3 kereta dijual melebihi $10 juta, 26 kereta melebihi $1 juta
Rekod baharu lelongan dipecahkan bagi Ferrari dan Porsche
PEBBLE BEACH, California, 19 Ogos, 2015 /PRNewswire/ -- Gooding & Company, syarikat lelongan rasmi Pebble Beach Concours d'Elegance®, telah memperoleh lebih $128 juta semasa Lelongan Pebble Beach hujung minggu ini, mencatatkan rekod syarikat bagi jualan dua hari. Semasa jualan dua hari itu, syarikat lelongan itu menjual 115 daripada 129 lot, kadar jualan sebanyak 89%, harga purata tertinggi kami sebanyak $1,113,896 bagi sebuah kereta. Semasa hujung minggu lelongan itu, sejumlah 26 buah kereta dijual melebihi harga $1 juta termasuk tiga buah kenderaan melebihi $10 juta. Rekod dunia telah dipecahkan apabila standard pasaran baharu ditetapkan untuk Ferrari dan Porsche, termasuk 1961 Ferrari 250 GT SWB California Spider (dijual pada harga $16,830,000), 1962 Ferrari 250 GT SWB Berlinetta Speciale (dijual pada harga $16,500,000), 1982 Porsche 956 pemenang Le Mans (dijual pada harga $10,120,000), 1960 Porsche RS60 (dijual pada harga $5,400,000), 1957 Ferrari 410 Superamerica Series II Coupe (dijual pada harga $5,087,500), dan sebuah 1988 Porsche 959 Komfort (dijual pada harga $1,732,500).
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150817/259095
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150817/259096LOGO
David Gooding, Presiden Gooding & Company: "Tanda aras baharu berjaya dicapai dan syarikat kami mencatatkan rekod baharu dengan jualan dua hari tertinggi. Kami amat berterima kasih dan berbangga atas sokongan dan naungan dalam menjadikan lelongan ini begitu berjaya. Para pelanggan kami memahami kami membawakan kenderaan terpilih yang berkualiti dan berprestij, yang merupakan sebab untuk kami sentiasa memiliki antara peratusan jualan serta harga diperoleh yang tertinggi dalam industri. Untuk memperoleh $128 juta dalam masa hanya dua hari dengan hanya 129 buah kereta merupakan pencapaian sebenar."
Lima Terbaik
1961 Ferrari 250 GT SWB California Spider, $16,830,000
1962 Ferrari 250 GT SWB Berlinetta Speciale, $16,500,000
1982 Porsche 956, dijual pada harga $10,120,000
1960 Porsche RS60, dijual pada harga $5,400,000
1957 Ferrari 410 Superamerica Series II Coupe, dijual pada $5,087,500
Latar Belakang Gooding & Company
Gooding & Company, menyediakan khidmat tanpa tandingan dalam pasaran pengumpul kereta, menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk jualan persendirian dan estet, penilaian dan pengurusan koleksi. Kami akan membawakan Lelongan Scottsdale pada 29 dan 30 Januari 2016 serta Lelongan Amelia Island pada 11 Mac 2016. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.goodingco.com.