omniture

Koleksi Musim Bunga dan Musim Panas 2016 Givenchy oleh Riccardo Tisci di Bandar Raya New York

Givenchy
2015-09-12 14:17 102

NEW YORK, 12 September 2015 /PRNewswire/ -- Musim ini, House of Givenchy, di bawah inisiatif Pengarah Artistik Riccardo Tisci, bakal membawakan koleksi luar biasa ke New York, memandangkan bandar raya itu mewakili ibu negeri impian Amerika bagi pereka itu dan pengasas Hubert de Givenchy, yang kedua-duanya disokong sejak awal lagi oleh pasaran Amerika.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: http://www.multivu.com/players/uk/7621751-givenchy-riccardo-tisci-new-york-city/

Pada 11 September 2015, New York telah menganjurkan persembahan yang didedikasikan terhadap cinta dan perkongsian. Dengan hiasan bahan dikitar semula dipasang di tebing-tebing sungai Hudson di Tribeca, terdapat sejumlah pengunjung yang hadir yang tidak pernah berlaku sebelumnya semasa acara itu: ahli-ahli profesional daripada dunia fesyen bergaul dengan para selebriti, pelajar-pelajar daripada fakulti fesyen, pemenang pertandingan yang dianjurkan bersama bandar raya itu, serta para penduduk setempat dari kawasan kejiranan tersebut.

Laman sesawang givenchy.com dan skrin gergasi yang dipasang di seluruh bandar raya itu, dari Soho ke Times Square, turut menyiarkan pertunjukan itu secara langsung, sementara bas-bas pengiklanan yang melalui Bronx, Harlem, dan Queens bagi mengundang seramai mungkin bagi menghadiri acara tersebut.

Bersama Marina Abramović, rakan Givenchy dan penganjur bersama beberapa projek artistik, Riccardo Tisci telah menghasilkan persembahan yang melangkaui skop fesyen. Direka untuk menjadi pengalaman beremosi yang menumpukan kepada tema sejagat (cinta, keamanan, kebebasan, rendah diri, spiritualiti), persembahan tersebut memberi tumpuan kepada empat orang artis yang mempersembahkan laungan spiritual dan kebudayaan dari seluruh dunia. Seperti dijangka, Marina Abramović turut mengundang tujuh orang artis untuk mengadakan persembahan secara langsung di lokasi acara itu.

Walaupun acara tersebut berlangsung serentak dengan majlis pembukaan butik baharu di Madison Avenue, direka oleh Riccardo Tisci, dan ulang tahun kesepuluh pereka itu sebagai pengarah artistik di Givenchy, ia sebenarnya adalah untuk meraikan kejayaan gaya Givenchy, yang memberi ungkapan yang sama dalam dunia haute couture dan fesyen jalanan. Potongan daripada prêt-à-porter wanita, haute couture, dan fesyen lelaki, semuanya melambangkan gaya daripada dua sambutan ini.

Gaya-gaya fesyen berbeza itu merupakan interpretasi semula yang luar biasa bagi gaya paling ikonik yang telah direka oleh Riccardo Tisci sepanjang sedekad lalu. Hitam dan putih, lelaki dan wanita, kekuatan dan kelembutan, disiplin tukang jahit serta kehalusan pakaian, semuanya bersatu dalam cara semula jadi yang mempunyai gabungan perasaan yang berlawanan. Ia melibatkan model-model terkenal dengan personaliti tersendiri yang dipilih oleh Riccardo Tisci, seperti Joan Smalls dan Mariacarla Boscono, yang menggayakan rekaan-rekaan ini serta menekankan ciri kemanusiaan dan juga sensual daripada gaya beliau untuk Givenchy.

Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150907/264184

Source: Givenchy
Keywords: Fashion Music Retail New products/services