STOCKHOLM, 25 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Pemimpin dunia, pakar air dan ahli profesional pembangunan di Stockholm akan berganding unntuk mencari penyelesaian kepada beberapa krisis air di dunia yang sedang meningkat.
Minggu Air Sedunia 2015, bertemakan Air untuk Pembangunan, mengalu-alukan lebih 3,000 peserta dari lebih 120 buah negara, mewakili kerajaan, ahli-ahli akademik, organisasi-organisasi antarabangsa, masyarakat umum serta sektor korporat.
Air merupakan asas bagi semua kemajuan manusia dan kemasyarakatan. Tidak lama lagi, satu keputusan tentang Sasaran Pembangunan Lestari akan diikuti dengan perjanjian iklim baharu di COP21. Peranan air dalam proses-proses ini adalah amat penting. Dengan ketersediaan air yang berubah dengan drastik akibat perubahan iklim dan populasi berkembang yang memerlukan lebih banyak makanan, masa adalah begitu suntuk.
"Dari Tanduk Afrika dan Sahel, ke São Paulo, California dan China, semangat kecekalan masyarakat sedang diuji. Kita tidak lagi boleh mengambil ringan terhadap bekalan air yang mantap," kata Torgny Holmgren, Pengarah Eksekutif SIWI.
Perdana Menteri Sweden, Stefan Löfven berkata, "Apabila masyarakat antarabangsa membentuk satu agenda pembangunan mapan yang baharu, pengurusan dan agihan air mestilah menjadi terasnya. Bukan sahaja sebagai sasaran berasingan tetapi sebagai laluan untuk tujuan pembangunan dan kesihatan."
Bercakap tentang perubahan cuaca dan kesannya kepada negara pulaunya yang kecil, Presiden Kepulauan Marshall, Christopher J. Loeak berkata: "Sebagai pemimpin negara, sejujurnya, saya tidak mampu untuk berterus-terang kepada rakyat saya dan tidak yakin untuk mengatakan kepada mereka bahawa segalanya akan menjadi lebih baik ketika saya mengetahui dunia ini terus mengalami suatu proses kemusnahan."
Perdana Menteri Jordan, Abdulla Ensour, menerangkan tekanan melampau yang dihadapi negaranya disebabkan kekurangan air dan populasi pelarian yang amat besar.
Sepanjang Minggu tersebut, tiga hadiah telah berjaya disampaikan. Pada 23 Ogos, Anugerah Air Industri Stockholm telah diberikan kepada syarikat CH2M. Pada 25 Ogos, Anugerah Air Junior Stockholm akan diberikan kepada satu pasukan kebangsaan daripada 29 negara bertanding oleh Y.M. Puteri Mahkota Victoria dari Sweden. Pada 26 Ogos, Anugerah Air Stockholm akan diberikan kepada Rajendra Singh. Ia akan disampaikan oleh Y.M. Carl XVI Gustaf, Raja Sweden.
Latar Belakang Institut Air Antarabangsa Stockholm (SIWI) http://www.siwi.org
Latar Belakang Minggu Air Sedunia: http://www.worldwaterweek.org
Sumber akhbar: http://www.worldwaterweek.org/pressroom
Sumber: Stockholm International Water Institute