omniture

Bindo bakal Lancarkan Penyelesaian POS Restoran Baharu dengan Pelaburan $2 Juta

Bindo
2015-09-03 19:38 160

Syarikat teknologi runcit utama peroleh $2 juta bagi pusingan pembiayaan untuk membangunkan penyelesaian POS iPad untuk peniaga kedai dalam industri F&B

NEW YORK, 3 September 2015 /PRNewswire/ -- Bindo, penyelesaian pengurusan perniagaan berasaskan awan yang terkemuka untuk para peniaga kedai, hari ini mengumumkan syarikatnya telah melancarkan sistem POS iPad baharunya versi beta, Bindo POS for Restaurant. Syarikat itu turut mengumumkan ia telah memperoleh pembiayaan bernilai $2 juta daripada pelabur strategik yang ingin melihat penyelesaian POS berkembang ke tahap baharu.

Bindo akan memanfaatkan pelaburan itu untuk melancarkan sistem POS baharu di peringkat global, bagi membolehkan para pemilik restoran mempunyai satu penyelesaian perniagaan yang lengkap dan holistik yang dapat menyepadukan pesanan telefon, pemesanan dalam talian, pengurusan meja, tempahan serta penjejakan tahap ramuan dalam satu platform. Bindo POS for Restaurant kini tersedia dalam versi beta di beberapa restoran terpilih, dan akan disediakan secara umum pada pertengahan September.

Bindo POS for Restaurant menyediakan cara yang ringkas untuk restoran-restoran mengurus inventori dan jualan mereka dengan mudah daripada papan pemuka pengurusan berpusat, sambil turut membolehkan mereka menerima dan menjadualkan tempahan daripada platform berasaskan awan yang berpusat. Restoran-restoran diberikan alat untuk meramal keperluan inventori dan bekalan dengan lebih baik dengan merekodkan ramuan yang digunakan untuk setiap hidangan. Bindo POS for Restaurant akan turut memaksimumkan kapasiti tempat duduk dan pulangan meja dengan membolehkan pelayan menjadualkan tempahan melalui sistem CRM dan perancangan lantai yang bersepadu.

"Kami mahukan penyelesaian POS yang mudah alih serta elegan untuk melengkapkan tema restoran moden kami, dan akhirnya kami telah menemui Bindo," kata Ivan Yeh, Pemilik Shoku Bar and Restaurant serta pengguna Bindo POS for Restaurant kali pertama. "Sejak pelaksanaannya, Bindo telah membantu kami mengurangkan kos inventori yang berlebihan dan banyak menambah baik cara kami menjalankan operasi kami. Paling utama, pemprosesan kad kredit mudah alih bersepadu daripada Bindo membolehkan pelayan kami mengambil pesanan dan bayaran di meja, memberikan faktor 'kekaguman' serta bakal memberikan pengalaman makan malam yang lebih baik untuk pelanggan kami."

"Kami telah bertemu dengan begitu ramai pemilik restoran yang bosan dengan pilihan sistem POS yang tersedia (POS iPad & tradisional). Sistem POS iPad yang terdapat di pasaran adalah tidak begitu canggih atau mantap untuk memenuhi keperluan mereka, manakala sistem tradisional pula adalah mahal, tidak fleksibel dan sukar digunakan," kata Brad Lauster, Pengasas Bersama Bindo. "Bindo POS for Restaurant merapatkan jurang ini dalam pasaran dengan menyediakan penyelesaian yang hebat, boleh disesuaikan dan mudah digunakan."

Para pelabur yang memimpin pusingan pembiayaan baharu ini mempunyai pengalaman selama berdekad-dekad dalam industri F&B (makanan & minuman), serta memainkan peranan penting dalam menentukan penyesuaian yang diperlukan untuk pelbagai jenis restoran yang disokong oleh penyelesaian Bindo. Bindo POS for Restaurant akan disediakan untuk kegunaan versi beta persendirian dengan mendaftar di bindopos.com atau menghubungi 1-800-MYBINDO.

Demo ringkas teknologi Bindo POS for Restaurant juga boleh didapati mengikut permintaan.

LATAR BELAKANG BINDO

Diasaskan pada tahun 2011, Bindo merupakan penyelesaian Titik Jualan (POS) iPad sehenti yang menghubungkan peniaga dengan kedai fizikal kepada pelanggan mereka, memberikan perniagaan debfab penyelesaian teknologi yang lebih padu dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan pengguna mereka yang sentiasa berubah dan dinamik. Dengan Bindo POS, restoran-restoran dapat mengurus mengurus kedai mereka dengan lebih baik, menjejak pelanggan dan mendapatkan akses kepada alatan canggih yang membolehkan perniagaan mereka dijalankan dengan lebih cekap. Tidak lama lagi, aplikasi iPhone Bindo Market akan membolehkan pengguna harian membuat pembelian yang boleh dihantar mengikut permintaan secara langsung dari telefon pintar mereka, seterusnya melengkapkan kitaran Dalam Talian ke Luar Talian untuk peniaga.

Untuk maklumat lanjut tentang Bindo POS, layari https://bindopos.com 
Untuk maklumat lanjut tentang Bindo Market, layari https://bindo.com

Source: Bindo
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Restaurants Retail Telecommunications Financing agreements New products/services