omniture

Produk & Teknologi Baru Diperkenalkan Secara Intensif Semasa CHTF 2012

The Office of CHTF Organizing Committee
2012-11-22 02:54 185

SHENZHEN, 20 Nov., 2012 /PRNewswire-AsiaNet/ -- Pesta Teknologi Tinggi China (CHTF) tahun ini bermula pada 16 Nov. dan akan berterusan sehingga 21 Nov. Selama dua hari bermula 17 Nov., para peserta mempamerkan secara intensif teknologi dan produk baru masing-masing di aktiviti-aktiviti khas yang dianjurkan oleh CHTF di Pusat Konvensyen & Pameran Shenzhen.

Ini merupakan satu peningkatan fungsi CHTF sebagai satu platform perdagangan dan pemindahan hasil penyelidikan serta teknologi, yang berperanan mempromosi penyepaduan, kesinambungan dan penggunaan faktor-faktor inovatif seperti teknologi, modal, maklumat, sumber manusia dan pasaran selain membantu para pempamer memperolehi kelebihan ketara daripada barangan pameran mereka semasa CHTF 2012.

Buat masa ini, aktiviti pengenalan termasuk Padanan Perniagaan bagi Projek-projek Teknologi Tinggi, Road Show bagi Persidangan Pembiayaan Projek dan Perolehan bagi Pembeli Luar. Institut Sains Tanaman CAAS (Akademi Sains Pertanian Cina) mendedahkan hasil kajian mereka akan gandum bangkut serta pewujudan dan aplikasi  pembiakan cekap spesis ini. Projek ini memenangi Hadiah Pertama Anugerah Kebangsaan bagi Kemajuan Saintifik & Teknikal pada 2010. Mendahului dunia, ia merupakan antara inovasi utama asal bersama hak harta intelek eksklusif dimiliki China.

Institut Teknologi Lanjutan Shenzhen, Akademi Sains Cina (SIAT bagi CAS) mengumumkan keputusan Pertandingan Antarabangsa Piala Qrobot bagi Pembangunan Robot & Aplikasi yang julung kali diadakan dan menyampaikan anugerah kepada pemenang semasa acara itu.

Lenovo memperkenalkan beberapa daripada produk inovatifnya, termasuk tablet boleh lipat 360-darjah yang pertama di dunia iaitu "IdeaPad Yoga" di acara itu. Shenzhen Yifang Digital mengadakan persidangan memperkenalkan pen Windows 8 Yifang, selain Shenzhen HSAE bersama Intel memperkenalkan produk-produk baru.

Harbin LiveChain Technologies Co. Ltd. menunjukkan LiveChain Health Cloud semasa menyampaikan maklumat.

Teknologi analisis pintar video utama dunia yang dibangunkan oleh Anxin-China Holdings Limited bagi keselamatan & perlindungan juga diperkenalkan. Anxin telah memperoleh sebuah paten Amerika bagi teknologi ini, dengan syarikat kini merupakan sebuah pemimpin antarabangsa dalam menganalisa video.

Terdapat lebih banyak inovasi teknikal untuk disaksikan di acara-acara CHTF, termasuk sel bahanapi kenderaan yang dibangunkan oleh Sunrise Power,  lampu LED boleh laras (G60K-02, 7.5W), satu produk baru yang menjimatkan tenaga dalam Koleksi  Shenzhen Enterprises, jus medlar dan kopi yang dihasilkan oleh Biro Saudagar Wilayah Autonomi Ningxia, periuk nasi elektrik BNW kepunyaan Shenzhen Bens Intelligent Electric Appliance, dan aplikasi perusahaan rangkaian atas permintaan OATOS milik  Shenzhen CONLECT Information Technology.

SUMBER:  Pejabat Jawatankuasa Penganjur CHTF

 

Source: The Office of CHTF Organizing Committee
Keywords: Computer/Electronics