BRUSSELS, 17 September 2015 /PRNewswire/ -- Anheuser-Busch InBev (AB InBev) (Euronext: ABI) (NYSE: BUD) memberi perhatian terhadap pengumuman yang dibuat oleh SABMiller plc. AB InBev mengesahkan ia telah memberi cadangan kepada Lembaga Pengarah SABMiller berkenaan penggabungan kedua-dua syarikat itu. Hasrat AB InBev adalah untuk bekerjasama dengan Lembaga SABMiller ke arah urus niaga yang disarankan.
Tidak terdapat kepastian bahawa cadangan ini akan membawa kepada tawaran atau perjanjian, atau terma-terma bagi sebarang perjanjian seumpamanya.
Kenyataan lanjut akan dibuat mengikut kesesuaian.
Menurut Peraturan 2.6(a) dalam Kod Bandar tentang Pengambilalihan dan Penggabungan ("Kod"), AB InBev mestilah, tidak lewat daripada 5.00 petang pada Rabu 14 Oktober 2015, sama ada mengumumkan keinginan yang kuat untuk membuat tawaran kepada SABMiller menurut Peraturan 2.7 Kod tersebut atau mengumumkan bahawa ia tidak berniat membuat tawaran untuk SABMiller, yang mana pengumuman tesebut akan dianggap sebagai kenyataan yang tertakluk kepada Peraturan 2.8 Kod tersebut. Tarikh akhir ini hanya akan dilanjutkan dengan persetujuan SABMiller dan Panel Pengambilalihan menurut Peraturan 2.6(c) Kod tersebut.
Menurut Peraturan 2.10 Kod tersebut, AB InBev mengesahkan bahawa, setakat tarikh pengumuman ini, ia mempunyai 1,608,242,156 saham biasa tanpa nilai muka dalam keluaran dan mengaku telah berdagang di Euronext Brussels (ISIN: BE0003793107). AB InBev mempunyai program Resit Depositari Amerika ("ADR") yang mana The Bank of New York Mellon bertindak sebagai depositari. Setiap saham ADR mewakili satu saham biasa AB InBev. ADR didagangkan pada Bursa Saham New York (ISIN: US03524A1088).
Versi Bahasa Inggeris, Belanda dan Perancis bagi hebahan akhbar ini akan dimuatkan di www.ab-inbev.com .
NOTA
Keperluan pendedahan Kod Pengambilalihan ("Kod")
Di bawah Peraturan 8.3(a) Kod tersebut, mana-mana orang yang berminat terhadap 1% atau lebih bagi sebarang kelas sekuriti berkaitan daripada sesebuah syarikat yang ditawarkan atau mana-mana pembuat tawaran tukaran sekuriti (iaitu mana-mana pembuat tawaran selain daripada pembuat tawaran yang berkenaan dengannya yang telah diumumkan bahawa tawarannya adalah, atau berkemungkinan adalah, sepenuhnya dalam bentuk tunai) mesti membuat Pendedahan Kedudukan Pembukaan berikutan permulaan tempoh penawaran dan, jika terkemudian, menurut pengumuman yang mana mana-mana pembuat tawaran tukaran sekuriti mula-mula dikenal pasti. Suatu Pendedahan Kedudukan Pembukaan mesti mengandungi butiran kepentingan dan kedudukan ringkas individu tersebut dalam, dan hak untuk melanggan bagi, mana-mana sekuriti berkaitan bagi setiap satu daripada (i) syarikat yang ditawarkan dan (ii) mana-mana pembuat tawaran tukaran sekuriti. Satu Pendedahan Kedudukan Pembukaan oleh individu yang tertakluk kepada Peraturan 8.3(a) mesti dibuat tidak lewat daripada jam 3.30 petang (waktu London) pada hari berurus niaga ke-10 berikutan permulaan tempoh tawaran dan, jika bersesuaian, tidak lewat daripada jam 3.30 petang (waktu London) pada hari berurus niaga ke-10 berikutan pengumuman yang mana mana-mana pembuat tawaran tukaran sekuriti mula-mula dikenal pasti. Individu-individu berkaitan yang berurusan dalam sekuriti berkaitan syarikat yang ditawarkan atau pembuat tawaran tukaran sekuriti sebelum tarikh tutup untuk membuat Pendedahan Kedudukan Terbuka sebaliknya mestilah membuat Pendedahan Urusan.
