-- Pejabat baharu meneruskan khidmat pelanggan sedia ada di rantau Asia Pasifik yang membangun --
EVANSTON, Illinois, 31 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Dalam usaha untuk meluaskan kehadirannya di rantau Asia Pasifik, firma jualan dan pemasaran global ZS baru-baru ini membuka sebuah pejabat di Singapura. Pejabat baharu itu merupakan lokasi kelima ZS di Asia dan yang ke-22 di seluruh dunia.
Berdedikasi untuk membantu syarikat-syarikat di seluruh dunia dan merentasi berbilang industri bagi menangani pelbagai isu jualan serta pemasaran, firma tersebut meningkatkan pelaburannya di Singapura ketika industri farmaseutikal, bioteknologi dan peralatan perubatan terus maju di rantau ini. Banyak syarikat farmaseutikal dan peralatan perubatan besar sama ada telah memiliki ibu pejabat serantau di Singapura atau merancang untuk membina kehadiran di negara tersebut.
"Singapura telah menjadi tumpuan syarikat kesihatan multinasional, dan kami telah membantu banyak syarikat ini – serta sekutu mereka – bagi menangani cabaran jualan serta pemasaran yang tersendiri selama beberapa tahun," kata Pengarah Urusan ZS, Chris Wright. "ZS bermula lebih 30 tahun lalu dalam industri farmaseutikal dan telah berkembang ke dalam banyak industri lain sejak beberapa tahun ini. Pelaburan di tempat-tempat baharu kami meneruskan kejayaan strategik kami dan membolehkan kami berada lebih hampir dan berkedudukan lebih baik untuk membantu syarikat-syarikat di Singapura serta rantau Asia Pasifik. Ia turut menonjolkan komitmen kami terhadap para pelanggan di seluruh dunia."
Prinsipal ZS Mazen Zahlan akan mengetuai pejabat Singapura itu. Zahlan, sebelum ini pernah bertugas di pejabat Princeton, New Jersey firma itu mempunyai lebih 20 tahun pengalaman bekerja dengan pelanggan dalam pelbagai industri di Asia, Eropah dan Amerika Syarikat. Beliau memiliki kepakaran dalam bidang jualan, pemasaran serta strategi dan proses pembangunan produk. Ini termasuk pembentukan organisasi, integrasi pasca penggabungan, strategi pelancaran produk global, model komersial dan reka bentuk pengalaman pelanggan, serta keberkesanan pemasaran dan juga jualan. Zahlan turut bekerja secara meluas untuk pelancaran produk-produk khas di Asia Pasifik dan telah membantu pelanggan-pelanggan meluaskan operasi mereka di rantau ini.
"Syarikat-syarikat farmaseutikal dan peralatan perubatan dicabar untuk membentuk strategi komersial, mengagihkan sumber serta membina dan mengekalkan pasukan yang mantap untuk memanfaatkan peluang dalam banyak pasaran pertumbuhan di rantau ini," kata Zahlan. "Di Singapura, ZS akan memanfaatkan pengalaman selama tiga dekad untuk membantu syarikat-syarikat mewujudkan strategi pemasaran yang berkesan, membina kemampuan mereka dan kerap beroperasi sebagai lanjutan daripada pasukan mereka. Pejabat Singapura ini akan menawarkan skop lengkap perkhidmatan ZS dan menjadi rakan jualan serta pemasaran yang serba lengkap untuk syarikat-syarikat di rantau ini."
Sampath Nachiappan, seorang pengurus perunding perniagaan ZS, akan membantu Zahlan di Singapura. Nachiappan mempunyai lebih sedekad pengalaman perundingan dan industri di Asia dan A.S. Beliau telah bekerja dengan syarikat-syarikat di rantau Asia Pasifik dalam penilaian dan rekaan komersial, penilaian peluang, serta pengoptimuman dan juga keberkesanan kuasa jualan.
Bakat terbaik dari pejabat ZS di seluruh dunia juga telah menyertai pejabat di Singapura yang bertempat di Samsung Hub, 3 Church St., Tingkat 8. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +65-6221-6231 atau hubungi Mazen Zahlan (mazen.zahlan@zsassociates.com) atau Sampath Nachiappan (sampath.nachiappan@zsassociates.com).
Latar Belakang ZS
ZS merupakan firma terbesar dunia yang memfokuskan sepenuhnya untuk meningkatkan prestasi perniagaan melalui penyelesaian jualan dan pemasaran, daripada pengetahuan serta strategi pelanggan kepada analitik, operasi dan juga teknologi. Lebih 4,000 ahli-ahli profesional ZS di 22 buah pejabat di seluruh dunia menggunakan kepakaran industri dan domain yang mendalam untuk memberi khidmat di lokasi yang diperlukan untuk para pelanggan merentasi pelbagai industri. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi www.zsassociates.com atau ikuti kami di Twitter (@ZSAssociates) dan LinkedIn.