SINGAPURA, 26 Nov., 2012 /PRNewswire/ -- RS Components (http://www.rs-components.com/index.html), jenama perdagangan bagi Electrocomponents plc (http://www.electrocomponents.com/) (LSE: ECM), pengedar perkhidmatan tinggi yang terkemuka di dunia bagi produk elektronik dan penyelenggaraan, hari ini mengumumkan penjualan GR-SAKURA, sebuah kit pembangunan berkos rendah dan mudah untuk digunakan bagi Gajet Renesas (http://www.rs-components.com/gadget). Gajet Renesas adalah satu projek oleh Renesas Electronics Corporation (yang kemudian dari ini dipanggil "Renesas") untuk menawarkan satu siri papan induk yang dilengkapi dengan persekitaran perisian berasaskan mega yang mudah untuk digunakan bagi mereka yang tidak mempunyai pengalaman pengaturcaraan tertanam serta profesional tertanam berpengalaman untuk melakukan prototaip secara pantas. GR-SAKURA yang baharu ini boleh didapati melalui semua laman sesawang RS Components Asia Pasifik (http://www.rs-components.com/gadget) dan stoknya boleh diperolehi untuk penghantaran pada hari esoknya ke kebanyakan bandar besar di rantau ini.
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )
GR-SAKURA adalah sejenis papan induk yang serasi dengan Arduino yang didasarkan kepada satu siri mikropemproses (MCU) 32 bit RX63N Renesas yang berprestasi tinggi. Keseluruhan persekitaran perisian itu adalah berasaskan web dan pembangunannya boleh dilakukan sepenuhnya melalui pelayar web. Dibina untuk menggalakkan reka bentuk dan inovasi, papan induk itu adalah mesra pengguna walaupun kepada jurutera bukan profesional untuk memulakan projek-projek elektronik yang menarik.
Papan induk GR-SAKURA direka untuk semua peringkat pengguna, daripada penggemar yang ingin untuk memulakan usaha membina projek-projek elektronik kepada golongan jurutera rekabentuk elektronik bertaraf profesional yang membangunkan sistem elektronik yang canggih, seperti pelayan rumah.
Kedua-dua model yang sedia ada adalah GR-SAKURA dan GR-SAKURA-FULL. Kedua-dua model itu menggunakan sambungan USB dengan komputer meja, tablet atau telefon pintar untuk bersambung ke internet dan juga menyokong sambungan Ethernet.
Ciri-ciri dan spesifikasinya termasuk:
GR-SAKURA (kira-kira AS$49):
Papan Penilaian MCU RX63N: RX63N (R5F563NBDDFP) (Frekuansi Pengoperasian: 96MHz, Flash Memori: 1 MB, RAM: 128KB, FPU dalaman (titik apungan) menyokong Ethernet , fungsi USB/ sokongan hos, Digital I/O pin: 55, Pin input analog: 16, XBee™; menyokong, menyokong TAG
GR-SAKURA-FULL (kira-kira AS$65):
Kesemua spesifikasi bagi GR-SAKURA termasuk dengan penambahan kepala pin, penyambung LAN (RJ-45), kuasa bicu DC dan soket kad mikroSD
"Kami amat teruja mengenai GR-SAKURA kerana ia meletakkan kuasa sebuah mikropemproses yang serba canggih di tangan jurutera pada harga yang sangat berpatutan. Untuk melengkapkan sistem eko itu, kami juga telah membuat pengaturcaraan begitu mudah sehinggakan jurutera muda yang tidak mempunyai pengetahuan pengaturcaraan juga boleh menggunakannya," kata Jeffrey Soh, Pengarah Renesas Electronics Singapore. "Kami berharap ini akan menggalakkan lebih ramai orang untuk menceburi bidang reka bentuk elektronik."
"Keupayaan kami untuk menyambung dan menyokong jurutera merentasi ke seluruh Asia Pasifik adalah merupakan sebab utama kenapa RS Components dipilih sebagai pengedar dalam talian bagi GR-SAKURA," kata CM Lim, Ketua Pemasaran Produk, Asia Pasifik, RS Components. "Produk ini jelas menepati misi kami, iaitu untuk membantu memudahkan tugas jurutera untuk mencipta produk-produk yang hebat dan bagi membantu membangunkan jurutera di masa hadapan."
GR-SAKURA daripada siri Gadget Renesas adalah perkakasan yang serasi dengan kebanyakan platform pembangunan elektronik yang popular pada hari ini bagi penggemar dan jurutera profesional. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Gadget Renesas, sila layari laman sesawang www.rs-components.com
* Semua nama produk dan nama perkhidmatan di dalam siaran media ini adalah merupakan jenama dagang atau cap dagang berdaftar milik setiap pemilik.
Maklumat mengenai RS Components
RS Components dan Allied Electronics adalah jenama perdagangan milik Electrocomponents plc, pengedar perkhidmatan tinggi terkemuka dunia bagi produk elektronik dan penyelenggaraan. Dengan mempunyai operasi di 32 buah negara, kami menawarkan lebih 550,000 produk melalui internet, katalog dan di kaunter perdagangan kepada lebih satu juta pelanggan, penghantaran lebih daripada 46,000 bungkusan pada hari yang sama pesanan diterima. Produk kami, yang disumberkan daripada 2,500 pembekal terkemuka, termasuk komponen elektronik, automasi dan kawalan, ujian dan pengukuran, elektrik dan mekanikal.
Electrocomponents disenaraikan di Bursa Saham London dan pada tahun kewangan terakhir yang berakhir pada 31 Mac 2012 ia mencatatkan pendapatan sebanyak GBP1.27 bilion.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman sesawang di www.rs-components.com.
Maklumat mengenai Renesas Electronics Singapore Pte Ltd
Sebuah anak syarikat milik sepenuhnya Renesas Electronics Corporation (TSE: 6723), pembekal nombor satu dunia bagi mikropemproses, Renesas Electronics Singapore Pte Ltd, sebuah pembekal utama bagi penyelesaian semikonduktor termaju termasuk mikropemproses, penyelesaian SoC dan pelbagai peranti analog dan kuasa bagi pasaran Selatan, Asia Tenggara dan Oceania. Di samping jualan peranti, syarikat itu juga menyediakan perkhidmatan reka bentuk termasuk penyelesaian rujukan, sistem tertanam dan peranti pembangunan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Renesas Electronics Singapore, sila layari www.sg.renesas.com
Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui pautan berikut:
Twitter: @RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS
Tweet: RS Components
Hashtags: #ecommerce #electronics
RS Components di Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components
Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com
RS Components
www.rs-components.com
Pihak yang boleh dihubungi bagi Bahagian Editorial:
RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
E-mel: soochun.tan@rs-components.com
Tel: +65-6391-5745
The Hoffman Agency
Rasheed Abu Bakar
Eksekutif Kanan Akaun
E-mel: rscomponentsteam@hoffman.com
Tel: +65-6361-0250
SUMBER RS Components