omniture

OctaFX dan Southampton FC Sasarkan untuk Maju dalam Persaingan di Eropah

OctaFX UK Limited
2015-08-17 08:00 352

LONDON, 17 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- OctaFX UK Limited, broker runcit tukaran mata wang asing (FX) global, memulakan sokongan mereka terhadap Kelab Bola Sepak Southampton awal tahun ini dengan memeterai perjanjian kerjasama. Sejak awal lagi, pengumuman kerjasama itu telah diikuti serta-merta dengan acara mengumpul dana untuk Yayasan Saints; yang merupakan sebuah badan kebajikan yang bersekutu dengan Kelab Bola Sepak Southampton. Cabaran rembatan OctaFX, melibatkan para pemain Southampton Jay Rodriguez, Kelvin Davis dan Sam Gallagher, telah mengumpul GBP3000 untuk Yayasan Saints.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150813/258282LOGO )

Kemasukan Kelab Bola Sepak Southampton dalam Liga Europah UEFA dapat meningkatkan kehadiran Eropah OctaFX, yang meletakkan kedudukannya sebagai tumpuan industri FX runcit.

OctaFX telah menyediakan satu promosi untuk para peminat Liga Perdana Inggeris; Peraduan Ramalan Skor Southampton telah dilancarkan melalui Facebook ketika musim Liga Perdana 2015/16 bermula. Sepanjang tempoh musim Liga Perdana 2015/16, OctaFX akan memberikan dua tiket sebagai hadiah untuk menyaksikan aksi di gelanggang sendiri seterusnya Kelab Bola Sepak Southampton kepada pemenang setiap pertandingan tersebut.

"Kami menganggap Kelab Bolasepak Southampton sebagai salah satu daripada kelab paling berjaya, bercita-cita tinggi dan bijak dalam Liga Perdana Inggeris. Kelab ini telah mencapai keputusan yang hebat pada musim lalu, dan kami berharap untuk membantu Saints memenuhi potensi mereka dalam semua lapangan, di peringkat tempatan dan juga antarabangsa semasa musim Liga Perdana ini serta ketika bersaing dalam Liga Europah.

Kami berbangga kerana terlibat dalam kerjasama ini, dan kami berharap dapat melabur dalam membantu kejayaan Southampton dan menjadi sebahagian daripada masa depan mereka."

Daniel Harris

Pengarah, OctaFX UK Limited

"Kami berbesar hati dapat menyokong sebuah kelab bola sepak yang begitu menonjol seperti Southampton FC. OctaFX dan Southampton FC merupakan padanan sempurna. Kami ingin mencapai hasil yang cemerlang dan meluaskan kehadiran antarabangsa kami. Kami benar-benar mengikuti cara Southampton; mengubah "Potensi menjadi kecemerlangan".

Kami mahu Saints disokong oleh peminat mereka yang berdedikasi dan peminat bola sepak secara umumnya; dengan itu, OctaFX telah melancarkan promosi dengan tiket-tiket perlawanan Southampton di gelanggang sendiri sebagai ganjarannya.

Kami tidak sabar-sabar lagi untuk bekerjasama dengan Yayasan Saints dalam pelbagai projek kebajikan."

Joanna Archer

Ketua R&D, OctaFX

Awal tahun ini, Ketua Pegawai Eksekutif Southampton FC, Gareth Rogers mengulas: "Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan OctaFX, broker forex (tukaran mata wang asing) yang memenangi anugerah dan berdaftar dengan FCA. Kami dan OctaFX terus berkembang dengan pesat pada skala global, dan nilai bersama kami yang melibatkan usaha yang bersungguh-sungguh, dedikasi dan aspirasi meletakkan kami dalam kedudukan cemerlangan untuk menjalinkan satu kerjasama yang membawa kejayaan."

Latar Belakang OctaFX 

OctaFX merupakan pembrokeran FX runcit global yang memenangi anugerah dan pesat berkembang. Dengan standard perkhidmatan yang cemerlang yang membezakan sokongan pelanggan dan platform dagangan popular syarikat itu, OctaFX mempunyai pelanggan di lebih 100 buah negara di peringkat global. OctaFX sentiasa melaburkan sumbernya bagi tujuan membangunkan perkhidmatan baharu, kefungsian dagangan, pertandingan dan promosi sebagai broker runcit berorientasikan pelanggan serta pemain yang berkembang pesat dalam industri FX global. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.octafx.co.uk/ :  Dagangan forex melibatkan tahap risiko yang tinggi dan mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur. Modal anda terdedah kepada risiko dan anda mungkin kehilangan semua pelaburan awal anda. Anda dinasihatkan untuk berspekulasi dengan wang yang anda sanggup untuk menanggung kerugiannya. Jika tidak pasti, sila dapatkan nasihat kewangan bebas.

Joanna Archer
Ketua Jabatan R&D
OctaFX
+44-(0)20-3322-1059
joanna@octafx.com

Source: OctaFX UK Limited
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Retail Sporting Events Sports Contracts