omniture

Restoran Perkhidmatan Pantas Taiwan, YPX Cayman Melengkapkan Pembiayaan Pusingan Ketiga

YPX Cayman Holdings Co., Ltd
2012-11-21 20:16 248

 

SHANGHAI, 9 Nov., 2012 /PRNewswire-AsiaNet/ --

Syarikat terus membina platform Makanan & Minuman yang besar dengan pembiayaan Siri C.

YPX Cayman Holdings Co, Ltd (http://www.ypxfood.com) hari ini mengumumkan penutupan pusingan ketiga bagi pengumpulan dana sebanyak AS$ 11.5 juta, yang membawa jumlah keseluruhan pembiayaan yang diperolehi dalam tempoh dua bulan yang lalu kepada AS$ 18 juta. LionRock Capital telah bertindak sebagai pelabur utama bagi pusingan pembiayaan terbaharu ini, dengan pelaburan susulan daripada Qiming Venture Partners, dan Ignition Capital. YPX baru-baru ini telah juga menerima pembiayaan ekuiti tambahan daripada Mitsui Global Investment, Hotung Venture, dan usahawan terkenal seperti bekas Pengerusi DBS Bank dan Singapore Airlines Encik Koh Boon Hwee dan pengasas syarikat 51Job.com yang disenaraikan di Nasdaq Encik Norman Lui dan Encik Michael Feng Yunlei. Di samping itu, YPX juga memperolehi AS$2.5 juta pembiayaan teroka hutang dari Western Technology Investment, sebuah firma yang berpangkalan di Lembah Silikon yang membiayai Facebook dan Google di peringkat awal penubuhan mereka. Dengan pembiayaan baharu ini, YPX Cayman akan dengan pantas membuka lebih banyak kedai di bahagian Timur dan Utara China; sekali gus mengekalkan strategi mereka untuk membina sebuah platform rantaian makanan dan minuman segera (F & B) kasual yang besar.

YPX membina kedai mereka yang pertama pada Disember 2010, dan sejak itu, Syarikat berkenaan telah berkembang dengan pesat. Pada masa ini, YPX telah juga melabur dengan banyak dalam infrastruktur operasi, sistem IT dan sumber manusia untuk mencapai pertumbuhan yang mapan dan sihat. Menjelang akhir tahun 2012 YPX akan mempunyai 30 kedai Cloud 9 di Shanghai, Hangzhou, Nanjing, Changzhou, Hefei, Beijing dan Tianjin. Faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan mereka mencapai kadar pertumbuhan ini adalah disebabkan oleh kesederhanaan YPX dalam pelaksanaan, pendekatan saintifik kejuruteraan menu, dan latihan pekerja yang kualiti tinggi. Untuk dua tahun yang akan datang, YPX berhasrat untuk membuka sekurang-kurangnya 90 kedai lagi di seluruh China, dan menjadi antara jenama restoran perkhidmatan pantas yang paling pesat berkembang di China.

 (Foto: http://www.prnasia.com/sa/2012/11/09/20121109140025884604.html)

"Dengan pusingan pembiayaan baharu ini, YPX kini berada pada kedudukan yang mantap untuk menguasai wilayah yang lebih besar di China. Matlamat kami adalah untuk membuka cawangan di wilayah-wilayah yang sebelum ini kami tidak berpeluang untuk menembusinya. Dengan ekonomi domestik masih berkembang dan pengguna semakin menuju kepada makanan yang mempunyai lebih nilai ditambah, kami mahu mengambil kesempatan daripada senario dan perubahan ini. Ketika kami berkembang, kami perlu mengukuhkan infrastruktur kami seperti Teknologi Maklumat atau IT, Latihan, Pembangunan Produk dan pengambilan lebih banyak bakat. Tidak ada perniagaan rantaian kedai boleh berkembang dengan mencapai keuntungan tanpa sebuah infrastruktur yang mantap dan kumpulan pekerja yang berbakat. Matlamat akhir kami adalah untuk menyediakan makanan yang mempunyai nilai yang baik yang bukan sahaja segar, tetapi juga selamat dan lazat dan pada kadar harga yang sangat berpatutan. Tidak harus ada pengalaman buruk ketika makan setiap kali anda berkunjung ke Cloud 9 untuk menjamu selera. Dan ia seterusnya akan membina sebuah perniagaan mapan yang akhirnya memberi pulangan yang besar kepada pelabur dan juga pekerja kami. Tumpuan kami adalah kepada kakitangan kami. Setiap mereka merupakan ahli keluarga dan akan diberi layanan sedemikian rupa. Kami mahu dikenali sebagai sebuah majikan pilihan di China, yang menyediakan kadar gaji dan faedah yang terbaik dan juga persekitaran pekerjaan yang terbaik. Di YPX, kami memberikan opsyen saham kepada pekerja kami, dan kakitangan kami diberi keutamaan. Hanya selepas itu baru mereka dapat memberi layanan terbaik kepada pelanggan kami yang dihargai," kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif YPX Cayman Chris Tay,seorang warganegara Malaysia.

