omniture

BORGWARD Setujui Kerjasama Strategik Dengan Syarikat Khidmat Kejuruteraan FEV

BORGWARD Group AG
2015-09-09 00:59 244

STUTTGART dan AACHEN, Jerman, 9 September 2015 /PRNewswire/ --

  • Penubuhan "Institut Penyelidikan Teknologi Enjin BORGWARD Group AG dengan kerjasama FEV"
  • Mewujudkan sehingga 50 pekerjaan  

BORGWARD Group AG telah menyetujui satu kerjasama strategik jangka panjang bersama FEV GmbH, sebuah syarikat kejuruteraan antarabangsa utama yang mengkhusus dalam rekaan dan pembangunan pacuan konvensional serta alternatif. "Kami gembira dapat mengukuhkan kerjasama jangka panjang kami bersama FEV. Kerjasama semasa ini menandakan langkah besar dalam usaha kami untuk mengubah BORGWARD kembali menjadi peneraju teknologi dan penentu trend," kata Ulrich Walker, Ketua Pegawai Eksekutif BORGWARD Group AG, pada hari Isnin semasa pemeteraian kontrak di Aachen.

Menurut kerjasama ini, pengeluar kereta Stuttgart itu bakal menubuhkan "Institut Penyelidikan Teknologi Enjin BORGWARD Group AG dengan kerjasama FEV" di Aachen. Tujuan penubuhan institut ini adalah untuk membangunkan teknologi pacuan dan platform baharu serta alternatif dan juga untuk menjalankan analisis tentang strategi produk, pelancaran pasaran, pemindahan teknologi, pembuatan alatan, dan pembangunan program latihan. Institut ini akan menggaji antara 40 dan 50 orang kakitangan.

BORGWARD telah bekerjasama rapat dengan FEV sejak tahun 2010. Hasil kolaborasi ini termasuk pembangunan empat enjin petrol dan diesel serta penyediaannya untuk pengeluaran bersiri. Selain itu, FEV telah menyokong BORGWARD dalam pembangunan enjin menjimatkan tenaga dan mesra alam yang lain, yang turut bersedia untuk pengeluaran bersiri.

Maklumat lanjut:

BORGWARD Group AG
Kriegsbergstrasse 11
70174 Stuttgart, Jerman

Marco Dalan
Ketua Komunikasi Global
e-mel: marco.dalan@borgward.com
Telefon: +49-711-794-785 1000/1009
http://www.borgward.com

SUMBER  BORGWARD Group AG

Source: BORGWARD Group AG
Related Links:
Keywords: Auto Green Technology Transportation Contracts Joint ventures