omniture

Isotope Technologies Garching GmbH Mengumumkan Pelesenan DOTA-Zoledronate untuk Teranostik Radionuklid Sasaran Tulang bagi Metastasis Tulang

ITM Isotopen Technologien Munchen AG
2015-08-21 00:15 402

GARCHING, Jerman, 21 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- ITM Group hari ini mengumumkan anak syarikatnya, ITG GmbH telah berjaya melesenkan DOTA-Zoledronate, agen teranostik generasi akan datang bagi Terapi dan Diagnostik Radionuklid Sasaran Tulang dalam kalangan pesakit yang mengalami metastasis tulang. DOTA-Zoledronate secara khusus menyasarkan lesi pada barah tulang dan, apabila dilabel dengan bahan radioaktif melalui radioisotop terapeutik atau diagnostik, menunjukkan potensi tinggi bagi Pengimejan PET dan Endoradioterapi. Berdasarkan ciri-ciri versatilnya untuk pelabelan radio, DOTA-Zoledronate merupakan agen berpotensi bagi pembangunan konsep terapi radionuklid berorientasi masa depan bagi onkologi nuklear terperibadi. Penyelidikan asas terhadap konjugat DOTA-Zoledronate berlabel radio telah diadakan baru-baru ini di Johannes Gutenberg University Mainz yang diketuai oleh ketua Institut Kimia Nuklear, Prof. Frank Rösch.

Latar Belakang DOTA-Zoledronate

DOTA-Zoledronate merupakan asid bisfosfonik berkonjugasi DOTA yang diindikasikan untuk rawatan metastasis tulang dalam kalangan pesakit yang menghidap barah serius seperti barah prostat atau payudara. Kecenderungannya terhadap hidroksiapatit yang merupakan komponen utama matriks mineral tulang menjadikannya sesuai untuk Pengimejan dan Terapi Radionuklid Sasaran Tulang. Dalam kajian terawal, DOTA-Zoledronate menunjukkan nisbah sasaran kepada latar belakang yang luar biasa dan laluan pembersihan yang pantas. Tambahan pula, agen tulang baharu itu amat sesuai bagi melakukan penandaan pelbagai radionuklid seperti radionuklid PET berasaskan penjana Gallium-68, Lutetium-177 tidak ditambah pembawa (n.c.a) memancarkan beta terapeutik selain pemancar partikel α Actinium-225 dan Bismuth-213.

Latar Belakang Lutetium-177 n.c.a. terapeutik

Produk utama ITM Group, Lutetium-177 n.c.a, merupakan radionuklid terapeutik hebat yang kini melalui proses prosedur Kelulusan Pemasaran. Setelah diluluskan oleh Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA), yang dijangka akan diluluskan pada suku pertama tahun 2016, produk perubatan itu akan dilancarkan di bawah jenama EndolucinBeta.

Latar Belakang Metastasis Tulang

Barah tertentu seperti barah payudara, prostat, paru-paru, tiroid, dan ginjal cenderung untuk merebak ke bahagian tulang. Dalam kalangan pesakit barah payudara dan prostat khususnya, tulang kebiasaannya menjadi tapak jauh pertama bagi sebaran barah dengan 2 daripada 3 orang pesakit mengalami penyakit sekunder ini pada peringkat lewat yang menyebabkan lebih 1.5 Juta kes barah sekunder dalam tulang didapati berlaku di seluruh dunia. Sebaran metastatik barah ke dalam tulang menyebabkan kesakitan tulang yang teruk, pemampatan saraf tunjang serta berlakunya keretakan rangka dan menjejaskan kualiti kehidupan seseorang pesakit.

Latar Belakang ITM Group

ITM Group merupakan kumpulan milik persendirian yang terdiri daripada syarikat-syarikat radiofarmaseutikal yang berdedikasi terhadap pembangunan dan penghasilan secara proprietari bahan radiofarmaseutikal serta peralatan radioperubatan baharu. Kini, lebih 50 kakitangan yang amat terlatih membawakan pengetahuan mendalam dan pengalaman mereka yang melebihi satu dekad, bagi menumpukan kepada penyumberan radioisotop generasi seterusnya dan pemprosesannya bagi rawatan pelbagai penyakit onkologi serius. Matlamat utama syarikat itu adalah untuk menambah baik kesejahteraan dan kualiti hidup seseorang pesakit dengan membawakan radiofarmaseutikal bersasaran generasi baharu untuk teranostik ke pasaran.

ITM Isotopen Technologien München AG 

Aufsichtsratsvorsitzender - Udo J. Vetter, Vorstandsvorsitzender - Steffen Schuster, Sitz der Gesellschaft - Lichtenbergstr. 1, 85748 Garching - HG München - HRB 154944

Hubungi
Konstantin Zhernosekov
Ketua Pengurusan & Pemasaran Produk
Telefon: +49 89 3298986-32
E-mel: Konstantin.Zhernosekov@itg-garching.de

Steffen Schuster
Vorstand
Telefon: +49 89 3298986-22
E-mel: Steffen.Schuster@itm.ag

SUMBER  ITM Isotopen Technologien München AG

Source: ITM Isotopen Technologien Munchen AG
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Licensing/marketing agreements