Ujian Bukan Invasif, Berkos Rendah Memberikan Pengesanan Awal—dan Pemantauan Berterusan pada Pesakit yang Pernah Didiagnos—Menawarkan Harapan Baru dalam Melawan Barah.
SAN DIEGO, 11 September 2015 /PRNewswire/ -- Pathway Genomics, sebuah syarikat diagnosis perubatan jitu global, mengumumkan pelancaran CancerIntercept™, biopsi cecair pertama, ujian saringan bukan invasif yang direka untuk tujuan pengesanan awal barah dan pemantauan, dengan harga serendah $299.
Klik untuk Twit
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150910/265244
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150910/265245LOGO
Ujian itu mengesan mutasi yang sering dikaitkan dengan barah peparu, payudara, ovari, kolorektum, dan melanoma, selain mutasi yang jarang berlaku untuk barah-barah yang lain (seperti barah pankreas, kepala dan leher, tiroid, perut dan prostat). Tonton animasi bagaimana CancerIntercept berfungsi di sini.
Ujian ini ditawarkan untuk dua populasi umum: CancerIntercept™ Detect merupakan biopsi cecair pertama direka untuk mengesan DNA tumor pada pesakit berisiko tinggi tetapi sihat; CancerIntercept™ Monitor memantau pesakit yang sedang mengidap atau pernah didiagnos dengan barah. Kedua-dua ujian menggunakan analisis DNA lanjutan untuk mengenal pasti serpihan kecil DNA yang terkeluar daripada sel barah dan memasuki saluran darah. Ujian ini menganalisis kehadiran 96 jenis mutasi DNA yang sering berlaku dalam sembilan gen barah.
"Pengesanan awal adalah satu-satunya faktor penting yang memastikan keberkesanan rawatan dan meningkatkan kadar kelangsungan hidup," kata Jim Plante, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Pathway Genomics. "Para pesakit barah dan juga mereka yang berisiko menghidap barah boleh mengambil langkah proaktif untuk menjaga kesihatan dan melawan kesakitan barah itu sendiri yang paling memudaratkan."
Selain itu, dengan CancerIntercept Monitor, para doktor boleh menggunakan biopsi tisu yang lebih invasif dan mengimbas dengan biopsi cecair untuk memantau keberkesanan rawatan barah, kemajuan penyakit dan pengulangan. CancerIntercept Monitor juga boleh ditempah mengikut kesesuaian Ujian Klinikal untuk para pesakit barah peringkat lain.
"Peningkatan tahap DNA tumor mungkin menandakan kemajuan barah walaupun bukti klinikal atau pengimejan kemajuan ketumbuhan tumor belum diperoleh" kata Dr. Glenn Braunstein, MD dan Ketua Pegawai Perubatan Pathway Genomics. "Ujian biopsi cecair kami mengesan mutasi baharu yang berlaku dalam tempoh tertentu dan mendedahkan bahawa pesakit itu semakin rintang kepada terapi sedia ada."
Ujian boleh dijalankan melalui doktor yang merawat pesakit atau melalui rangkaian rujukan doktor dalam talian Pathway. Bagi para pesakit dan doktor yang memohon ujian ulangan dilakukan mengikut jadual, khidmat langganan dengan diskaun yang tinggi juga disediakan.
CancerIntercept Detect dan CancerIntercept Monitor ditawarkan melalui sistem bersepadu Pathway, yang menyelaraskan keseluruhan proses ujian, daripada tempahan awal sehingga penghantaran keputusan ujian. Komponen penting dalam sistem itu termasuk doktor yang akan menyemak pengesahan dan memesan ujian tersebut secara dalam talian; pakar flebotomi bergerak untuk mengambil sampel darah pesakit di rumah atau pejabat; dan kumpulan sokongan onkologi perubatan Pathway yang akan berbincang keputusan bersama doktor yang merawat pesakit jika keputusan positif diperoleh. Semua keputusan positif akan diberikan melalui doktor yang merawat pesakit. Keputusan dihantar kira-kira dua atau tiga minggu selepas ujian dijalankan.
Latar Belakang Pathway Genomics
Sejak ditubuhkan pada tahun 2008, Pathway Genomics dengan pantas menjadi peneraju dalam industri penjagaan kesihatan komersial. Kejayaan Pathway Genomics terletak pada komitmennya untuk menyampaikan penyelesaian penjagaan kesihatan yang inovatif. Program syarikat itu bersama IBM Watson adalah yang pertama seumpamanya. Program tersebut merupakan satu aplikasi telefon pintar yang menyatukan kecerdasan buatan dan pembelajaran mendalam dengan maklumat genetik peribadi. Aplikasi itu menyediakan pengguna dengan maklumat kesihatan dan kesejahteraan terperibadi berdasarkan sejarah kesihatan individu tersebut.
Berpusat di San Diego, makmal klinikal yang mendapat perakuan CLIP dan CAP memberikan para doktor dan pesakitnya di lebih 40 buah negara dengan maklumat penjagaan kesihatan yang bermanfaat dan tepat untuk menambah baik, atau mengekalkan, kesihatan dan kesejahteraan. Perkhidmatan ujian daripada Pathway Genomics merangkumi pelbagai aspek termasuk risiko barah, kesihatan jantung, penyakit keturunan, tindak balas pemakanan dan senaman, selain tindak balas dadah untuk ubat-ubatan khusus seperti yang digunakan dalam pengurusan kesakitan dan kesihatan mental. Untuk maklumat lanjut berkenaan Pathway Genomics, lawati www.pathway.com atau ikuti kami melalui Twitter, LinkedIn dan Facebook.
Wakil MEDIA:
Stephanie Preston
JCPR
646-922-7756
spreston@jcprinc.com