Encik Daniel Tseung, Pengarah Urusan LionRock Capital, berkata: "LionRock Capital amat berbangga kerana dapat mengetuai pembiayaan pusingan terbaharu ini untuk YPX. LionRock amat kagum bukan sahaja oleh pertumbuhan pesat YPX, tetapi juga oleh pasukan pengurusan kanan syarikat itu yang berbakat, yang setiap satu mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam industri makanan dan minuman di Tanah Besar China. Dengan kualitinya yang sangat tinggi selain ia menawarkan makanan yang mampu dimiliki serta semakin popular di kalangan pengguna China, YPX berada pada kedudukan yang terbaik untuk memantapkan diri sebagai sebuah pemimpin di dalam industri F&B. Dengan digabung oleh sokongan kewangan, LionRock Capital akan juga menyediakan kepada YPX dengan akses kepada rangkaian menyeluruh mereka bagi usahawan terkemuka yang seterusnya membantu mempercepatkan kadar pertumbuhan YPX yang mantap."

Encik Hans Tung, Rakan Pengurusan di Qiming Venture Partners bagi pejabat Beijing dan Naib Pengerusi YPX Cayman, berkata: "Kami merupakan pelabur pertama yang menyokong Chris dan bersama-sama membangunkan konsep YPX dari hari pertama dan sejak itu telah membuat pelaburan dalam setiap pusingan. Kami percaya Chris dan pasukan beliau akan dapat membina sebuah "syarikat platform" dalam sebuah perniagaan restoran yang tradisional. Saya percaya YPX mempunyai peluang untuk mencapai sesuatu yang istimewa dan yang dapat menggoncang dunia F&B, sama seperti bagaimana pelaburan saya yang lain di Xiaom telah merancakkan penjualan telefon pintar dan VANCL bagi pakaian fesyen. Chris adalah seorang usahawan yang luar biasa dan telah mengambil dan mewujudkan sebuah pasukan yang luar biasa."

John Zagula, Pengarah Urusan Ignition berkata, "Dengan begitu banyak pertumbuhan masa hadapan China diterajui oleh pengguna, kita menganggap diri kami sebagai amat istimewa untuk melabur dalam sebuah pasukan yang mempunyai kepimpinan, pengalaman dan falsafah operasi yang diperlukan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi pengguna dalam kategori mereka. Dan kami amat bertuah kerana dapat melabur bersama-sama pelabur nilai tambah yang berprestij dan strategik itu."

Encik Koh Boon Hwee, seorang penyumbang labur dari Singapura, dan sepanjang kerjaya beliau telah menerajui banyak syarikat awam dan swasta, berkata: "Ekonomi domestik China sedang berubah dengan pesat, dan pelaburan saya dalam YPX Cayman memberikan saya ruang di hadapan untuk menyaksikan peningkatan penggunaan domestik dalam negara yang luas ini. Saya yakin bahawa YPX Cayman akan membina rangkaian restoran mereka dengan pembiayaan pusingan baharu ini."

