omniture

BARC India dan TAM India Menubuhkan Syarikat Pengurusan Meter untuk Membekalkan Data Mentah kepada BARC India

Broadcast Audience Research Council
2015-08-31 11:36 477

MUMBAI, 31 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- BARC India, syarikat pemeringkatan televisyen yang dibentuk oleh penyiar, agensi pengiklanan dan pengiklan, serta TAM India, usaha sama pengukuran penonton televisyen antara Nielsen dan Kantar, hari ini mengumumkan pembentukan syarikat pengurusan Meter baharu. Syarikat ini akan menjalankan pengendalian meter dan akan membekalkan data mentah kepada BARC India. Meter akan digunakan berdasarkan rekaan sampel BARC dan pemeringkatan akan dihitung serta disebarkan melalui perisian BARC India. Data pemeringkatan ini akan menjadi mata wang perdagangan tunggal untuk negara itu, memberi pengiklan, penyiar, dan agensi ukuran yang tepat serta berkualiti.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150828/10129285)
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150828/10129285-a )

Syarikat meter itu akan mempunyai aset meter dan operasi pengurusan panel untuk panel semasa BARC India serta TAM India, yang akan dimiliki bersama BARC India, Nielsen dan Kantar dengan kawalan pengurusan terletak kepada BARC India. Sebagai permulaan, syarikat itu akan mempunyai 34,000 meter yang meliputi keseluruhan India, dan akan membekalkan data mentah kepada BARC, yang akan menggunakan proses statistik serta rekaan penyampelannya sendiri. Butiran pembentukan itu dan pengerahan syarikat baharu ini akan dimaklumkan dalam minggu-minggu akan datang.

TAM India akan terus menyediakan perkhidmatan pemeringkatan bukan TV mereka kepada pasaran, khususnya AdEx -- Perbelanjaan Pengiklanan untuk TV, Media Cetak, Radio, RAM -- Ukuran Penonton Radio, Eikona -- Audit Perhubungan Awam, TAM Sports Measurement dan S-Group Consulting. 

Diminta mengulas tentang perkembangan ini, Punit Goenka, Pengerusi BARC India berkata, "Perkongsian ini merupakan satu langkah yang besar ke hadapan dan dalam era kerjasama ini, kami mengalu-alukan tindakan ini sebagai badan industri bersama. Kehebatan teknologi dan kaedah BARC, digabungkan dengan meter tambahan serta kuasa medan itu sudah tentu akan membantu kemajuan industri ini." 

"Usaha niaga baharu ini mewakili komitmen organisasi kami untuk menyediakan data yang jitu dan stabil ke seluruh dunia, dan mendapat kekuatan daripada BARC India serta TAM India," ulas Steve Hasker, Presiden Global, Nielsen. "Kami tidak sabar-sabar lagi untuk mendapat liputan yang luas dan perwakilan hebat yang akan diberikan perkongsian melalui baharu ini."

Eric Salama, Ketua Pegawai Eksekutif Kantar, berkata: "Kami gembira dapat bekerjasama dengan BARC India untuk memberikan kejelasan dan sampel tunggal yang besar untuk industri ini dan untuk mengekalkan India sebagai pasaran utama bagi kami."

Latar Belakang BARC India 

Laman Sesawang: http://www.barcindia.co.in 
Twitter:@BARCIndia
partho.dasgupta@barcindia.co.in 
jagdeep.dighe@barcindia.co.in 

Latar Belakang Nielsen

Hubungi: Prashant.Singh@nielsen.com 

Latar Belakang Kantar Media

Lawati http://www.kantarmedia.com 
Hubungi: eric.salama@kantar.com

Sumber: Broadcast Audience Research Council

Source: Broadcast Audience Research Council
Keywords: Outsourcing Businesses Publishing/Information Service Television Joint ventures New products/services