omniture

Fashion One Lancarkan Saluran Fesyen UHD Pertama, Fashion One 4K, Seluruh Dunia dengan MEASAT

Fashion One Television LLC.
2015-09-02 18:01 614

Kini disiarkan di seluruh Asia Pasifik, Timur Tengah, Australia dan Afrika Timur, merevolusikan dunia fesyen dan hiburan

NEW YORK, 2 September 2015 /PRNewswire/ -- MEASAT Satellite Systems ("MEASAT") dan Fashion One Television LLC., rangkaian television fesyen, hiburan dan gaya hidup terkemuka yang berpangkalan di New York, telah mengambil langkah besar seterusnya dalam penyiaran dengan melancarkan saluran Ultra HD berbahasa Inggeris pertama di dunia, Fashion One 4K, melalui satelit MEASAT-3a.

Saluran Ultra HD berbahasa Inggeris pertama di dunia, Fashion One 4K, dilancarkan melalui satelit MEASAT-3a pada 1 September 2015
Saluran Ultra HD berbahasa Inggeris pertama di dunia, Fashion One 4K, dilancarkan melalui satelit MEASAT-3a pada 1 September 2015

Fashion One 4K dilancarkan pada 1 September, 2015. Diedarkan secara percuma ke udara melalui satelit MEASAT-3a pada slot video Timur 91.5 darjah, saluran itu akan mencapai lebih 130 juta penonton di seluruh Asia Pasifik, Timur Tengah, Australia dan Afrika Timur.

Fashion One telah menaik taraf format penerbitannya daripada HD kepada Ultra HD sejak tahun 2014 dan kini memiliki pustaka kandungan Ultra HD yang luas dengan 100% hak milik kandungan. Fashion One 4K kini membawakan kandungan fesyen dan hiburan terkini seperti musim baharu siri gaya hidup aktif, Model Yoga, pengembaraan kulinari global, Fashion On A Plate dan siri dokumentari fesyen lestari, Eco Fashion. Program-program lain termasuk siaran istimewa seperti The Ultimate Style Guide dan Fashion Around the Globe, menyediakan sesuatu untuk semua penonton.

Dengan empat kali ganda kejelasan penyiaran HD serta kualiti gambar dan bunyi terbaik yang pernah disaksikan di televisyen, tiada cara lain yang lebih baik untuk mengalami dunia fesyen ini. Penonton akan mengalami resolusi hebat Ultra HD dan perincian paling tajam, garisan paling licin dan palet warna paling hebat yang pernah disiarkan melalui televisyen.

"Kami amat teruja untuk melancarkan Fashion One 4K, saluran Ultra HD global pertama dunia, khusus untuk fesyen dan hiburan. Kami telah melabur dengan banyak dalam menghasilkan kandungan Ultra HD sepanjang dua tahun lalu, dan saya gembira kerana akhirnya kami dapat berkongsi saluran ini dengan para penonton kami," kata Ketua Pegawai Operasi Fashion One Television LLC., Gleb Livshits. "Bersama MEASAT, rakan kerjasama setia kami, kami beriltizam untuk memimpin industri dan menyediakan kandungan berkualiti terbaik untuk para penonton kami."

"Fashion One merupakan rangkaian TV gaya hidup dan hiburan global, menyokong kumpulan pelanggan yang besar dan kian berkembang pesat," kata Paul Brown-Kenyon, Ketua Pegawai Eksekutif, MEASAT. "MEASAT berbesar hati untuk bekerjasama sekali lagi dengan Fashion One bagi menyokong pelancaran Fashion One 4K. Kolaborasi ini meneruskan rekod pencapaian MEASAT melalui kerjasamanya dengan rakan kongsi untuk merintis pengedaran kandungan video generasi seterusnya di Asia."

"Penyelesaian kami yang fleksibel dan pendekatan yang kolaboratif membolehkan Fashion One memilih MEASAT bagi melancarkan Fashion One 4K. Kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan lebih banyak saluran dan penyedia kandungan untuk membantu memulakan segmen video baharu yang mengujakan ini," tambah Paul.