David Tso, Naib Presiden Hotung, berkata:. "Hotung telah melabur di dalam YPX sejak tahun 2011 dan telah membuat pelaburan tambahan pada tahun ini sebagai membuktikan keyakinan mereka. Memandangkan pasaran QSR (restoran perkhidmatan pantas)/ FCR (restoran kasual pantas) China adalah amat luas, YPX akan menikmati satu potensi pertumbuhan yang menakjubkan melalui model mereka yang terbukti bagi keuntungan dan berskala pada tahun-tahun akan datang. Kami amat kagum dengan sistem pengurusan profesional YPX ini. Dan dengan digabungkan bersama-sama sebuah pasukan pengurusan antarabangsa yang sangat berpengalaman dan telus, YPX telah mencapai kesemua ini hanya dalam tempoh dua tahun; boleh dianggap satu rekod. Melihat ke hadapan, kami yakin bahawa YPX akan dapat mengejar rakan-rakan mereka dan menjadi pemimpin pasaran dalam pasaran QSR/ FCR China."

Encik Shunsuke Masaki, Ketua Pelaburan Pengguna, Mitsui Global Investment, menambah: "Dengan melihat perubahan pesat berhubung gaya hidup di bandar di China, saya amat yakin bahawa permintaan ke atas perkhidmatan peruncitan yang berkualiti tinggi akan terus berkembang pada masa hadapan. Pasukan pengurusan YPX telah membuktikan keupayaan mereka dalam menangani permintaan itu dengan menyampaikan beberapa inovasi. Perkara ini tidak dapat dilakukan tanpa kepintaran operasi dan usaha gigih."

Maurice Werdegar, Pengarah Urusan bagi Western Technology Investment, berkata: "Kami sangat teruja kerana dapat bekerjasama dengan YPX. Keupayaan pasukan itu yang terbukti untuk mencipta nilai dalam pasaran F&B memberikan kami keyakinan dalam konsep YPX dan kami tidak sabar-sabar untuk membantu mereka berkembang menjadi sebuah syarikat yang berjaya."

Maklumat mengenai YPX Cayman Holdings Co., Ltd.

Ditubuhkan di Shanghai pada tahun 2010, YPX Cayman memberi tumpuan kepada pengurusan rantaian kasual (F&B) di China. CLOUD 9, jenama pertama syarikat itu, memberi tumpuan terutamanya kepada segmen kasual F&B dan makanan ringan. Jenama itu kini mempunyai lebih 30 kedai di Shanghai, Beijing, Tianjin, Hangzhou, Nanjing, Changzhou, Hefei dan tempat lain, dan masih membuka kedai baharu di China. Pasukan pengurusan syarikat itu, dengan gabungan lebih 80 tahun pengalaman dalam pengurusan rantaian F&B, sentiasa meningkatkan standard dan tahap pengurusan mereka, dengan memberi penekanan kepada kualiti sebagai keutamaan pertama mereka. Syarikat itu berhasrat mewujudkan satu platform yang besar dalam rantaian kasual F&B di China.

Maklumat mengenai LionRock Capital

LionRock Capital menyediakan sokongan strategik, kewangan dan tadbir urus korporat bagi syarikat peringkat pertumbuhan di Greater China. LionRock disokong oleh beberapa usahawan yang paling berjaya di dunia dan organisasi keluarga, yang juga bertindak sebagai sumber berharga bagi syarikat pelaburan LionRock dan rakan-rakan pelaburan.

LionRock berhasrat untuk membina perhubungan jangka panjang, aktif dan nilai tambah dengan pasukan pengurusan syarikat dan pelabur. Pengarah Urusan dan Penasihat Kanan LionRock diiktiraf sebagai pemimpin di peringkat antarabangsa dalam bidang perniagaan, pelaburan dan tadbir urus korporat. Pasukan LionRock terdiri daripada kalangan profesional yang berpengalaman di Asia yang mempunyai rekod perkhidmatan yang memaparkan kejayaan mereka membantu pasukan-pasukan pengurusan membina dan membangunkan perniagaan mereka di Greater China dan seterusnya.

Maklumat mengenai Qiming Venture Partners

Dengan mempunyai pejabat di Shanghai, Beijing dan Hong Kong serta Seattle, Qiming Venture Partners menguruskan dana melebihi AS$1 bilion dan memberi tumpuan kepada melabur dalam perusahaan pertumbuhan tinggi yang berpotensi di China. Syarikat itu telah melabur dan berjaya memupuk syarikat-syarikat ini untuk IPO: Jiayuan, ChinaCache, Taomee, Tiger Medical dan Leo Pharmaceutical. Ia juga mempunyai pelaburan dalam kategori pemimpin seperti VANCL, Xiaomi Mobile, eHi Car Rental, Forgame, PPS TV, Dianping, Mougujie, Alltech Medical, Gan & Lee Pharmaceutical dan Arrail Dental.

