omniture

PureCircle Memperkenalkan Inovasi Baharunya yang Mengujakan di FIA 2015 Bangkok

PureCircle
2015-09-01 20:28 580

BANGKOK, 1 September 2015 /PRNewswire/ -- PureCircle, pengeluar dan pembekal terkemuka dunia untuk produk stevia berkualiti tinggi, bakal memperkenalkan rangkaian baharu bahan stevia semasa pameran Bahan Makanan Asia (Food Ingredient Asia) 2015 yang memberikan inovasi rasa yang jauh melebihi semua pilihan sedia ada. PureCircle Matrix Solutions merupakan satu keluarga baharu bahan stevia yang telah dioptimumkan untuk kegunaan kategori khusus dan kesannya lebih mirip dengan gula yang menggalakkan pengurangan kalori lebih banyak.

Keluarga PureCircle Matrix Solutions melibatkan bahan stevia baharu Sigma-T yang dibuat khas untuk kategori Teh, bahan dengan profil kemanisan yang bersih, kurang pahit dan pedar serta rasa kesan manis yang mirip gula pada kesebatian gula paras sederhana. Ia menyertai produk pertama dalam Matrix Solutions Family, Sigma-D, bahan khusus tenusu dengan profil kemanisan bersih dan kecenderungan kepada Reb A bagi ciri utamanya, seperti kepahitan dan rasa kesan akar manis. Ia membolehkan pelanggan memperoleh penyelesaian tanpa gula tambahan melalui pemanis asal semula jadi dan sifar kalori buat pertama kali dan telah dilancarkan semasa pameran Bahan-bahan Kesihatan Eropah (Health Ingredients Europe) pada bulan Disember 2014.

Sigma-D juga merupakan bahan stevia baharu daripada Matrix Solutions yang dibangunkan oleh Pasukan Penyelidikan & Pembangunan (R&D) Global PureCircle khusus untuk rumusan tenusu yang rasanya lebih mirip dengan gula dalam penggunaan rasa. Ia mempunyai profil kemanisan yang bersih, dengan rasa kemanisan terasa yang berkurangan serta rasa kesan akar manis. Produk yang menggunakan Sigma-D boleh mencapai pengurangan gula sebanyak 80 peratus atau terus bebas gula.

Sewaktu persidangan itu, PureCircle akan menunjukkan kaedah untuk mendapatkan kandungan stevia yang betul dan mendapat rumusan yang sesuai untuk produk berbeza dengan menggunakan pendekatan PureCircle Stevia 3.0TM. Pendekatan boleh suai ini membantu memenuhi pelbagai permintaan untuk tujuan pengoptimuman rumusan, memberikan penjimatan kos dan membantu mencapai pengurangan kalori yang lebih banyak.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk baharu PureCircle yang inovatif; teknologi paten Stevia 3.0TM dan merasai kemajuan terkini produk stevia, sila lawati kami di Gerai Pameran D37 FIA Bangkok.

Latar Belakang PureCircle

PureCircle merupakan pengeluar utama dunia untuk bahan stevia berketulenan tinggi untuk industri makanan dan minuman global. Syarikat itu merupakan tenaga penggerak yang membawa stevia daripada bahan nic sehingga ia diterima dalam aliran utama seluruh dunia, dan sedang mengubah tanggapan ramai tentang kemanisan. Misinya adalah untuk menggalakkan cara pemakanan yang lebih sihat di seluruh dunia melalui bekalan bahan semula jadi kepada industri makanan dan minuman global. Visinya pula adalah untuk menjadi peneraju perluasan global stevia sebagai pemanis unsur asal semula jadi yang dikeluarkan besar-besaran yang seterusnya. PureCircle mempunyai pejabat seluruh dunia dengan ibu pejabat global di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia digabungkan ke dalam PureCircle Limited pada tahun 2007. Syer PureCircle didagang pada indeks LSE AIM. Untuk maklumat lanjut, lawati: www.purecircle.com.

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150831/0861508117

Source: PureCircle
Keywords: Food/Beverages Retail