omniture

Cetuskan Semula Keajaiban Fotografi Segera Klasik dengan Kamera Digital Segera Polaroid Snap dan Kongsikan Keseronokan dengan Satu Rakaman, Satu Cetakan

Polaroid
2015-09-03 08:41 335

Kamera Digital Segera Polaroid Snap Baharu merupakan Gabungan Sempurna Fotografi Segera Polaroid Nostalgia dan Rekaan Anggun Moden yang Dapat Dimuatkan dalam Poket Baju—dan Bajet Anda

BERLIN, 3 September 2015 /PRNewswire/ -- Polaroid memperkenalkan kamera digital segera Polaroid Snap di IFA 2015 di Berlin, Jerman. Tambahan terkini untuk rangkaian kamera digital segera jenama itu, Polaroid Snap menyediakan ciri-ciri ringkas dan spontan yang sinonim dengan jenama ini, dengan faktor bentuk bersaiz poket serta harga yang mampu dimiliki. Selain saiz kompak dan pengalaman kamera segera Polaroid klasik, Polaroid Snap menggabungkan pengimejan digital dengan platform teknologi Pencetakan Zero Ink® untuk membolehkan pengguna mencetak dan berkongsi foto fizikal dengan mudah dengan menekan satu butang sahaja, sambil menyimpan imej mereka untuk dimuat naik dengan mudah kepada komputer serta sebarang platform media sosial.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150902/263075

Reka bentuk minimalis kamera Polaroid Snap menampilkan rupa dikemas kini yang memasukkan unsur rekaan legasi kamera segera Polaroid, seperti Polaroid Color Spectrum yang ikonik. Ini merupakan hasil usaha dan pandangan firma reka bentuk terkemuka Ammunition, studio yang turut mereka bentuk pencetak foto segera Polaroid Zip dan kamera aksi gaya hidup Polaroid Cube serta Polaroid Cube+. Dengan Polaroid Snap, Ammunition telah menghasilkan kesinambungan antara kamera Polaroid klasik dan produk Polaroid semasa. Dipimpin oleh pereka bentuk industri Robert Brunner, Ammunition merupakan studio reka bentuk di sebalik produk pengguna yang memenangi anugerah untuk jenama-jenama termasuk Adobe, Beats by Dre, Square, Lyft, Obi Worldphone dan Williams-Sonoma.

"Berkongsi, fotografi segera, dan idea satu rakaman, satu cetakan, adalah konsep yang telah dibangunkan oleh Polaroid sepanjang lebih 75 tahun lalu dan telah lama terpahat dalam identiti jenama itu. Polaroid Snap membawakan sentuhan moden ke atas kamera segera Polaroid klasik dengan menggabungkan teknologi kamera digital dengan reka bentuk kontemporari dan minimalistik pada peringkat harga yang mampu dibayar oleh pengguna untuk kamera segera analog," ulas Scott W. Hardy, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekuitf Polaroid. "Hubungan kami dengan Ammunition sepanjang beberapa tahun lalu telah menghasilkan beberapa produk yang benar-benar unik yang menggabungkan teknologi moden serta rekaan inovatif, tetapi masih mengekalkan DNA jenama Polaroid. Kami tidak sabar untuk terus bekerjasama dengan Ammunition untuk membawakan produk-produk yang mudah digunakan dan didapati ini ke pasaran yang membolehkan pengguna berkongsi kehidupan mereka dengan orang tersayang dengan serta merta."

Polaroid Snap merupakan kamera segera digital 10MP dengan pencetak bersepadu menggunakan Teknologi Pencetakan Dakwat Sifar ZINK®, membolehkan pengguna mencetak cetakan 2x3" berwarna penuh secara automatik dengan pantas apabila imej dirakam. Hasil kemampuan cetakan pantasnya, pengguna dapat merakam imej baharu walaupun semasa Polaroid Snap sedang mencetak. Selain itu, kamera ini menampilkan slot kad SD Mikro yang menyokong sehingga 32GB untuk menyimpan, memindahkan serta memuat naik imej-imej ke komputer dengan mudah. Dengan rekaan kemas dan minimalis, Polaroid Snap menawarkan set ciri yang benar-benar unik termasuk mod rakaman berbeza—berwarna, hitam putih dan berinspirasi foto Polaroid vintaj. Kamera itu juga menampilkan mod pondok foto, yang mengambil enam gambar pantas dalam masa sepuluh saat, dan pilihan untuk mencetak dengan atau tanpa format Polaroid Classic Border Logo. Ciri-ciri ini membolehkan pengguna menambahkan peningkatan mereka sendiri kepada cetakan dengan mudah sebelum mereka merakam gambar. Pengguna jugak dapat mengambil gambar selfie segera yang sempurna dengan ciri pemasa kendiri pada kamera itu.  

Kamera digital segera Polaroid Snap menggunakan teknologi Pencetakan Zero Ink® bebas dakwat yang dibangunkan oleh ZINK. Kunci kepada sistem bebas dakwat itu adalah ZINK Paper® yang dipatenkan, iaitu bahan komposit maju yang dimasukkan dengan kristal pewarna serta lapisan luar polimer melindungi yang menggunakan haba untuk mengaktifkan dan juga mewarnakan kristal-kristal ini. Hasilnya adalah imej berwarna penuh, berkualiti tinggi, tahan lama dan kalis kabur tanpa katrij dakwat, riben atau toner. Foto dicetak dalam masa kurang seminit supaya pengguna dapat berkongsi foto dengan serta merta. Selain itu, oleh kerana ZINK Paper® berperekat di belakangnya, foto tersebut dapat digunakan sebagai pelekat.

Ditawarkan oleh C&A Marketing, pemegang lesen Polaroid yang sah, kamera digital segera Polaroid Snap akan dipamerkan di dewan 3.2 gerai pameran #218 di IFA 2015, 4-9 September. Kamera itu akan disediakan dalam warna hitam, putih, merah dan biru pada suku keempat tahun 2015 dengan harga $99. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.polaroid.com.

Latar Belakang Polaroid
 merupakan salah satu jenama paling dipercayai, dihormati dan dikenali di dunia. Ia memiliki sejarah yang panjang selama 75 tahun yang bermula dengan filem segera Polaroid. Rangkaian produk kami termasuk kamera pegun digital dan segera, kamera video sukan berdefinisi tinggi dan boleh dipasang pada pelbagai permukaan, tablet dan TV skrin rata yang menyampaikan kepuasan segera yang menyeronokkan serta nilai yang telah lama didukungi oleh jenama ini. Kini, Polaroid Classic Border Logo, yang melambangkan permulaan kami dalam perkongsian foto segera, berfungsi untuk mengenal pasti produk-produk berjenama Polaroid yang asli. Untuk maklumat lanjut, kunjungi  Polaroid.com.

Polaroid, Polaroid & Pixel, Polaroid Color Spectrum, Polaroid Cube, Polaroid Zip, Polaroid Snap dan Polaroid Classic Border Logo merupakan tanda niaga PLR IP Holdings, LLC.

Latar Belakang C&A Marketing, Inc.
C&A Marketing merupakan pengeluar, pengedar dan penjual dalam talian yang terkemuka bagi kelengkapan elektronik dan fotografi pengguna. Beribu pejabat di Ridgefield Park, N.J., C&A merupakan ibu pejabat bagi banyak jenama tersohor termasuk peruncit dalam penerbangan, SkyMall, dan syarikat ini juga merupakan pemegang lesen Polaroid bagi kamera digital segera, kamera video sukan, kamera sekuriti kediaman IP serta aksesori foto.

Source: Polaroid
Related Links:
Keywords: Art Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services