FRANKFURT, Jerman, 15 September 2015 /PRNewswire/ --
JAGUAR F-PACE SERBA BAHARU CATAT REKOD DUNIA GUINNESS UNTUK LOOP-THE-LOOP TERBESAR
#FPACE
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150911/265882)
Kereta sport keluarga pertama Jaguar telah melawan graviti dengan melakukan aksi melalui gelung 360 darjah yang memecah rekod, sehari sebelum melakukan penampilan sulungnya di pameran motor global, Frankfurt.
Jaguar F-PACE serba baharu, kereta sport paling praktikal di dunia, telah dipandu dengan penuh berani dan ketepatan oleh pemandu pakar lagak ngeri British, Terry Grant. F-PACE meluncur laju melalui struktur yang dibina khas itu, menggunakan teknologinya yang berasal dari kereta sport tersebut serta himpunan ciri-ciri keselamatan bertaraf dunia untuk menyempurnakan aksi gelung dan dengan rasminya menandakan pembukaan tempahan di seluruh dunia.
Ian Callum, Pengarah Reka Bentuk untuk Jaguar, berkata: "Jaguar F-PACE merupakan kenderaan SUV dengan jiwa kereta sport. Apabila menghasilkan kereta ini, kami berfikir di luar kebiasaan; kami mengambil kereta sport Jaguar dan menjadikannya sebuah kereta yang mesra keluarga. F-PACE melambangkan prestasi, namun anda boleh memuatkan seramai lima orang dan kesemua barangan mereka di dalamnya. Ini adalah kereta untuk mereka yang gemar memandu, yang menggemari reka bentuk dan juga yang menggemari teknologi - inilah kereta sport praktikal terulung."
Pencapaian luar biasa itu, menonjolkan reka bentuk berkuasa F-PACE yang ringan dan kemampuannya untuk menggabungkan ketangkasan dengan kelajuan serta prestasi kereta sport.
Fiona Pargeter, Pengarah Komunikasi Perhubungan Awam Global, Jaguar Land Rover, berkata: "F-PACE merupakan kereta keluarga yang pantas, menyeronokkan, dan penuh dengan karisma. Dengan itu, penyempurnaan aksi 'loop the loop' terbesar dunia merupakan detik penampilan pertama yang sempurna. F-PACE dilengkapi dengan teknologi inovatif dan menampilkan sistem hiburan dalam kereta paling canggih di dunia, dipadankan dengan keterhubungan wifi yang amat pantas. Pelanggan pasti akan tergila-gilakan Jaguar F-PACE."
Pemandu profesional Terry Grant menjalani latihan fizikal dan pemakanan yang ketat selama dua bulan bagi memastikan tubuh badannya bersedia untuk kuasa 6.5 G-Force, yang lebih besar daripada kuasa yang dialami oleh juruterbang pesawat angkasa lepas.
Latihan berbulan-bulan telah dijalankan bagi memastikan kereta dan pemandu dapat menyempurnakan cabaran yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Fizik, sudut, kelajuan dan dimensi yang tepat telah dipertimbangkan oleh sepasukan pakar yang terdiri daripada para jurutera struktur, ahli-ahli matematik dan pakar-pakar keselamatan.
Terry Grant, Pemandu Lagak Ngeri Legenda, berkata: "Pemanduan melalui gelung terbesar dunia pada malam ini merupakan detik yang amat membanggakan dalam kerjaya saya. Ciri-ciri prestasi hebat dan struktur ringan serta kukuh pada F-PACE memberikan saya penuh keyakinan bahawa saya mempunyai kekuatan dan ketangkasan pemanduan yang diperlukan. Saya gembira dapat membawa Rekod Dunia Guinness kembali ke UK dan membantu Jaguar mengatasi pesaing mereka menjelang pameran motor pada esok hari."
First Edition: Reka bentuk kereta konsep untuk dunia sebenar
Bagi meraikan pelancaran F-PACE serba baharu, model istimewa digelar First Edition akan disediakan dalam jumlah yang amat terhad dan hanya pada tahun pertama pengeluarannya. Dikuasakan secara eksklusif oleh enjin petrol V6 tercas lampau (supercharged) 380PS dan diesel V6 300PS, First Edition dibezakan dengan dua warna cat metalik yang unik – Biru Caesium dan Emas Halcyon; jelas merujuk kepada konsep C-X17 baharu yang ditampilkan di Pameran Motor Frankfurt dan Guangzhou 2013. Para pelanggan juga boleh memilih sama ada Perak Rhodium dan Hitam Ultimate. Sorotan lain termasuk roda 15 jejari Heliks Ganda Dua 22 inci dengan kemasan Kelabu dan hiasan berkontras, Dinamik Adaptif, lampu hadapan LED sepenuhnya, ruang udara dapra Hitam Berkilau serta bumbung panorama gelungsur.
Di dalamnya, tempat duduk kulit berurat lembut Windsor dengan Light Oyster menampilkan jahitan jarum kembar dan corak houndstooth timbul yang dipengaruhi oleh rekaan dalaman C-X17 yang memenangi anugerah. Kepakaran buatan Jaguar tradisional digabungkan secara sempurna dengan pencahayaan ambien 10 warna boleh dikonfigurasi, sistem maklumat hibur yang canggih, InControl Touch Pro dan kluster peralatan maya HD 12.3 inci.
F-PACE serba baharu ini dibuat di Loji Solihull UK Jaguar Land Rover bersama salun sport Jaguar XE.
SUMBER Jaguar