WASHINGTON, 28 Ogos, 2015 /PRNewswire/ -- Para pegawai pendidikan dari Bangladesh, Kemboja, India, Tajikistan dan Timor-Leste akan menyertai kira-kira 200 pakar dan wakil kerajaan di sidang kemuncak selama dua hari di sini untuk menyelidik punca keciciran pelajar sekolah dan strategi untuk mengekalkan pelajar di dalam kelas, seperti yang diumumkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa A.S. (www.usaid.gov) dan Creative Associates International. (www.CreativeAssociatesInternational.com)
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150826/261354
"Sidang Kemuncak Pencegahan Keciciran Pelajar: Memahami Punca, Berkongsi Penyelesaian" akan diadakan di Washington (D.C.) Hilton pada 9 dan 10 September. Pendaftaran terbuka kepada para profesional pendidikan—serta media—secara percuma. Tempat adalah terhad dan penyertaan awal akan diberi keutamaan terlebih dahulu.
http://events.r20.constantcontact.com/register/event?oeidk=a07ebay5j921c3cba1f&llr=7s7s76mab
Sidang kemuncak 9 dan 10 September itu, yang akan meneliti faktor-faktor yang memberi kesan kepada keciciran pelajar di negara-negara membangun dan maju, mempunyai sesi terjadual berikut:
Sesi gaya wawancara yang dikenali sebagai "Menangani Keciciran: Kementerian Pendidikan Mengulas" akan diadakan pada penghujung sesi dua hari itu.
Hasil Daripada Program Rintis Pencegahan Keciciran Sekolah 4 Negara
Dengan sokongan daripada USAID, Creative telah mengetuai konsortium rakan kerjasama bagi mengusahakan projek penyelidikan gunaan empat negara selama lima tahun yang dikenali sebagai "Program Rintis Pencegahan Keciciran Sekolah," bagi mengkaji punca keciciran dan seterusnya melibatkan kementerian-kementerian kerajaan, para pendidik, komuniti, ibu bapa dan pelajar dalam penyelesaian yang mapan. Negara-negara sasaran dalam program tersebut terdiri daripada Kemboja, India, Tajikistan dan Timor-Leste.
Dapatan daripada projek rintis itu akan dikongsi oleh pasukan negara dan Kementerian Pendidikan semasa persidangan tersebut, bersama strategi program dan penyelidikan lain. Projek rintis itu telah dijalankan oleh CARE International, Kampuchean Action for Primary Education, QUEST Alliance dan Creative.
Selain wakil-wakil daripada empat negara dalam projek rintis ini, wakil-wakil dari Mesir, Nigeria, Tanzania, Bangladesh dan negara-negara lain akan turut hadir.
"Tiada penyelesaian tunggal yang mudah untuk mencegah masalah keciciran," kata Charito Kruvant, Ketua Pegawai Eksekutif Creative. "Pendekatan berbeza untuk menangani masalah keciciran telah dicuba, dengan tahap kejayaan yang berbeza. Ini merupakan peluang untuk mendalami dan membincangkan usaha-usaha ini serta setiap yang dirancang oleh negara-negara bagi memastikan para pelajar berjaya menyempurnakan pendidikan mereka."
Latar Belakang USAID & Creative Associates International
Agensi Pembangunan Antarabangsa A.S. merupakan agensi utama kerajaan A.S. yang berusaha untuk membasmi kemiskinan global yang melampau dan membolehkan masyarakat demokrasi yang berdaya tahan mencapai potensi mereka. (www.usaid.gov)
Creative Associates International bekerjasama dengan masyarakat terpinggir dengan berkongsi kepakaran serta pengalaman dalam pendidikan, pertumbuhan ekonomi, pentadbiran dan perubahan daripada konflik kepada keamanan. (www.CreativeAssociatesInternational.com)