omniture

Cambium Networks Perkenalkan cnMaestro™, Platform Pengurusan Kitaran Hidup Rangkaian Hujung ke Hujung, Untuk Semua Produk

Cambium Networks
2015-08-24 20:00 212

- Penyelesaian berasaskan awan membolehkan penggunaan pantas dan pengendalian mudah untuk rangkaian sehingga ratusan ribu peranti -

ROLLING MEADOWS, Illinois, 24 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Cambium Networks™, penyedia global untuk penyelesaian jalur lebar wayarles, hari ini memperkenalkan cnMaestro™, platform yang boleh didapati dalam awan atau boleh digunakan di premis, dibina daripada asas untuk pengurusan kitaran hidup rangkaian hujung ke hujung yang selamat: pengurusan inventori, peranti pembawa masuk rangkaian, pengendalian dan penyelenggaraan harian. Dengan menawarkan profil penuh merentasi seluruh rangkaian, cnMaestro sangat memudahkan pengurusan semua peranti rangkaian.

Video - http://origin-qps.onstreammedia.com/origin/multivu_archive/PRNA/ENR/Cambium-Networks-082115-1.mp4
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140613/117974

Kemampuan penting cnMaestro:

  • Profil Penuh Merentasi Rangkaian:
    • Satu tetingkap tunggal untuk mengurus keseluruhan rangkaian, termasuk angkut balik pautan titik ke titik (PTP), akses titik ke berbilang titik (PMP) dan WiFi
    • Papan pemuka dikhususkan untuk setiap peranti, dengan kenaikan taraf biasa dan berpusat serta aliran kerja konfigurasi peranti bagi meminimumkan keluk pembelajaran untuk pengurus rangkaian.
  • Penyelesaian Masalah Pelanggan Hujung ke Hujung:
    • Fungsi satu klik memperlihatkan keseluruhan rantaian nodus rangkaian yang berkaitan dengan kawasan bermasalah, mempamerkan keputusan ujian prestasi dan kependaman, selain pemeriksaan keadaan tahap subsistem pada satu skrin.
    • Pengurus boleh melihat unsur rangkaian pada peta Google atau peta tingkat yang mungkin menjadi punca isu dan menentukan penyelesaian yang tepat pada masanya.
  • Pengurusan Lancar:
    • Mentakrifkan konfigurasi peranti terlebih dahulu dan mengaplikasikannya secara automatik pada masa pemasangan
    • Memastikan rangkaian besar sentiasa dikemas kini dengan mengurus naik taraf perisian dan perubahan pada konfigurasi dengan mudah
  • Pengawal WiFi:
    • Mengurus, mengkonfigurasikan, dan menyelaras titik akses (AP) WiFi Cambium Networks bagi mengumpulkan statistik rangkaian, mendorong dasar akses rangkaian, membolehkan perayauan lancar antara lokasi serta mengehoskan akses tetamu sedia guna bagi titik panas WiFi awam

"Memindahkan Pengawal Akses ke awan membenarkan pengendali wayarles dan penyedia perkhidmatan Internet untuk memastikan kualiti perkhidmatan (QoS) di titik panas persendirian dan awam yang tidak terjaga. Kemampuan untuk menjamin perkhidmatan gred perusahaan dengan platform yang menyokong penggunaan WiFi sebagai perkhidmatan terurus membuka pasaran baharu untuk pengendali rangkaian mudah alih (MNO) dan WISP; serta kemampuan untuk mengurus peranti WiFi dalam awan membenarkan mereka untuk bukan sahaja memastikan jumlah kos pemilikan (TCO) mereka kekal rendah tetapi juga membolehkan mereka menawarkan pelan harga baharu untuk pemilik serta pengguna titik panas," kata Sue Rudd, Pengarah Analisis Penyedia Perkhidmatan di Strategy Analytics.

Pengawal WiFi terbina dalam cnMaestro untuk cnPilot didatangkan dengan ciri-ciri penyelesaian titik panas WiFi penting yang membantu menyediakan akses WiFi tetamu secara besar-besaran dan pengewangan rangkaian WiFi. Pengawal WiFi mengurus dan menyelaras semua AP WiFi serta memberikan statistik rangkaian terkumpul, membenarkan pengendali rangkaian mengurus dasar akses rangkaian merentasi AP secara berpusat dan juga memastikan pengalaman pengguna yang tekal. Dengan semua AP yang disediakan daripada satu papan pemuka tunggal, pengendali rangkaian dengan mudahnya boleh mengurus berbilang lokasi dan mengaturkan penggunaan berkepadatan tinggi, menghasilkan pengalaman WiFi yang dipertingkat untuk para pelanggan mereka.

"Sebelum ini, setiap kali pelanggan menghubungi untuk mengadu tentang perkhidmatan yang lemah, profil kami terhadap persekitaran pelanggan berakhir dengan alamat IP sahaja. Kini, dengan cnMaestro, kakitangan kami boleh melihat, mengawal, dan menyelesaikan masalah bagi keseluruhan rangkaian daripada AP sehinggalah kepada penghala pelanggan. Pada masa depan, cnMaestro akan menjadi alat yang digunakan oleh pasukan saya setiap hari untuk mengurus dan mengendalikan rangkaian," kata Eric Ozrelic, presiden, Webformix.

"Matlamat kami dalam membangunkan cnMaestro adalah untuk menyelesaikan sebanyak mungkin titik yang bermasalah berkaitan dengan profil dan pengurusan rangkaian untuk para pelanggan kami. Kami mencipta penyelesaian berasaskan awan dengan paparan masa sebenar satu klik yang mudah untuk semua yang berlaku dalam rangkaian itu," kata Atul Bhatnagar, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Cambium Networks. "Ketika rangkaian perindustrian, perusahaan, dan kediaman terus didesak untuk menyediakan keterhubungan, keselamatan, dan kebolehskalaan yang berkualiti tinggi, cnMaestro bakal menjadi aset yang sangat bernilai bagi membantu syarikat-syarikat beroperasi dengan lebih cekap serta menguntungkan."

cnMaestro akan disediakan di seluruh dunia menjelang pertengahan September 2015.

Latar Belakang Cambium Networks:

Cambium Networks merupakan penyedia global terkemuka untuk penyelesaian jalur lebar wayarles yang menghubungkan yang tidak terhubung. Melalui portfolionya yang meluas untuk platform titik ke titik (PTP) dan titik ke berbilang titik (PMP) jalur lebar wayarles yang andal, boleh skala, dan selamat, Cambium Networks memungkinkan semua penyedia perkhidmatan; perusahaan; agensi-agensi kerajaan dan ketenteraan; syarikat-syarikat minyak, gas, dan utiliti; para penyedia khidmat Internet; serta rangkaian keselamatan awam untuk membina rangkaian komunikasi yang berkuasa dan juga mudah dikekalkan. Beribu pejabat di luar Chicago dan dengan pusat-pusat Penyelidikan & Pembangunan (R&D) di A.S. Ashburton, U.K. dan Bangalore, India, Cambium Networks menjual melalui pelbagai pengedar global yang dipercayai. Untuk maklumat lanjut, lawati: www.cambiumnetworks.com dan www.connectingtheunconnected.org.

Hubungi

Golin untuk Cambium Networks – Cyrus Hedayati
+1 415 318 4377
chedayati@golin.com

Source: Cambium Networks
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Wireless Communications New products/services