ATLANTA, 3 September 2015 /PRNewswire/ -- Precision Aviation Services (PAS), sebuah Syarikat Precision Aviation Group (PAG), yang terletak di Atlanta Regional Airport Falcon Field (KFFC) di Selatan Atlanta, mengumumkan syarikat itu telah dianugerahkan dengan Anugerah Berlian Airbus untuk prestasinya pada tahun 2014. Anugerah itu diberikan kepada syarikat-syarikat yang mencapai tahap perkhidmatan pelanggan yang tinggi dan kriteria prestasi tertentu.
"Anugerah Berlian Airbus yan diraih dalam tempoh yang begitu singkat setelah menjadi Pusat Khidmat Airbus benar-benar menunjukkan komitmen pasukan kami dan kualiti perkhidmatan yang disediakan," kata David Ford, Presiden PAS. "Walaupun kami berbangga kerana berjaya meraih anugerah tersebut pada tahun ini, hal ini sebenarnya menunjukkan kepercayaan teras yang didukung oleh syarikat kami. Kami berbesar hati kerana mendapat pengiktirafahan ini, tetapi lebih penting lagi, kami berbesar hati kerana para pelanggan kami dapat terbang ke serata dunia dengan mengetahui mereka menerima perkhidmatan terbaik dalam industri."
Anugerah Berlian ini merupakan tahap anugerah tertinggi yang diberikan oleh Airbus. Anugerah Berlian diberikan setiap tahun untuk skor komposit sebanyak 90-100. Skor yang diberikan melibatkan penampilan kemudahan, organisasi, ulasan teknikal, pesanan AOG, dan pesanan dirancang. Anugerah ini turut mempertimbangkan tinjauan pelanggan, kemampuan komprehensif, amalan inventori, dan penyertaan mesyuarat pusat khidmat. Tahap Zamrud dan Delima turut dianugerahkan masing-masing untuk skor antara 80-89 dan 70-79.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140730/131516
Latar Belakang Precision Aviation Group (PAG)
Precision Aviation Group (PAG) merupakan penyedia penting bagi produk dan perkhidmatan bernilai tambah kepada industri aeroangkasa dan pertahanan dunia. Dengan 8 lokasi dan kemudahan jualan serta servis dengan keluasan lebih 245,000 kaki persegi di Amerika Syarikat, Kanada dan Australia, PAG menggunakan unit perniagaannya yang tersendiri dan model perniagaan berfokus pelanggan untuk memenuhi keperluan pelanggan penerbangan melalui dua fungsi perniagaannya – Rantaian Bekalan Penerbangan – dan perkhidmatan tanda niaganya, iaitu Inventory Supported Maintenance, Repair and Overhaul (ISMRO®).
PAG menyediakan Penyelesaian MRO (Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih) serta Rantaian Bekalan untuk pesawat bersayap pegun dan berputar melalui: Precision Heliparts - PHP (www.heliparts.com); Precision Aviation Services - PAS (www.precisionaviationservices.com); Precision Accessories & Instruments - PAI (www.precisionaccessories.com); Precision Heliparts Canada – PHP-C (www.heliparts.ca); Precision Accessories & Instruments Canada – PAI-C (www.precisionaccessories.ca); PHP-Instruments & Accessories – PHP-IA (www.heliparts.la); Precision Aero Technology –PAT (www.precisionaerotechnology.com), Precision Heliparts - Australia - PHP-AU (www.precisionheliparts.com.au), Precision Accessories & Instruments – Australia (PAI-AU) (www.precisionaccessories.com.au) dan Aviation Controls, Inc. – ACI (www.aviationcontrolsinc.com). Anak-anak syarikat PAG memiliki kemampuan MRO untuk lebih 35,000 produk, termasuk aksesori, avionik, komponen enjin, hidraulik, instrumen, NDT, pemula/penjana, dan roda/brek (www.precisionaviationgroup.com).