omniture

Tag Elektronik RIMOWA - Masa Depan Perjalanan Mudah

RIMOWA GmbH
2015-09-14 22:27 514

COLOGNE, Jerman, 14 September 2015 /PRNewswire/ --

RIMOWA dan Lufthansa tampilkan sesuatu yang pertama di dunia di Las Vegas dan seterusnya dianugerahkan dengan hadiah 'Inisiatif Bagasi Terbaik'

-Rujukan silang: Gambar tersedia di AP Images (http://www.apimages.com) -

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150911/265687 )
     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150911/265688 )

Latar Belakang  

Mulai 9 hingga 11 September, RIMOWA dan rakan pelancarannya Lufthansa menampilkan Tag Elektronik RIMOWA buat kali pertama di Las Vegas di FTE Global (Pengalaman Perjalanan Masa Depan), persidangan utama bagi industri penerbangan. Produk ini merupakan hasil projek BAG2GO, satu kolaborasi silang industri antara T-Systems, Airbus dan RIMOWA yang telah pun berjaya menarik minat yang meluas di seluruh dunia, membawa kepada penubuhan anak syarikat milik penuh RIMOWA pada tahun 2014 di bawah nama BAG2GO GmbH.  

Penyelesaian mobiliti digital dan bersepadu sepenuhnya yang pertama untuk bagasi menjadikan penerbangan bersama bagasi suatu yang lebih mudah, cepat dan selamat. Ia terdiri daripada beg RIMOWA, satu aplikasi penerbangan dan Tag Elektronik RIMOWA dengan paparan E Ink Mobius (™), yang terbina dalam bagasi itu. Dijangka 3.5 bilion orang akan melakukan perjalanan melalui penerbangan bagi tahun ini, hampir semuanya sudah pun membawa telefon pintar dalam beg atau poket mereka. Oleh itu, beg yang dihubungkan kepada dunia digital adalah sesuatu yang logik.

Operasi  

Pada masa kini, bagasi masih didaftar masuk dengan tangan sebelum label kertas dilekatkan. Sebaliknya, penumpang udara dengan Tag Elektronik RIMOWA, dibina oleh Netronix®, dapat mendaftar masuk dengan mudah dari rumah atau ketika dalam perjalanan menggunakan aplikasi penerbangan - dan juga mendaftar masuk bagasi mereka. Selain pas penerbangan digital, penumpang akan menerima maklumat bagasi digital daripada syarikat penerbangan untuk penerbangan yang telah ditempah. Baru-baru ini, Lufthansa menjadi syarikat pertama yang menyepadukan ciri ini dalam aplikasinya sebagai sebahagian daripada perjanjian eksklusif. Hanya dengan satu klik, maklumat bagasi kemudian dihantar melalui Bluetooth daripada telefon pintar kepada beg yang dilengkapi dengan Tag Elektronik RIMOWA. Perinciannya dipaparkan dengan segera pada modul data terbina dalam yang dikuasakan oleh E Ink®. Beg RIMOWA itu boleh diserahkan dalam beberapa saat di lapangan terbang.

Kelebihan  

Dari segi saiz dan penampilan, maklumat bagasi yang dipaparkan pada modul data elektronik menyerupai label kertas masa kini, termasuk jalur EU hijau yang diperlukan oleh kastam (wajib bagi semua penerbangan yang berlepas dari lapangan terbang Eropah). Ini menjadikan peralihan daripada analog kepada digital dilakukan dengan amat mudah. Maklumat penting dilindungi daripada kelembapan, haba, kesejukan, hentakan dan getaran serta tidak boleh terkoyak secara tidak sengaja, tidak seperti label kertas.

Pelancaran  

Pelancaran produk Tag Elektronik RIMOWA berlangsung secara eksklusif dengan Lufthansa melalui gedung-gedung RIMOWA. Jualan dijangka bermula pada awal tahun 2016.

Anugerah pertama  

RIMOWA dan Lufthansa telah diberikan anugerah 'Inisiatif Bagasi Terbaik'. Sebagai sebahagian daripada malam gala di pertunjukan FTE Global (Pengalaman Perjalanan Masa Depan) pada 10 September 2015, RIMOWA dan Lufthansa menerima anugerah bagi Tag Elektronik RIMOWA.

Majlis penyampaian anugerah tahunan itu mengiktiraf syarikat-syarikat bagi idea moden dan perkhidmatan yang menjadikan perjalanan lebih menyeronokkan untuk penumpang – di darat dan di udara. Panel pakar industri tanpa nama menganugerahkan inisiatif-inisiatif dan organisasi-organisasi paling inovatif, paling diperlukan serta paling berjaya.

Latar Belakang RIMOWA

RIMOWA merupakan salah satu jenama premium terkemuka dunia untuk beg yang diperbuat daripada aluminium dan bahan polikarbonat berteknologi tinggi, serta merupakan salah satu daripada beberapa pengeluar bagasi perjalanan yang masih menjalankan operasi pengeluaran di Jerman. Dapat dikatakan RIMOWA merupakan satu-satunya pengeluar Jerman dengan sejarah lebih 115 tahun dengan tradisi mendalam yang tersendiri - kedudukan luar biasa dalam industri. Bagi RIMOWA, 'Buatan Jerman' dan 'kejuruteraan Jerman' adalah sinonim dengan bahan yang hebat, teknologi cemerlang dan reka bentuk produk luar biasa, dibina dengan kualiti sebaik mungkin. Selama berdekad-dekad, ciri pengenalan koleksi ini, yang sentiasa dioptimumkan, adalah struktur alur elegan dan tersendiri pada lapisan luar beg. Syarikat tradisional ini berpangkalan di Cologne dan menjual produk-produknya di lebih 65 buah negara di seluruh dunia melalui pengedar-pengedar terpilih dan gedung-gedungnya sendiri, yang jumlahnya sentiasa ditambah di seluruh dunia.      

Wakil Perhubungan Awam:
RIMOWA GmbH
Birgit Wenners
- Ketua Perhubungan Awam dan Komunikasi -
Richard-Byrd-Str. 13
50829 Cologne
Jerman
E-Mel: bwenners@rimowa.de
Telefon: +49-221-9564-170

Sumber: RIMOWA GmbH

Source: RIMOWA GmbH
Keywords: Airlines/Aviation Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services