omniture

Volkswagen Lancarkan Inisiatif Hubungan Kebudayaan di China Dengan Pembukaan Pameran Rain Room di Shanghai

VW Volkswagen AG
2015-08-31 11:11 342

SHANGHAI dan WOLFSBURG, Jerman, 31 Ogos 2015 /PRNewswire/ --

  • Penampilan sulung di Asia: Volkswagen Group China dan MuziumYUZ bersama membawakan Rain Room ke Shanghai 
  • Pameran terbesar setakat ini bagi menampilkan karya seni Random International 
  • Dibuka dengan sekitar 300 tetamu daripada bidang kebudayaan, ekonomi dan politik 

-Rujukan silang: Gambar boleh didapati di AP Images (http://www.apimages.com) dan http://www.presseportal.de/nr/9260/  -

Volkswagen memulakan aktivitinya sebagai rakan kebudayaan di China dengan penglibatan Volkswagen Group China dalam pameran Rain Room. Dibuka pada petang Sabtu di Shanghai, pameran itu menandakan paparan pertama Rain Room di China. Karya seni yang dihasilkan oleh artis British-Jerman secara kolektif, Random International, telah diraikan dengan minat yang menggalakkan dengan pameran di London serta New York dan buat kali pertama mengisi ruang sebesar 150m2 di Shanghai yang menjadikannya mengatasi semua versi yang pernah dipamerkan sebelum ini.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150827/261714 )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150827/261715 )

Berucap kepada 300 tetamu undangan, Budi Tek, pengasas Yayasan YUZ yang mengendalikan Muzium YUZ, dan Klaus Biesenbach, Ketua Kurator di Muzium Seni Moden (MoMA), New York dan Pengarah MoMA PS1, bersama Hans-Ulrich Obrist, bertanggungjawab bagi pameran Rain Room di New York, selain Prof. Dr. Jochem Heizmann, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Volkswagen Group China serta ahli Lembaga Eksekutif Volkswagen AG, menekankan kepentingan pameran itu bagi dialog kreatif.

Dengan sokongan pameran ini, Volkswagen membuat sumbangan penting kepada pembinaan jambatan baharu yang menghubungkan seni Barat dan Asia. Melalui cara ini, Volkswagen menghubungkan aktiviti-aktivitinya di China dengan berkolaborasi bersama rakan antarabangsanya yang lain. Sejak tahun 2011, terdapat kerjasama rapat antara Volkswagen Group of America dan MoMA serta MoMA PS1. Selain itu, Volkswagen Group telah mengekalkan kerjasama dengan Nationalgalerie-Staatliche Museen zu Berlin sejak tahun 2013.

Prof. Dr Jochem Heizmann berkata pada majlis pembukaan: "Seni dan budaya merupakan kuasa penggerak untuk inovasi, kerana kebiasaannya artislah yang mampu bertanya soalan yang mencetuskan gesaan terhadap penemuan baharu. Dengan itu, Volkswagen menggalakkan interaksi dengan karya kreatif secara bersungguh-sungguh. Dengan menyokong pameran ini, kami akan memberikan isyarat pencetus untuk menubuhkan platform yang menawarkan inspirasi baharu kepada masyarakat dan menyediakan perspektif menarik tentang kepentingan kelestarian alam sekitar."

Melalui Rain Room, kumpulan artis Random International telah menghasilkan karya yang menggabungkan teknologi dan hubungan kreatif dalam cara yang unik. Rain Room merupakan sebuah bilik yang mana hujan sentiasa turun. Sebaik sahaja orang ramai bergerak di dalam bilik ini, hujan akan berhenti tepat di titik-titik tersebut. Ini memungkinkan kawalan digital yang canggih yang menyediakan naungan tidak dijangka untuk para pengunjung di tengah-tengah hujan yang lebat. Rain Room pertama kali dipamerkan di London dan kemudiannya di Muzium Seni Moden New York (MoMA). Dengan aturan Volkswagen, idea tersebut telah dimatangkan untuk memberi masyarakat China peluang bagi mengalami karya seni ini. Idea ini akhirnya dilaksanakan bersama Yayasan YUZ.

Muzium YUZ Shanghai mempamerkan Rain Room mulai 1 September hingga 31 Disember 2015 dalam rangka kerja kerjasama projek bersama Volkswagen Group China. Pameran ini disertai dengan peluang pembelajaran artistik bagi peringkat usia berbeza yang turut dibangunkan oleh Muzium YUZ dengan sokongan Volkswagen Group China. Volkswagen Group China akan turut mengundang para pengguna China untuk mengulas secara individu tentang topik air menggunakan pelbagai saluran dalam talian untuk menghubungkan kesedaran antara seni serta alam sekitar.

Nota untuk editor:

Volkswagen Group China 

Volkswagen mempunyai sekitar 91,000 kakitangan di China dan kini menghasilkan model-model untuk tanda niaga Kumpulan Volkswagen Pkw, Audi, serta SKODA bagi pasaran China dalam usaha sama SVW dan FAW-VW di 20 lokasi. Pengeluaran kenderaan ini melibatkan penyediaan enjin dan komponen kenderaan tempatan.

Siaran media dan bahan imej yang dilampirkan boleh didapati di http://www.volkswagen-media-services.com.

Hubungi:
    
Volkswagen Group Communications
Ketua Hubungan Budaya
Benita von Maltzahn
Telefon: +49(0)5361/9-89-31-8
Faks: +49(0)5361/9-57-89-31-8
Benita.von.Maltzahn@volkswagen.de

Jurucakap Hubungan Budaya
Rita Werneyer
Telefon: +49(0)5361/9-79-86-4
Faks: +49(0)5361/9-56-85-22-2
Rita.Werneyer@volkswagen.de

Volkswagen Group China
Komunikasi
Larissa Braun
Telefon: +86-10-6531-5482
Larissa.Braun@volkswagen.com.cn   

Sumber: VW Volkswagen AG

Source: VW Volkswagen AG
Keywords: Art Auto Entertainment Transportation Trade show news