omniture

CSA Group Tambah Kemudahan Baharu untuk Pengujian dan Pensijilan Peralatan Keselamatan Aeroangkasa serta Peribadi di Montreal, Kanada

Canadian Standards Association
2015-09-17 08:27 181

MONTREAL, 17 September 2015 /PRNewswire/ -- CSA Group, penyedia global bagi perkhidmatan pengujian dan pensijilan, serta organisasi pembangunan piawaian terkemuka, memperluas makmal mekanikal canggih mereka di Montreal, Kanada dengan menambah perkhidmatan Peralatan Keselamatan Aeroangkasa dan Peribadi untuk membantu pelanggan menembusi pasaran global.

Makmal canggih,yang diperluas dan dimodenkan itu mampu menjalankan pelbagai ujian berlandaskan piawaian Kanada, ASTM, dan ANSI. Perluasan terbaharu untuk makmal tersebut menyediakan kebuk ujian persekitaran terkawal, sebuah menara impak topi keledar baharu, sebuah menara impak kasut keselamatan baharu, peralatan ujian pemampatan baharu dan meriam peluru untuk ujian visor.

CSA Group terkenal dengan pengujian dan pensijilan topi keledar hoki. Selain itu, makmal di Montreal juga menguji peralatan keselamatan peribadi dan sukan seperti topi keras, topi keledar lacrosse, topi keledar ski, topeng muka, dan juga memiliki makmal baharu untuk menguji kasut keselamatan.

"CSA Group berbangga untuk menawarkan perkhidmatan baharu kepada industri aeroangkasa, dan akan terus mengembangkan portfolio perkhidmatan kami yang disegani untuk peralatan keselamatan peribadi," kata Nashir Jiwani, Naib Presiden Serantau, Kanada, CSA Group. "CSA Group mempunyai sejarah selama bertahun-tahun dalam memajukan kesihatan dan keselamatan melalui pembangunan dan pengujian serta pensijilan piawaian dan kami juga berbangga untuk menawarkan ujian tambahan untuk peralatan sukan dan juga kasut keselamatan untuk melindungi pengguna di Kanada."

CSA Group kini menawarkan khidmat menilai produk dan ujian EMC untuk industri aeroangkasa dan telah mengambil seorang pakar industri untuk memberikan perkhidmatan cemerlang kepada para pelanggan kami. Makmal Montreal akan terus menambah kemudahan untuk beberapa tahun akan datang bagi memberi khidmat kepada industri penting ini. Montreal adalah sebuah hab global untuk industri aeroangkasa bersama pihak-pihak penting dalam sektor korporat, akademik dan penyelidikan yang bertumpu di wilayah ini. Ia juga sebagai pusat kepada persatuan-persatuan antarabangsa, para pengeluar bertaraf dunia, dan tenaga kerja yang sangat terlatih dan berkemahiran. Kawasan Greater Montreal mempunyai kepadatan pekerjaan aeroangkasa kedua terbesar di dunia. 1

CSA Group memiliki beberapa buah makmal di seluruh Kanada termasuk di Toronto, Edmonton, Richmond, dan Langley yang menawarkan khidmat menguji dan pensijilan untuk pelbagai sektor seperti automotif, lokasi berbahaya dan produk-produk industri, perubatan, keselamatan serta teknologi.

Latar Belakang CSA Group
CSA Group ialah persatuan keanggotaan bebas dan tidak berasaskan keuntungan khusus untuk keselamatan, kebajikan sosial dan kelestarian. Pengetahuan dan kepakaran mereka merangkumi pembangunan piawaian; latihan dan khidmat rundingan; perkhidmatan ujian global dan pensijilan di seluruh bidang perniagaan penting termasuk lokasi serta industri berbahaya, pengangkutan, paip dan pembinaan, perubatan, keselamatan dan juga teknologi, perkakasan dan gas, tenaga alternatif, pencahayaan serta kelestarian; selain perkhidmatan penilaian produk pengguna. Tanda pensijilan CSA boleh dilihat pada berbilion-bilion produk di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut tentang CSA Group, lawati www.csagroup.org

____________________________
1www.aeromontreal.ca

Untuk maklumat lanjut: Allison Hawkins, Pengurus, Hal Ehwal Korporat, +1-416-747-2615, allison.hawkins@csagroup.org

 

Source: Canadian Standards Association
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Sports Sports Equipment & Accessories Corporate Expansion