omniture

Pameran Canton ke-112 "Mengekalkan Perdagangan Global ketika Waktu Sukar"

China Foreign Trade Centre (CFTC)
2012-11-22 01:12 204

GUANGZHOU, China, 16 Nov., 2012 /PRNewswire-AsiaNet/ --

Walaupun mengalami masalah ekonomi yang berterusan di Eropah dan Amerika Syarikat, edisi ke-112 bagi Pameran Canton, yang berakhir pada 4 November, telah memaparkan satu daya ketahanan yang luar biasa. Walaupun bilangan peserta dan perolehan jatuh di sekitar 10 peratus berbanding sewaktu sesi musim bunga, peratusan pengunjung berulang meningkat lebih 8 peratus, sekali gus menekankan nilai komersil yang besar bagi acara itu dan pentingnya ia sebagai satu banir untuk mengekalkan perdagangan global.

Bilangan pembeli luar negara pada pameran itu - yang dianggap sebagai penunjuk yang boleh dipercayai bagi keadaan eksport China - menonjolkan permintaan global yang lemah, ketika pemulihan yang suram terjejas oleh krisis hutang zon euro. Walau bagaimanapun, Pameran Canton kekal sebagai gerbang masuk yang terbaik ke pasaran China, dan para hadirin masih tetap menilai peluang yang ditawarkan, sama ada daripada segi perisikan perniagaan mahupun kualiti produk yang ditawarkan.

Sebuah pembekal peralatan taman dari Jerman yang menghadiri pameran itu berkata walaupun beliau tidak mengalami penurunan domestik daripada segi jualan, beliau tetap menghadapi tekanan untuk mengurangkan harga. "Saya mencari harga yang terbaik daripada pembekal di China kerana pelanggan saya kini lebih mengutamakan harga," kata beliau.

Ulrik Fredikson, seorang eksekutif dari sebuah syarikat aksesori kereta di Sweden, berkata syarikat beliau turut merasai kesannya, dengan jualan merosot 25 peratus dari tahun ke tahun. "Dengan tidak lagi melalui orang tengah, yang akan menaikkan harga sebanyak 20 peratus, saya lebih suka membeli terus daripada pengilang di sini pada pameran ini," kata Fredrikson.

Syarikat-syarikat dari negara membangun, terutamanya negara-negara BRICS, menunjukkan keinginan yang kuat untuk menjalin kerjasama ekonomi di pameran itu. Ramai yang yakin bahawa peningkatan perdagangan antara negara-negara BRICS boleh mengatasi penurunan jualan baru-baru ini di pasaran yang lebih tradisional.

Dengan Brazil bersedia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia dan Sukan Olimpik tidak lama lagi, peluang bagi syarikat-syarikat China di pasaran Brazil semakin meningkat. Satu forum di Pameran Canton untuk membantu syarikat-syarikat China membiasakan diri dengan persekitaran perniagaan di Brazil telah dihadiri oleh 400 pelawat.

ChinaInvest, sebuah firma pelaburan dan perunding Brazil, telah membeli bahan binaan dalam kuantiti yang besar untuk kontraktor pembinaan di Amerika Selatan pada pameran itu. Presiden firma itu, Thomas Machado, berkata beliau menjangka akan membeli 30 peratus lebih bahan-bahan dari China pada tahun ini, dengan peningkatan sebanyak 15 peratus dalam harga secara keseluruhan. "Kualiti yang lebih baik meyakinkan saya untuk membeli barangan China, walaupun bahan mentah dan kos buruh di China telah meningkat," kata Machado.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila layari:

http://www.cantonfair.org.cn/en/index.asp

SUMBER:  Pusat Perdagangan Luar Negara China (CFTC)

 

 

 

 

Source: China Foreign Trade Centre (CFTC)
Keywords: Electronic Commerce Trade show news