- Rob Mee akan menggantikan Paul Maritz sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Paul Maritz akan kekal dalam Lembaga Pengarah Pivotal sebagai Pengerusi Eksekutif. Pivotal mengumumkan keputusan kewangan Pivotal Cloud Foundry yang mencatat rekod.
SAN FRANCISCO, 19 Ogos 2015 /PRNewswire/ --
Ringkasan
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20130910/SF76762LOGO
Pivotal hari ini mengumumkan lembaga pengarah mereka telah melantik Rob Mee sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Rob Mee baru-baru ini berkhidmat sebagai Naib Presiden Eksekutif untuk Produk dan Penyelidikan & Pembangunan Pivotal. Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Rob Mee menggantikan Paul Maritz, yang akan kekal bersama Pivotal dan berkhidmat dalam lembaga pengarah Pivotal melalui jawatan yang baru diwujudkan, Pengerusi Eksekutif.
"Rob Mee diiktiraf kerana membentuk budaya pembangunan perisian dalam beberapa syarikat Lembah Silikon yang paling berpengaruh dan bernilai tinggi. Beliau merupakan pemimpin luar biasa dan juruteknologi yang bersemangat tentang misi kami, komited terhadap prinsip serta nilai kami, dan tahu bagaimana untuk membina perniagaan yang berjaya," kata Paul Maritz, Pengarah Eksekutif Pivotal. "Sebagai Pengerusi Eksekutif, saya tidak sabar-sabar lagi untuk terus terlibat dengan aktif bersama Pivotal, rakan kongsinya, dan para pelanggannya, serta menyokong Rob dalam peranan baharu beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif."
Ketua Pegawai Eksekutif Pivotal, Rob Mee berkata, "Saya berbangga dan teruja untuk memimpin Pivotal dalam misi kami untuk mengubah cara dunia menghasilkan perisian. Paul adalah sangat penting dalam merealisasikan wawasan Pivotal dan kami akan sentiasa berterima kasih kepada beliau atas kepimpinan berpandangan jauh beliau – beliau telah meninggalkan legasi yang utuh dan akan terus menjadi sumber yang bernilai tinggi sebagai Pengerusi Eksekutif kami."
Pivotal®, syarikat yang memacu perubahan digital untuk perusahaan, turut mengumumkan yang Pivotal Cloud Foundry®, platform natif awan Pivotal, telah mencecah tanda aras kewangan yang berjaya melebihi pendapatan tempahan tahunan dianggarkan sebanyak $100 juta.
"Pivotal mempunyai peluang yang luar biasa untuk menyediakan nilai berbeza kepada jenama-jenama paling bernilai di dunia dengan menyediakan platform awan terbuka dan sumber terbuka dalam Pivotal Cloud Foundry yang direka untuk menyokong pembangunan serta penggunaan aplikasi moden berorientasikan awan dan juga membolehkan mereka berfungsi dalam pelbagai aplikasi awan, sama ada secara persendirian atau awam," kata Paul Maritz. "Pencapaian yang menjangkau tanda aras $100 juta itu merupakan pentanda penting yang Pivotal Cloud Foundry diterima oleh para pelanggan dan rakan kongsi serta kian muncul sebagai platform awan terbuka yang terkemuka."
Kata Rob Mee, "Seluruh industri, daripada automotif hinggalah perkhidmatan kewangan kepada peruncitan, sedang mengalami proses perubahan yang pesat. Pivotal membawakan pendekatan transformatif kepada pembangunan perisian bagi membantu syarikat-syarikat berjaya dalam dunia yang kian berkembang pesat."
Sumber
Latar Belakang Pivotal
Pivotal merupakan rakan kongsi yang dipercayai untuk inovasi IT dan perubahan digital, membolehkan perusahaan menyediakan pengalaman berpandu perisian moden untuk pelanggan dan tenaga kerja mereka. Kombinasi perkhidmatan pembangunan tangkas terkemuka, platform awan terbuka, dan suite produk data besar terbuka dapat memacu kitaran inovasi untuk para pelanggan kami dalam setiap industri. Butiran lanjut di www.pivotal.io
©2015 Pivotal Software, Inc. Semua hak cipta terpelihara. Pivotal dan Pivotal Cloud Foundry adalah tanda dagangan dan/atau tanda dagangan berdaftar Pivotal Software, Inc. di Amerika Syarikat dan/atau negara-negara lain.
Siaran media ini mengandungi "kenyataan jangkaan" seperti yang ditakrifkan di bawah Undang-undang Sekuriti Persekutuan. Keputusan sebenar mungkin berbeza dengan ketara daripada yang diunjurkan dalam kenyataan jangkaan itu akibat daripada sesetengah faktor risiko tertentu, termasuk, tetapi tidak terhad kepada: (i) perubahan tidak diingini dalam keadaan ekonomi atau pasaran umum; (ii) penundaan atau pengurangan dalam perbelanjaan teknologi maklumat; (iii) risiko yang dikaitkan dengan pengurusan pertumbuhan perniagaan Pivotal; (iv) faktor berdaya saing, termasuk tetapi tidak terhad kepada tekanan peletakan harga dan pengenalan produk baharu; (v) Kemampuan pelanggan Pivotal untuk beralih kepada produk baharu dan strategi pengkomputeran baharu seperti pengkomputeran awan, ketidakpastian penerimaan pelanggan untuk teknologi baru muncul, dan perubahan teknologi serta pasaran yang pantas; (vi) perubahan terhadap garis masa pembangunan produk; (vii) kemampuan Pivotal untuk melindungi teknologi miliknya; (viii) kemampuan Pivotal untuk menarik dan mengekalkan kakitangan yang berkelayakan tinggi; dan (ix) risiko yang berkaitan dengan data dan kelemahan keselamatan maklumat. Semua kenyataan jangkaan ini dibuat berdasarkan jangkaan semasa dan tertakluk kepada ketidakpastian dan perubahan dalam keadaan, kepentingan, nilai, dan kesan, serta risiko lain yang telah didedahkan sebelum ini dan dari masa ke masa dalam dokumen yang difailkan oleh EMC Corporation, syarikat induk Pivotal, dengan suruhanjaya Sekuriti dan Tukaran A.S.. EMC dan Pivotal tidak bertanggungjawab untuk, dan buat masa ini tidak berniat untuk mengemas kini sebarang kenyataan jangkaan selepas tarikh siaran media ini.