omniture

OIA Global dan Ditto Sustainable Brand Solutions Lancarkan Program Runcit dan Logistik Kelestarian Baharu

OIA Global
2015-08-31 21:53 251

PORTLAND, Oregon, 31 Ogos, 2015 /PRNewswire/ --  OIA Global, penyedia logistik, pembungkusan dan penyumberan bahan sedunia serta Ditto Sustainable Brand Solutions, syarikat rekaan produk mesra alam, telah mengumumkan perjanjian pemasaran bersama untuk mewujudkan program inovatif yang melibatkan penghantaran dan peruncitan yang dikenali sebagai Pakaian pada Ditto (Garments on Ditto). Penemuan ini dibangunkan untuk menjadikan penghantaran menggunakan penyangkut, biasanya dikenali sebagai "Pakaian pada Penyangkut" ("Garments on Hanger", GOH) yang lebih cekap dan membenarkan peruncit menggantikan berbilion-bilion penyangkut plastik sekali guna yang kini memenuhi tempat pelupusan sampah setiap tahun. Steve Akre, Naib Presiden Eksekutif Pembangunan Perniagaan OIA berkata "peruncit dapat mengurangkan kos penghantaran dan gudang sehingga 20% untuk mencapai kemajuan kelestarian signifikan melalui program Pakaian pada Ditto."

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20121113/LA11679LOGO

Komponen penting dalam program ini adalah penyangkut Ditto, diperbuat daripada 100% papan serat kertas yang dikitar semula. Penyangkut itu amat tahan lasak serta memiliki manfaat pemasaran dan runcit yang tidak mungkin diperoleh dengan penyangkut plastik. Gary Barker, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Ditto menyatakan, "Orang ramai berpendapat penyangkut di kedai digunakan berkali-kali tetapi setelah pakaian itu dijual, tiada penggunaan semula terhadap penyangkut itu." Kajian menunjukkan 85% penyangkut plastik runcit dibuang, menyebabkan sejumlah 34 bilion penyangkut dihantar ke tempat pelupusan sampah setiap tahun. "Penggunaan tunggal penyangkut plastik itu sebenarnya berkos 10 sen lebih mahal bagi setiap helai pakaian untuk dihantar, dijual dan dilupuskan, peruncit sebenarnya membayar premium untuk menghantar bertan-tan plastik ke tempat pelupusan sampah," ujar Barker.

Ditto dan program "Pakaian pada Ditto" OIA dilancarkan pada 1 September.

Latar Belakang OIA Global: Sejak ditubuhkan pada tahun 1988, OIA telah berkembang menjadi peneraju rantaian bekalan bernilai $1 bilion, memberikan pelanggan kombinasi logistik global, penyumberan bahan dan penyelesaian pembungkusan yang unik. Dengan lebih 1000 ahli profesional, di lebih 60 buah pejabat miliknya dan hadir seluruh dunia di lebih 25 buah negara, OIA menghasilkan penyelesaian inovatif yang mengoptimumkan rantaian bekalan di seluruh dunia. OIA merupakan sebahagian daripada LDI, Ltd., berpangkalan di Indianapolis, sebuah pejabat keluarga dengan lebih seabad pengalaman dalam membiayai dan mengendalikan syarikat-syarikat bersaiz sederhana dengan pasaran yang berpotensi tinggi. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.oiaglobal.com dan www.ldiltd.com. Hubungi Jerry Levy, Pengarah Pemasaran & Komunikasi, OIA Global  503.736.5900

Latar Belakang Ditto: Ditto Brand Solutions, Oakland, CA mencipta, membangunkan dan menghasilkan paparan peruncitan mapan yang direka canggih. Ditto Ecological Display dikenali di seluruh dunia menerusi kecekapan, kekuatan, keindahan, dan kuasa pemasaran. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.dittobrandsolutions.com. Hubungi Gary Barker, Ketua Pegawai Eksekutif, Ditto Sustainable Brand Solutions, 510.261.7343

Source: OIA Global
Keywords: Green Technology Paper/Forest Products/Containers Retail Transportation Joint ventures