RONKONKOMA, New York, 11 September 2015 /PRNewswire/ -- NBTY, Inc., pengeluar, pemasar, pengedar dan peruncit vitamin serta tambahan pemakanan di peringkat global, hari ini mengumumkan pelantikan Kevin Warren, untuk jawatan Presiden, NBTY International.
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150909/265119
Menerusi peranan ini, Kevin akan menyediakan kepimpinan strategik dalam mengenal pasti dan mengoptimumkan peluang untuk penembusan geografi selanjutnya serta menjana pertumbuhan berkeuntungan dan juga mampan dalam pasaran antarabangsa yang matang dan membangun. Kevin akan bertanggungjawab bagi mewujudkan strategi pertumbuhan bersasaran untuk jenama-jenama seperti Solgar®, Nature's Bounty® dan MET-Rx®. Beliau akan memacu perkembangan kerjasama perniagaan baharu serta memantau penerusan semua perhubungan vendor dan rakan sekutu di luar benua Amerika.
"Saya berbesar hati untuk mengalu-alukan Kevin ke NBTY. Ketika Syarikat ini terus berkembang, kami memahami keluasan dan kedalaman perniagaan antarabangsa kami akan memainkan peranan penting untuk meletakkan NBTY sebagai peneraju global terpenting dalam produk-produk kesejahteraan," kata Steve Cahillane, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif NBTY. "Kevin merupakan pemimpin yang bersemangat dan berkesan yang mempunyai pengalaman global yang luas dalam barangan pengguna. Beliau mempunyai kelayakan tersendiri untuk memimpin perniagaan Antarabangsa kami dan saya yakin beliau akan membawanya ke tahap baharu."
Kevin akan menyertai syarikat ini berikutan kerjaya yang berjaya di Coca-Cola, yang mana beliau memegang pelbagai jawatan kepimpinan peringkat antarabangsa dan membawakan kemajuan signifikan terhadap jualan kasar syarikat dan juga pendapatan bersih syarikat. Baru-baru ini, beliau telah berkhidmat sebagai Pengarah Serantau bagi Rusia, Timur Tengah dan Afrika untuk Bottling Investments Group. Sebelum memainkan peranan tersebut, beliau merupakan Presiden dan Pengurus Besar Coca-Cola Enterprises (CCE) Canada. Selain itu, beliau memegang jawatan sebagai Presiden dan Pengurus Besar CCE-United Kingdom. Di bawah kepimpinan Kevin, perniagaan ini menjadi unit perniagaan paling banyak meraih keuntungan dalam Coca-Cola Enterprises di peringkat global. Sebelum menyertai Coca-Cola, Kevin telah bertugas untuk The Walt Disney Company di A.S. dan pelbagai organisasi santai dan pelancongan di U.K.
Kevin akan memulakan peranan baharunya yang berkuat kuasa pada 28 September dan akan ditempatkan di U.K. Beliau merupakan siswazah Brockenhurst College dan memperoleh ijazah undang-undang dari Bristol University.
Latar Belakang NBTY
NBTY telah memperkayakan kehidupan pengguna di seluruh dunia dengan memperkenalkan produk-produk dan penyelesaian inovatif kepada pasaran kesihatan serta kesejahteraan selama lebih 40 tahun. Misi berterusan kami untuk menyediakan tambahan pemakanan dan produk kesejahteraan berkualiti tertinggi telah menghasilkan portfolio luas yang terdiri daripada jenama-jenama terkenal serta dipercayai, termasuk Nature's Bounty®, Sundown Naturals®, Osteo Bi-Flex®, Solgar ®, Balance Bar®, MET-Rx®, Pure Protein®, Body Fortress®, Puritan's Pride®, Vitamin World®, Holland & Barrett®, De Tuinen® dan banyak lagi. Sebagai pengeluar, pemasar, pengedar dan peruncit kepada lebih 20,000 vitamin dan tambahan pemakanan, NBTY beriltizam untuk menyokong kesejahteraan dengan menghasilkan produk-produk yang diingini oleh pengguna dan menyediakannya dengan mudah di mana-mana mereka membeli belah. Ketahui lebih lanjut tentang visi kesejahteraan dan produk-produk kami yang mengungguli industri di www.nbty.com.
Wakil Media:
Andrea Staub: +1 (631) 200-7459
andreastaub@nbty.com