BEIJING, 22 Nov., 2012 /PRNewswire-AsiaNet/ --
Beijing Perfect World Network Technology Co, Ltd ("Perfect World"), sebuah pemaju dan pengendali permainan dalam talian terkemuka yang berpangkalan di China, mengumumkan penamatan kerjasama mereka dengan rakan-rakan yang berpangkalan di Malaysia dan Singapura untuk menguruskan tajuk mereka Zhu Xian dan Chi Bi. Dengan kemunculan anak syarikat baharu mereka di Malaysia, Perfect World, sebagai pemaju asal Zhu Xian dan Chi Bi dan sebagai pengendali eksklusif dua tajuk itu di Malaysia, akan menyediakan perkhidmatan yang dipertingkatkan untuk pemain tempatan bermula dari 23 November 2012.
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2009/04/16/200904161852.jpg )
Bermula pada 21 November, 2012, pemain di Malaysia dan Singapura boleh melayari laman sesawang http://zhuxian.4games.com dan http://chibi.4games.com untuk isi kandungan permainan yang terperinci dan maklumat operasi mengenai Zhu Xian dan Chi Bi. Pada masa itu, Perfect World akan mengaktifkan akaun pemain sedia ada di kedua-dua wilayah itu. Dengan akaun diaktifkan, pemain boleh terus menikmati permainan dan menyimpan pelanggan dan peranan mereka yang sedia ada.
Perfect World akan menyampaikan kemas kini lebih pantas, persekitaran yang lebih saksama, perkhidmatan yang lebih komprehensif dan berkualiti untuk kesemua pemain Zhu Xian dan pemain Chi Bi di Singapura dan Malaysia. Sementara itu, syarikat itu juga akan memberikan ganjaran yang lebih menarik dan isi kandungan yang lebih pelbagai bagi semua pemain sedia ada dan pemain baharu.
Dibangunkan oleh Perfect World, Zhu Xian adalah fantasi 3D MMORPG yang diadaptasi dari novel dalam talian yang mempunyai nama yang sama dan mewujudkan sebuah dunia maya yang penuh dengan adegan fantasi. Tajuk itu, yang membolehkan pemain untuk memilih senario, metodologi dan watak-watak mereka sendiri, telah mendapat perhatian dan sambutan yang menggalakkan daripada pemain sejak pelancarannya pada tahun 2007. Sebagai satu permainan dalam talian yang paling popular yang dibangunkan oleh Perfect World, pemaju dalam talian itu sentiasa berusaha untuk memperkayakan pengalaman pemain melalui peningkatan dan penambahbaikan yang berterusan, dan, hasilnya populariti permainan itu terus meningkat di kalangan pemain di seluruh dunia.
Hasil daripada penyelidikan dan pembangunan yang intensif, Chi Bi, satu perang epik 3D MMORPG yang didasarkan daripada lipatan sejarah yang benar Three Kingdoms, adalah satu gambaran fakta yang betul daripada adegan perang yang berlaku semasa tempoh penting ini dalam sejarah 5,000 tahun China. Sebagai sebahagian daripada proses reka bentuk, pemaju mengekalkan kedalaman terperinci butiran sejarah yang mencakupi peristiwa itu, sambil mengekalkan fleksibiliti yang amat dituntut oleh pemain dalam membuat pilihan dan keutamaan. Hasilnya pemain boleh memilih kem yang berbeza berdasarkan keutamaan mereka untuk mengalami senario semasa tempoh Three Kingdoms seolah-olah mereka berada di sana. Permainan itu, yang secara rasminya dilancarkan pada tahun 2008 dan sejak itu telah dioptimum dan dikemaskini, terus mencakupi dan diiktiraf oleh bilangan pemain yang semakin meningkat di seluruh dunia.
Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Perfect World Xiao Hong berkata: "Penubuhan anak syarikat itu di Malaysia adalah satu langkah penting oleh Perfect World ketika syarikat itu terus berusaha memantapkan diri di arena dunia. Melalui usaha pemasaran secara langsung itu, kita boleh belajar dengan lebih tepat dan menyeluruh apa yang diingin dan didamkan oleh pemain, seterusnya memperbaiki isi kandungan sesuatu permainan dari satu sudut pandangan yang holistik dan dalam cara yang disasarkan sepenuhnya. Dengan berbuat demikian, kita boleh mewujudkan suatu pengalaman permainan dalam talian yang benar-benar unggul bagi pemain yang menggunakan standard dan keperluan yang lebih tinggi. Kami percaya bahawa kaedah pemasaran langsung itu akan membawa lebih banyak pengalaman yang menarik dan mengujakan kepada pemain baharu Zhu Xian dan Chi Bi di Malaysia. Sementara itu, kami berharap pemain baharu Malaysia akan terus memberi tumpuan dan memberi sokongan kepada permainan Perfect World. Kami merancang untuk memperkenalkan lebih banyak permainan dan perkhidmatan dalam talian yang berkualiti di masa hadapan bagi membolehkan pemain mencuba dan mengalaminya."
SUMBER Perfect World Co., Ltd.