan data ini dan skor TOEIC, sesebuah organisasi dapat membina kumpulan tenaga kerja yang lebih pelbagai dan berkelayakan untuk membuat keputusan bermaklumat untuk menempatkan, membangunkan dan mempromosikan pekerja dari dalam dan sebarang negara mahupun rantau. Selain itu, peningkatan penerimaan ujian TOEIC di seluruh dunia menandakan pengambil ujian boleh memajukan kerjaya mereka di jaringan organisasi yang lebih luas.
Sorotan laporan termasuk:
Penilaian TOEIC adalah penilaian yang adil, andal dan sah terhadap kemampuan pengambil ujian untuk mengunakan Bahasa Inggeris di tempat kerja. Digunakan oleh hampir 14,000 organisasi di 150 buah negara, ujian TOEIC merupakan piawaian antarabangsa bagi menilai tahap kefasihan Bahasa Inggeris individu dan mengukur sebaik mana pekerja berpotensi dapat mengaplikasikan kemahiran Bahasa Inggeris mereka dalam persekitaran kerja.
Ketika organisasi-organisasi menggunakan skor dan tinjauan TOEIC untuk membina kumpulan pekerja yang lebih mantap, pencari pekerjaan meyakini Program TOEIC untuk membezakan diri mereka dalam pasaran kerja yang berdaya saing. Penilaian TOEIC mengukur keempat-empat kemahiran bahasa dan menyediakan penerangan kekuatan dan kelemahan pengambil ujian yang dapat digunakan untuk memberi panduan kepada keputusan penggajian, penempatan dan latihan kritikal.
Untuk memuat turun laporan ini, kunjungi http://www.ets.org/toeic/publications. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang program TOEIC, sila kunjungi www.ets.org/toeic.
Latar Belakang Ujian TOEIC
Selama lebih 30 tahun, ujian TOEIC telah menjadi piawaian global untuk mengukur kemahiran komunikasi Bahasa Inggeris di tempat kerja. Set penilaian TOEIC, termasuk ujian Mendengar dan Membaca TOEIC, ujian Bertutur dan Menulis TOEIC dan ujian Bridge™ TOEIC, digunakan oleh hampir 14,000 perniagaan, organisasi, dan agensi kerajaan di 150 buah negara. Hampir tujuh juta ujian TOEIC dijalankan setiap tahun di seluruh dunia, mengukuhkan Program TOEIC sebagai penilaian Bahasa Inggeris terbesar dan paling meluas digunakan untuk tempat kerja. Untuk maklumat lanjut tentang ujian TOEIC dan perkhidmatan lain yang disediakan oleh Program TOEIC, kunjungi www.ets.org/toeic.
Latar Belakang ETS
Di ETS, kami memajukan kualiti dan ekuiti dalam pendidikan untuk masyarakat seluruh dunia dengan mewujudkan penilaian berdasarkan penyelidikan terperinci. ETS memenuhi keperluan individu, institusi pendidikan dan agensi kerajaan dengan menyediakan penyelesaian tersuai untuk tujuan pensijilan guru, pembelajaran Bahasa Inggeris, dan pendidikan rendah, menengah serta pasca menengah, dan juga dengan menjalankan penyelidikan pendidikan, analisis dan kajian dasar. Diasaskan sebagai badan tanpa untung pada tahun 1947, ETS membangunkan, menjalankan dan menskor lebih 50 juta ujian setiap tahun — termasuk ujian TOEFL® dan TOEIC®, ujian GRE® dan penilaian The Praxis Series® — di lebih 180 buah negara, dan lebih 9,000 lokasi seluruh dunia. www.ets.org