omniture

Bintang-bintang Ternama Bergandingan Dengan Johnnie Walker(R) untuk Memperjuangkan Kegembiraan sebagai Kunci Kemajuan

Johnnie Walker
2015-09-17 13:53 357

LONDON, 17 September 2015 /PRNewswire/ --

Jenson Button dan Jude Law sertai sekumpulan individu yang meraih kejayaan hasil daripada pandangan mereka yang penuh kegembiraan terhadap kehidupan 

Apakah persamaan yang dikongsi sesetengah bintang filem, atlet profesional, model, pelayan bar, pereka cipta dan ahli muzik paling berjaya di dunia?

Kegembiraan telah mendorong kejayaan mereka.

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150915/266956 )
     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150915/266957 )
     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150915/266958 )

Video web: https://www.youtube.com/watch?v=K9R9YtaoYAE

Juara Dunia Formula Satu dan pemandu McLaren Honda, Jenson Button, pelakon yang dicalonkan untuk anugerah Oscar, Jude Law dan aktor dari China, Zhao Wei adalah antara sebilangan individu yang semakin bertambah yang memperlihatkan cara berfikir yang mencabar kebijaksanaan konvensional bahawa kejayaan akan menjamin kegembiraan dan sebaliknya meraikan kenyataan bahawa sebenarnya kegembiraan membantu orang ramai mencapai lebih kejayaan.

Pandangan positif selebriti-selebriti berjaya ini - mereka yang mencari kelebihan berdaya saing - telah membawa kepada mereka ditampilkan dalam kempen global baharu daripada jenama wiski Scotch Johnnie Walker® yang dipanggil 'Joy Will Take You Further', bersama ramai lagi individu luar biasa lain dari pelbagai lapisan masyarakat.

"Sepanjang kerjaya saya, saya perlu gembira untuk berjaya," kata Jenson Button. "Oleh kerana saya begitu cintakan sukan ini, saya merasakan saya telah dapat menikmati saat-saat indah dan apabila keadaan menjadi lebih sukar, saya dapat mencari jalan keluar daripada situasi tersebut, menjadi lebih positif serta membantu pasukan untuk maju ke hadapan."

Pelakon Jude Law berkata: "Kekal positif dan mencari kegembiraan setiap hari melalui pekerjaan yang saya lakukan adalah sebahagian daripada falsafah saya dan saya berpendapat ini adalah salah satu perkara yang telah membantu saya untuk terus maju dalam kerjaya saya."

Selebriti lain yang menyokong pendekatan ini dalam kehidupan dan muncul dalam kempen baharu itu termasuk kumpulan alt-rock AS, OK Go dan supermodel Mexico, Montserrat Oliver. Kefahaman mereka terhadap kejayaan dan kemajuan adalah selari dengan hasil daripada penyelidikan saintifik yang semakin bertambah tentang kuasa kegembiraan.  

Mengulas tentang pelancaran kempen itu, Pengarah Jenama Global Johnnie Walker, Guy Escolme berkata: "Sebagai sebuah jenama, Johnnie Walker sentiasa menyokong kemajuan - ia telah menjadi kisah wiski kami sejak pengasas kami, John Walker memulakan segalanya hampir 200 tahun lalu. Apa yang telah kami pelajari daripada pengalaman selama dua abad ini adalah kemajuan tidak semestinya menjadi perjalanan sukar tanpa penghujung - kita boleh menikmati setiap langkah yang diambil dan lebih banyak kegembiraan yang akan kita temui, lebih besar kemungkinan kita akan mencapai tujuan kita. Terdapat bukti yang mengesahkan kepercayaan yang menjadi jiwa bagi jenama kami: 'Kegembiraan Akan Membawa Anda Lebih Jauh' ('Joy Will Take You Further')."

Dr. Matt Killingsworth, seorang ahli psikologi dan saintis berpangkalan di AS yang mengkaji kegembiraan manusia, bertindak sebagai perunding bagi kempen itu. Beliau berkata: "Kadang kala orang ramai memikirkan kegembiraan sebagai ganjaran yang jauh yang hanya dapat dicapai melalui kerja keras selama bertahun-tahun atau apabila mereka mencapai penanda kejayaan konvensional, seperti pendapatan lebih tinggi atau rumah yang lebih besar. Namun begitu, terdapat sejumlah bukti yang semakin banyak menunjukkan kegembiraan di sepanjang perjalanan menjadikan kejayaan lebih mungkin dicapai."

Selain selebriti tersohor dunia, pemecah rekod dunia turut mengaitkan kuasa kegembiraan sebagai pendorong mereka untuk pergi lebih jauh.

Eva Håkansson - wanita terpantas dengan tiga roda yang memegang rekod dunia, menggunakan motosikal buatan sendiri berkuasa elektrik - berkata: "Untuk berjaya, anda benar-benar perlu menikmati apa yang anda lakukan. Anda perlu menyedari perjalanan itulah yang merupakan pengembaraan dan bukannya sasaran."

Manakala Romi Garduce, seorang pendaki dan pencinta alam sekitar dari Filipina yang telah mendaki ketujuh-tujuh puncak tertinggi di kesemua benua, berkata: "Bagi pendakian gunung, sekurang-kurangnya 80% adalah pendekatan mental. Anda tidak boleh melayani keraguan – ia merupakan naluri kepercayaan bahawa saya boleh melakukannya, ia adalah pemikiran positif. Kebanyakan masa, mendaki adalah mencabar tetapi selepas itu terdapat, apa yang saya gelar, suatu kepuasan yang tidak tergambar, memori yang kekal selamanya."

Iklan 'Joy Will Take You Further', baharu daripada Johnnie Walker boleh ditonton di sini https://www.youtube.com/watch?v=K9R9YtaoYAE

Nota untuk Editor: 

Latar Belakang Diageo 

Diageo merupakan peneraju global bagi minuman beralkohol dengan koleksi mengagumkan bagi jenama-jenama dalam kategori spirit, bir dan wain. Jenama-jenama ini termasuk wiski Johnnie Walker, Crown Royal, J&B, Buchanan's dan Windsor, vodka Smirnoff, Cîroc dan Ketel One, Captain Morgan, Baileys, Don Julio, Tanqueray serta Guinness.

Diageo merupakan sebuah syarikat global, dan produk-produk kami dijual di lebih 180 buah negara di seluruh dunia. Syarikat ini tersenarai di Bursa Saham London (DGE) dan Bursa Saham New York (DEO).  Untuk maklumat lanjut tentang Diageo, warga kerja kami, jenama kami dan prestasi kami, kunjungi kami di http://www.diageo.com. Kunjungi sumber minum dengan berhemah global Diageo, http://www.DRINKiQ.com, untuk mendapatkan maklumat, inisiatif dan cara untuk berkongsi amalan terbaik.

Meraikan kehidupan, setiap hari, di mana-mana jua.

Nikmati Johnnie Walker dengan berhemah.

Perkataan JOHNNIE WALKER, KEEP WALKING dan JOY WILL TAKE YOU FURTHER, lambang Figura Melangkah dan logo berkaitan merupakan tandaniaga © John Walker & Sons 2015.

Source: Johnnie Walker
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Sports