Maklumat mengenai Ignition Capital

Ignition Capital merupakan cabang pertumbuhan ekuiti bagi sebuah kumpulan dana global bernilai $ 2.5 bilion yang menyediakan kepada pemimpin industri baru muncul dengan pelaburan dan sokongan operasi untuk membantu mereka mencapai potensi jangka panjang mereka, dalam sektor teknologi, komunikasi, pengguna dan sektor penjagaan kesihatan. Sejak 12 tahun yang lalu, kami telah berbesar hati untuk bekerja dengan pelbagai syarikat yang telah menjadi pemimpin pasaran dalam teknologi, telekomunikasi, perkhidmatan pengguna dan penjagaan kesihatan. Kita telah melihat syarikat kami berdepan dengan situasi ekonomi yang sukar, berkembang secara mendadak dan menjadi sama ada syarikat awam atau dijual kepada pemimpin pasaran yang lebih besar.

Maklumat mengenai Mitsui Global Investment

Mitsui Global Investment, sebuah anak syarikat milik sepenuhnya Mitsui&Co., Ltd., memberi tumpuan kepada pelaburan di dalam perusahaan pertumbuhan tinggi di seluruh dunia. Dengan beribu pejabat di Tokyo, syarikat itu telah mewujudkan pejabat di Beijing, Shanghai, Lembah Silikon dan New York dan telah membina sebuah rangkaian yang mencakupi Jepun, Amerika Syarikat dan China. Dengan rangkaian dan sumber global mereka, Mitsui Global Investment membantu portfolio mereka berkembang di pasaran luar negara dengan menyediakan sokongan merentasi sektor dan merentasi sempadan kepada mereka. Pelaburan Mitsui Global Investment di China termasuk iSoftStone, Prudent Energy dan Ftuan.

Maklumat mengenai Hotung Venture Capital

Hotung Investment Holdings Ltd, sebuah firma modal teroka yang mempunyai  operasi in Taiwan, Amerika Syarikat dan China, diwujudkan pada Mac 1997 dan telah disenaraikan di Papan Utama Bursa SGX-ST sejak Ogos 1997. Ia merupakan firma modal teroka Taiwan yang pertama dan yang tunggal disenaraikan di Bursa Singapura.

Maklumat mengenai Encik Koh Boon Hwee

Koh Boon Hwee, DUBC, memiliki ijazah sarjana muda kelas pertama dalam bidang kejuruteraan mekanikal dari Imperial College of Science and Technology, University of London, dan MBA (Kepujian) dari Harvard Business School. Beliau juga merupakan alumni St Andrew抯 School. Koh dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Telekom Singapura pada tahun 1986 dan kemudian menyertai lembaga pengarah Singapore Airlines pada Mac 2001. Antara pelantikan lain sebagai ahli lembaga pengarah, Koh juga berkhidmat sebagai Pengerusi Syarikat Kejuruteraan SIA; seorang Pengarah di Agilent TechnologiesInc, [Four Soft Ltd] dan Norelco UMS Holdings Limited, Pengarah Eksekutif bagi Media Ring Limited dan Tech Group Asia Limited. Beliau berkhidmat di lembaga pengarah beberapa syarikat swasta, termasuk Temasek Holdings (Private) Limited sebagai seorang Pengarah; AAC Acoustic Technologies Holdings Ltd dan Infiniti Solutions Private Limited. Beliau juga merupakan Ahli Majlis Persekutuan Perniagaan Singapura. Pada 1 Januari 2006, Koh menjadi pengerusi DBS Bank. Beliau menyertai DBS sebagai seorang pengarah pada 15 Jun 2005. Senarai pencapaian Koh Boon Hwee tidak berakhir di situ, seterusnya dilantik sebagai pengerusi Majlis Universiti Teknologi Nanyang; gergasi penerbangan Singapore Airlines; dan perlantikan beliau ke Jawatankuasa Ekonomi kebangsaan semasa tempoh kemelesetan ekonomi pada tahun 1980-an.

SUMBER YPX Cayman Holdings Co., Ltd 

Source: YPX Cayman Holdings Co., Ltd
Keywords: