omniture

Isagenix International Kumpulkan Lebih $565,000 untuk Make-A-Wish® di Persidangan Tahunan

Isagenix International
2015-08-19 21:23 186

-- Syarikat telah Kumpulkan Lebih $3 Juta untuk Pertubuhan Bukan Untung

CHANDLER, Arizona, 19 Ogos, 2015 /PRNewswire/ -- Isagenix International, sebuah syarikat kesihatan dan kesejahteraan global, telah mengakhiri acara Celebration 2015 Breakthrough di San Diego hari ini dengan mengumpulkan lebih $565,000 untuk Make-A-Wish® melalui pengumpulan dana dan Sekutu serta derma korporat yang bermurah hati. Selain itu, Isagenix dan Make-A-Wish memberi kejutan kepada Tanika, seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang berjuang melawan leukemia, dengan pendedahan hajat di atas pentas. Musim luruh ini, hajatnya untuk melakukan pengubahsuaian pada laman belakangnya akan ditunaikan.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150818/259448 
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150518/216724LOGO  

"Kami berdedikasi untuk memainkan peranan penting dalam memberi impak kepada kesihatan dan kesejahteraan orang lain secara keseluruhan melalui sokongan kami kepada badan kebajikan kanak-kanak," kata Kathy Coover, pengasas bersama dan naib presiden eksekutif Isagenix. "Pasukan kami gemar melihat kegembiraan yang terpancar pada wajah kanak-kanak dan keluarga yang kami bantu, terutamanya apabila mereka menyedari kami telah membantu menjadikan hajat sebenar mereka suatu realiti."

Sepanjang tempoh 11 tahun lalu, Isagenix telah mengumpulkan lebih $6.2 juta untuk badan-badan kebajikan kanak-kanak. Ini termasuk lebih $3 juta untuk Make-A-Wish sejak tahun 2012, yang telah membantu menunaikan lebih 425 hajat untuk kanak-kanak yang layak. Lebih 550,000 sekutu dan kakitangan Isagenix berpeluang menyumbang kepada Make-A-Wish secara berterusan.

"Sekutu dan kakitangan Isagenix komited terhadap kesihatan dunia dengan memberi impak dan inspirasi kepada kehidupan orang lain," kata Kevin Adams, Ketua Pegawai Eksekutif Isagenix. "Sokongan kami terhadap Make-A-Wish membolehkan kami untuk terus membawa perubahan dalam kehidupan kanak-kanak di seluruh dunia."

Untuk maklumat tambahan tentang tajaan Maka-A-Wish Isagenix, sila kunjungi Isagenix.com, wish.org atau worldwish.org.

Latar Belakang Isagenix International:
Isagenix merupakan sebuah syarikat kesihatan dan kesejahteraan yang inovatif dengan lebih 13 tahun pengalaman kejayaan terbukti, memberikan masyarakat dengan penyelesaian terperibadi berkaitan penurunan berat badan, tenaga dan prestasi, penuaan secara sihat dan penghasilan kekayaan. Diasaskan pada tahun 2002 dan dimiliki secara persendirian, syarikat ini membantu mengubah kehidupan dengan membangunkan dan memasarkan penyelesaian ini melalui Sekutu-sekutu bebas. Dengan hasil tahunan global melebih $500 juta, Isagenix kini beroperasi di A.S, Kanada, Puerto Rico, Hong Kong, Australia, New Zealand, Taiwan, Mexico, Singapura, Malaysia dan Colombia. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.isagenix.com.

Latar Belakang Make-A-Wish International:
Make-A-Wish menunaikan hajat kanak-kanak yang menghidap masalah kesihatan yang mengancam nyawa untuk memperkaya pengalaman kemanusiaan melalui harapan, kekuatan dan kegembiraan. Berpangkalan di Phoenix, Arizona, Make-A-Wish merupakan sebuah pertubuhan menunaikan hajat terbesar dunia, memberi khidmat kepada kanak-kanak di hampir 50 buah negara di lima benua. Dengan bantuan penderma yang bermurah hati dan lebih 32,000 sukarelawan dari seluruh dunia, Make-A-Wish menunaikan hajat di sesebuah tempat di dunia setiap 21 minit secara purata. Sejak tahun 1980, ia telah menunaikan lebih 350,000 hajat kanak-kanak di seluruh dunia. Sebarang maklumat lanjut tentang Make-A-Wish America, kunjungi wish.org dan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Make-A-Wish International, kunjungi worldwish.org.

Source: Isagenix International
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Supplementary Medicine Children-related news Corporate Social Responsibility Not for profit