Fashion One 4K telah dilancarkan secara serentak pada SES Satellite, mencapai lebih 67 juta isi rumah di seluruh Amerika Utara pada 103 darjah Barat (SES-3) dan lebih 23 juta isi rumah di seluruh Amerika Selatan pada 47.5 darjah Barat (NSS-806). Di Eropah, saluran itu disiarkan di bawah jenama Fashion 4K, mencapai lebih 116 juta isi rumah pada 19.2 darjah Timur.

Masanya telah tiba untuk Fesyen Sebenar dalam 4K Sebenar. Fashion One 4K -- fesyen bermula di sini.

Untuk maklumat lanjut tentang Fashion One 4K, sila kunjungi fashion4k.tv.

Latar Belakang Fashion One Television LLC.

Fashion One Television LLC., berpangkalan di New York merupakan rangkaian televisyen fesyen, hiburan dan gaya hidup terkemuka dengan para penonton melebihi 420 juta isi rumah. Segalanya ditayangkan daripada kemas kini terbaharu dan wawancara mendalam bersama para pereka dan selebriti, para penonton terpukau dengan program yang disiarkan melalui rangkaian itu – termasuk, tetapi tidak terhad kepada rancangan realiti, dokumentari, diari pelancongan, berita hiburan dan siri gaya hidup. Rangkaian ini merupakan salah satu saluran minat istimewa yang paling cepat berkembang dan diedarkan paling meluas di dunia serta beroperasi di bawah jenama "Fashion One", dengan varian tempatan dikenali sebagai "F.O." dan Fashion First. Tarikh 1 September 2015 menandakan kelahiran "Fashion One 4K", saluran fesyen dan gaya hidup pertama dunia dilancarkan di lebih 6 benua secara serentak dalam kualiti 4K yang amat jelas.

Latar Belakang MEASAT Global

MEASAT merupakan pembekal premium khidmat komunikasi satelit kepada penyiar antarabangsa utama, platform Terus-Ke-Kediaman (DTH) dan pengendali telekomunikasi. Dengan kapasiti merentasi enam (6) satelit komunikasi, syarikat itu menyediakan khidmat satelit ke lebih 150 buah negara yang mewakili 80% populasi dunia di Asia, Timur Tengah, Afrika, Eropah dan Australia.

Flit MEASAT termasuk satelit MEASAT-3, MEASAT-3a dan MEASAT-3b yang canggih yang terletak secara bersama di 91.5 darjah Timur, menyokong kejiranan edaran DTH dan video premium Asia; MEASAT-2 di 148.0 darjah Timur; dan MEASAT-5 di 119.5 darjah Timur. Di Afrika, satelit AFRICASAT-1a di 46.0 darjah Timur menyediakan kapasiti satelit merentasi benua Afrika dengan keterhubungan ke Eropah, Timur Tengah serta Asia Tenggara. Flit MEASAT akan terus diperkukuhkan dengan penambahan MEASAT-2a pada 148.0 darjah Timur pada tahun 2017.

Dengan memanfaatkan kemudahan di Pusat Teleport dan Penyiaran MEASAT, serta jalinan kerjasama dengan kumpulan rakan kerjasama terpilih bertaraf dunia, MEASAT turut menyediakan rangkaian penyelesaian penyiaran dan telekomunikasi yang lengkap. Perkhidmatan termasuk putaran video berdefinisi ultra tinggi, berdefinisi tinggi dan berdefinisi standard, perubahan video, kongsi kedudukan, pautan naik, jalur lebar dan khidmat penamatan IP. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.measat.com.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Fashion One Television LLC.

Gorden Li

gorden@fashionone.com  

+1 212 796 4305

MEASAT Global

Ilham Bakti Adnan

ilham@measat.com  

+60 3 82132154

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150901/8521505693

Source: Fashion One Television LLC.
Keywords: Broadcast Technology Entertainment Fashion Retail Television New products/services