SHENZHEN, China, 13 Nov., 2012 /PRNewswire-AsiaNet/ --
Sebagai penaja Pameran Hi-Tech China (CHTF), Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat Republik Rakyat China (MIIT) akan mengadakan satu pavilion untuk TD-LTE di CHTF 2012 di Shenzhen pada 16 hingga 21 November, agar dapat memaparkan dengan lebih baik Penyelidikan dan Pembangunan TD-LTE dan tahap perindustrian di China dan untuk mempopular dan mempromosikan pencapaian teknologi inovatif dalam rantaian industri yang lengkap seperti peranti sistem, cip, terminal, instrumen ujian dan perkhidmatan aplikasi, dan sebagainya.
Dalam satu mesyuarat persediaan mengenai Pavilion Tematik TD-LTE ini, Encik Yang Xueshan, timbalan menteri MIIT, berkata bahawa ia telah menarik perhatian pemimpin Kerajaan Pusat dan daripada kalangan masyarakat, dan sudah pasti akan menjadi antara acara kemuncak yang penting pada CHTF 2012.
Pavilion itu dimulakan dengan panduan mengenai pembangunan perindustrian yang sihat dan penggalakan berhubung peralihan perindustrian, dan kemudian memberi tumpuan kepada peningkatan industri dan perindustrian teknologi TD-LTE sebagai suatu teras. Penganjur bagi pavilion ini telah menjemput pengendali mudah alih, bandar perintis, pengeluar peralatan komunikasi dan perusahaan terkemuka domestik dan luar negara dalam industri yang berkaitan untuk mempamerkan teknologi mereka yang berinovatif dan aplikasi demonstratif dalam rantaian
lengkap perindustrian yang meliputi sistem TD-LTE, cip, terminal dan instrumen ujian. Pempamer juga akan menunjukkan teknologi, peralatan dan penyelesaian untuk menyokong dan merealisasikan perkhidmatan 4G.
Pavilion itu berkeluasan 7,500m2, dan meliputi rantaian lengkap perindustrian TD-LTE dan memberi tumpuan kepada pencapaian teknologi dan aplikasi baharu. Ia terdiri daripada empat kategori. Yang pertama adalah teknologi Penyelidikan dan Pembangunan, termasuk penyelidikan mengenai teknologi utama dalam sektor seperti komunikasi tanpa wayar, skim rangkaian, perancangan rangkaian dan pengoptimuman, keselamatan dan ujian rangkaian, serta pembangunan piawaian
tempatan dan asing yang berkaitan, dan lain-lain; kedua adalah produk penyelidikan dan pembangunan, termasuk peranti sistem, terminal, cip, antena, instrumen ujian serta produk periferal dan lain-lain; ketiga adalah aplikasi perkhidmatan, termasuk perkhidmatan telekom nilai ditambah, perkhidmatan Internet mudah alih, aplikasi perindustrian yang lazim serta aplikasi dan penyelesaian dan lain-lain dalam bidang seperti pengeluaran perindustrian, hal ehwal e-kerajaan, peningkatan kesejahteraan rakyat dan bandar-bandar tanpa wayar dan lain-lain; keempat adalah platform, termasuk platform yang menyokong penyelidikan dan pembangunan teknologi utama, platform bagi ujian dan demonstrasi dan platform bagi perkhidmatan aplikasi perniagaan, dan sebagainya.
SUMBER: Pejabat Jawatankuasa Penganjur CHTF