omniture

ICBC Credit Suisse Lantik Elvin Yu sebagai Ketua Jualan dan Perhubungan Pelanggan Antarabangsa

ICBC Credit Suisse Asset Management (International) Company Limited
2015-09-14 08:00 420

HONG KONG, 14 Sept., 2015 /PRNewswire/ -- ICBC Credit Suisse Asset Management International, cabang antarabangsa bagi salah satu pengurus aset terbesar China dengan lebih RMB754 Bilion aset diuruskan, hari ini mengumumkan ia telah melantik Elvin Yu, sebagai Ketua Jualan dan Perhubungan Pelanggan Antarabangsa. Menerusi peranan ini, Elvin akan melapor diri kepada Richard Tang, selaku Ketua Pegawai Eksekutif, dan akan menyelia semua fungsi jualan, pemasaran dan perhubungan pelanggan di luar China.

"Perniagaan antarabangsa merupakan keutamaan tertinggi bagi kami," kata Richard. "Pengambilan pemimpin perniagaan yang disegani dan berpengalaman seperti Elvin merupakan bukti komitmen kami. Kami amat berbesar hati kerana mendapat seorang yang berkaliber seperti beliau untuk memimpin pasukan ini."

"Saya gembira kerana dapat menyertai firma ini dan mendorong perluasan antarabangsa pada peringkat penting dalam pengantarabangsaan RMB ini. ICBCCS merupakan salah satu pengurus aset terbesar dunia yang berdedikasi terhadap penyelesaian China, dan mempunyai rangkaian kemampuan cemerlang yang menawarkan peluang-peluang hebat untuk para pelanggan antarabangsa," kata Elvin.

Elvin mempunyai lebih 16 tahun pengalaman dalam industri pengurusan aset. Sebelum menyertai ICBCCS, beliau merupakan Pegawai Bertanggungjawab, Pengarah Urusan dan Ketua Perniagaan Institusi bagi Tanah Besar China serta Asia Tenggara di Allianz Global Investors. Elvin juga telah memegang jawatan kanan di Baring Asset Management dan AXA Rosenberg, serta bertanggungjawab terhadap pembangunan perniagaan institusi di rantau Asia.

Firma ini juga telah melakukan beberapa pelantikan kakitangan strategik penting baru-baru ini. Ricky Chau telah menyertai syarikat ini pada Julai 2015 sebagai Pengarah Penyelesaian Pelaburan Global. Ricky membawa bersamanya lebih 15 tahun pengalaman dalam industri dan merupakan Pengarah Agihan Aset di Manulife Asset Management Asia, yang mana beliau telah mengurus portfolio berbilang aset untuk para pelanggan runcit, pencen dan institusi lain.

Elaine Yu turut menyertai firma ini sebagai Ketua Perundangan dan Pematuhan serta bertanggungjawab terhadap semua hal ehwal perundangan, pematuhan dan pengawalseliaan untuk firma tersebut, Elaine mempunyai lebih 10 tahun pengalaman dalam industri, dan sebelum itu merupakan seorang peguam cara yang bertugas dengan firma guaman antarabangsa, Paul Hastings.

"ICBCCS telah menunjukkan dedikasi terhadap pengurusan pelaburan di China selama lebih 10 tahun, dengan fokus yang kukuh terhadap tugas fidusiari kami dan budaya pelaburan yang bijak," kata Richard. "Kami teruja untuk memanfaatkan pasukan kami yang stabil serta rekod pencapaian yang berjaya di China, untuk memberikan para pelanggan antarabangsa dengan penyelesaian RMB terbaik dalam kategorinya yang sesuai dengan keperluan mereka."

Latar Belakang ICBC Credit Suisse Asset Management

ICBC Credit Suisse Asset Management Company Limited (ICBCCS) merupakan usaha sama antara Industrial and Commercial Bank of China (ICBC) dan Credit Suisse, pakar pelaburan yang berdedikasi untuk menyediakan penyelesaian pengurusan aset China dan RMB dalam ICBC Group. Sejak ditubuhkan pada tahun 2005, firma itu mendukung falsafah "Pewujudan Nilai melalui Pelaburan Bijak". Setakat 30 Jun 2015, firma itu mempunyai kira-kira 400 orang kakitangan dan RMB754 bilion aset diuruskan, memberikan khidmat pengurusan dan nasihat pelaburan terbaik untuk lebih 9 juta pelanggan institusi serta runcit.

Wakil Media

ICBC Credit Suisse Asset Management (International) Co. Ltd.
+852-3975-3675
enquiry@icbccs.com.hk

Source: ICBC Credit Suisse Asset Management (International) Company Limited
Keywords: Banking/Financial Service Personnel announcements