omniture

HeHa Jana Kehidupan yang Sihat dan Gembira

LKK Health Products Group
2015-08-18 12:27 328

HONG KONG, 18 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Semasa zaman kanak-kanak, bapa kita sentiasa memegang tangan kita dan memberikan jagaan serta perlindungan yang terbaik. Tetapi berapa lamakah telah berlalu sejak kali terakhir kita berjalan bersama mereka?

Pada bulan Jun, sebuah kisah berjalan kaki tentang seorang ayah dan anak lelakinya telah disebarkan secara meluas dalam WeChat Moments. Aktiviti pemasaran media sosial yang menarik ini, "Berjalan Penuh Gembira bersama Ayah" ("Happy Walking with Daddy"), dilancarkan oleh HeHa Digital Health Limited ("HeHa"), telah menarik perhatian signifikan dan pembaca seramai 800,000 orang. Perkataan "HeHa" dan kartun yang melambangkan abjad China "Shuang" meninggalkan kesan yang jelas kepada pengguna internet.

"HeHa bermaksud 'perasaan gembira' yang melambangkan 'kegembiraan sebenar," kata En. Albert Wong, Pengurus Besar HeHa. "HeHa menyasarkan untuk membantu masyarakat umum dalam mencapai keseimbangan antara kesihatan, keluarga, kerja, rakan-rakan, pemikiran positif dan kehidupan santai, demi mencapai 'kegembiraan sebenar.'"

Sebagai ahli baharu LKK Health Products Group (LKKHPG), HeHa berdedikasi untuk menubuhkan sebuah platform internet, peranti dan perkhidmatan mudah alih serta komited untuk memenuhi misi "membantu masyarakat mengalami kehidupan yang lebih sihat dan gembira". Albert menambah, "Kami berusaha mencapai 'kegembiraan sebenar' dengan mengalami, berkongsi dan menubuhkan HeHa Community pada platform internet mudah alih kami. HeHa Community kami terdiri daripada pemimpin pendapat yang penting, pengguna aktif dan kakitangan HeHa. Tiada pemimpin tetap – setiap ahli komuniti dapat menjadi pemimpin rangkaiannya sendiri.

"10,000 langkah HeHa" merupakan gaya hidup sihat yang dipromosikan oleh HeHa Community, yang merupakan unsur bagi kehidupan yang gembira. Konsep tersebut berasal daripada "10,000 langkah sehari", yang merupakan amalan penjagaan kesihatan yang disarankan oleh pelbagai institut penyelidikan dan pakar kesihatan. Dengan menyepadukan pengalaman sosial dan permainan dengan berjalan, "10,000 langkah HeHa" dapat membantu masyarakat umum meneruskan tabiat yang sihat.

HeHa telah melancarkan aplikasi mudah alih, HeHa App, dan gelang tangan, HeHa Dao. HeHa App menyepadukan fungsi pengiraan langkah, komuniti dan pemantauan tidur. HeHa Dao merupakan gelang tangan pintar yang dikhususkan untuk dipadankan dengan HeHa App. Pelanggan dapat log masuk ke laman sesawang rasmi HeHa atau mencari akaun rasminya "iHeHa_CS" di WeChat untuk membeli atau memuat turun produk berkaitan.

Melangkah ke tahun 2015, kelajuan internet mudah alih akan meningkatkan pengaruh aplikasi terhadap kehidupan kita, daripada membeli-belah kepada melancong, daripada hal ehwal kerajaan kepada perkhidmatan kewangan. Kehidupan semua akan diberi manfaat oleh "Internet+", oleh itu, teknologi digital telah mendapat tempat dalam banyak perusahaan.

En. Harry Yeung, Naib Presiden Kanan LKKHPG, berkata, "Inovasi sentiasa menjadi strategi penting bagi syarikat ini. Teknologi maju dapat membantu membawakan lebih banyak peranti dan perkhidmatan yang menyihatkan serta menggembirakan kepada para pelanggan. HeHa telah menubuhkan platform internet mudah alihnya dengan fokus terhadap permintaan bersama bagi kesihatan dan kegembiraan masyarakat, untuk membina ekosfera kehidupan yang gembira. Penubuhannya akan menjana kemajuan Kumpulan ini."

Source: LKK Health Products Group
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment New products/services