omniture

Gemini Investments dan Rosemont Realty Bentuk Usaha Sama

Rosemont Realty, LLC
2015-08-26 09:15 219

-- Syarikat baharu bakal lancarkan strategi pengambilalihan tiga tahun bernilai lebih $3 bilion dengan gigih

SANTA FE, New Mexico, 26 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Gemini Investments (Holdings) Limited, sebuah syarikat tersenarai di Hong Kong dan Rosemont Realty yang berpangkalan di A.S., mengumumkan pembentukan satu usaha sama, iaitu Gemini-Rosemont Realty LLC, untuk mengambil alih dan mengurus hartanah pejabat komersila berkualiti institusi Kelas A dalam pasaran A.S.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150824/260437LOGO

"Kekukuhan kewangan Gemini Investments digabungkan bersama platform sedia ada, pasukan pengurusan dan rekod pencapaian cemerlang Rosemont dapat mewujudkan kerjasama yang mantap," kata Michael Mahony, ketua pegawai eksekutif, Gemini Rosemont. "Kami melihat peluang hebat untuk terus mengambil alih hartanah berkualiti tinggi dalam pasaran A.S. di samping turut mendapatkan nilai untuk pelabur kami, sama ada yang sedia ada mahupun yang baharu. Kemungkinan pembentukan usaha sama ini adalah amat hebat."

Gemini Rosemont akan melancarkan program pengambilalihan berbilang tahun menggunakan akses usaha sama itu kepada modal di A.S. dan di seluruh dunia. Strategi pelaburan syarikat akan meneruskan kejayaan Rosemont dalam menyasarkan hartanah Kelas A dalam pasaran A.S gerbang, primer, dan sekunder terpilih. 

Selain itu, sebahagian besar portfolio sedia ada Rosemont, terdiri daripada 135 buah bangunan mewakili kira-kira 15.9 juta kaki persegi hartanah komersial di 22 negeri A.S akan dipindahkan kepada Gemini Rosemont. Pasukan Rosemont sedia ada akan dikekalkan bagi menjalankan operasi usaha sama itu.

"Rosemont, bersama platform hartanah yang komprehensif dan sejarah prestasi cemerlangnya, adalah peluang pelaburan yang dicari oleh Gemini Investments bagi tujuan melabur dalam pasaran hartanah A.S.," kata Li Ming, pengerusi Sino-Ocean Land Holdings Limited dan Gemini Investments. "Kami tidak sabar-sabar untuk membentuk satu kerjasama yang kukuh dan berjaya." 

Rakan-rakan kerjasama utama lain yang terlibat dalam usaha sama Gemini Rosemont ini ialah Dan Burrell, pengerusi dan ketua pegawai eksekutif The Burrell Group, LLC, serta mantan Ketua Pegawai Eksekutif Rosemont; pengurusan kanan Rosemont sedia ada; dan juga Neutron Property Fund Limited, dana yang mengkhusus dalam pengurusan hartanah.

"Sino-Ocean Land dan Gemini Investments bersama-sama mewakili salah satu platform hartanah komersial utama Asia Pasifik," kata Burrell. "Ini merupakan peluang luar biasa untuk Rosemont dalam meneruskan pelan strategiknya dengan gigih dan saya tidak sabar-sabar untuk bekerjasama rapat dengan syarikat ini untuk menjadikannya suatu realiti."

Latar Belakang Gemini Investments

Gemini Investments merupakan sebuah perbadanan yang berpangkalan di Hong Kong yang sahamnya tersenarai di papan utama The Stock Exchange of Hong Kong Limited (00174.HK) dan merupakan cabang pelaburan Sino-Ocean Land, turut tersenarai di Hong Kong Stock Exchange (3377.HK) yang merupakan salah sebuah syarikat hartanah terbesar di Republik Rakyat China (PRC) dengan had pasaran ekuiti melebihi $4.3 bilion. Sino-Ocean Land telah mengambil alih dan membangunkan berjuta-juta kaki persegi hartanah komersial di China dan merancang untuk memanfaatkan Gemini Investments sebagai laluan untuk melakukan pelaburan langsung di A.S. serta bahagian-bahagian lain dunia.

Latar Belakang Gemini-Rosemont Realty LLC

Beribu pejabat di Santa Fe, New Mexico, Gemini-Rosemont Realty LLC, merupakan peneraju pasaran dalam pengambilalihan hartanah komersial dan juga pengurusan aset. Portfolio syarikat ini terdiri daripada kira-kira 15.9 juta kaki persegi dalam 135 buah bangunan di 22 buah negeri di seluruh A.S.

Sejak Oktober 2010, Gemini Rosemont telah mengambil alih lebih 6.8 juta kaki persegi aset pejabat berbilang bangunan Kelas A dan B dalam pasaran sekunder terpilih pada nilai lebih $950 juta. Setakat Disember 2014, Gemini Rosemont telah menaja 165 laluan pelaburan, melaksanakan lebih $805 juta ekuiti pelabur untuk melakukan lebih $2.5 bilion pembelian, dan mengambil alih/mengurus kira-kira 30 juta kaki persegi hartanah komersial.

Diasaskan pada tahun 1991, Gemini Rosemont menggaji lebih 200 orang ahli profesional dan mempunyai sembilan buah pejabat serantau di Albuquerque, Atlanta, Dallas, Denver, Houston, New York, Peoria, San Antonio dan Tulsa. Sebarang maklumat, sila kunjungi GeminiRosemont.com.

Source: Rosemont Realty, LLC
Related Stocks:
HongKong:00174 HongKong:3377 OTC:NDVLY OTC:SIOLY
Keywords: Banking/Financial Service Commercial Real Estate Real Estate Joint ventures