Di bawah Peraturan 8.3(b) Kod tersebut, mana-mana individu yang, atau menjadi, berminat dalam 1% atau lebih bagi sebarang kelas sekuriti berkaitan daripada syarikat yang ditawarkan atau mana-mana pembuat tawaran tukaran sekuriti mesti membuat Pendedahan Urusan sekiranya individu tersebut berurusan dalam mana-mana sekuriti berkaitan bagi syarikat yang ditawarkan atau mana-mana pembuat tawaran tukaran sekuriti. Pendedahan Urusan mesti mengandungi butiran urusan yang berkenaan dan perincian kepentingan serta kedudukan ringkas dalam, dan hak untuk melanggan bagi, mana-mana sekuriti berkaitan bagi setiap satu daripada (i) syarikat yang ditawarkan dan (ii) mana-mana pembuat tawaran tukaran sekuriti, melainkan butiran ini telah didedahkan sebelumnya di bawah Peraturan 8. Pendedahan Urusan oleh individu yang tertakluk kepada Peraturan 8.3(b) mesti dibuat tidak lewat daripada jam 3.30 petang (waktu London) pada hari berurus niaga selepas tarikh urusan berkenaan.
Jika dua atau lebih individu bertindak bersama menurut perjanjian atau persefahaman, sama ada rasmi atau tidak rasmi, untuk mengambil alih atau mengawal kepentingan dalam sekuriti berkaitan daripada sebuah syarikat yang ditawarkan atau pembuat tawaran tukaran sekuriti, mereka akan dianggap sebagai satu orang bagi tujuan Peraturan 8.3.
Pendedahan Kedudukan Pembukaan juga mesti dibuat oleh syarikat yang ditawarkan serta oleh mana-mana pembuat tawaran dan Pendedahan Urusan juga mesti dibuat oleh syarikat yang ditawarkan, mana-mana pembuat tawaran dan mana-mana orang yang bertindak bersama mana-mana pihak daripada mereka. (lihat peraturan 8.1, 8.2 dan 8.4).
Butiran bagi syarikat-syarikat penerima tawaran dan pembuat tawaran berkenaan sekuriti berkaitan yang mesti dibuat Pendedahan Kedudukan Pembukaan dan Pendedahan Urusan boleh didapati dalam Jadual Pendedahan di laman sesawang Panel Pengambilalihan di www.thetakeoverpanel.org.uk, termasuk butiran bagi bilangan sekuriti berkaitan dalam keluaran, bila tempoh tawaran bermula dan bila mana-mana pembuat tawaran mula dikenal pasti. Anda boleh menghubungi Unit Tinjauan Pasaran Panel tersebut di talian +44 (0)20 7638 0129 jika anda tidak pasti sama ada anda perlu membuat Pendedahan Kedudukan Pembukaan atau Pendedahan Urusan.
|
|
||
| Media
|
Pelabur |
|
| Marianne Amssoms Tel: +1-212-573-9281 |
Graham Staley Tel: +1-212-573-4365 E-mel: graham.staley@ab-inbev.com |
|
| Karen Couck Tel: +1-212-573-9283 E-mel: karen.couck@ab-inbev.com
Kathleen Van Boxelaer Tel: +32-16-27-68-23 E-mel:kathleen.vanboxelaer@ab-inbev.com
|
Christina Caspersen Tel: +1-212-573-4376 E-mel: christina.caspersen@ab-inbev.com
Heiko Vulsieck Tel: +32-16-27-68-88 E-mel: heiko.vulsieck@ab-inbev.com |
|
| Steve Lipin, Brunswick Group US Tel: +1-212-333-3810 E-mel : slipin@brunswickgroup.com
Richard Jacques, Brunswick Group UK Tel: +44-20-7404-5959 E-mel : rjacques@brunswickgroup.com |
||
Latar Belakang Anheuser-Busch InBev
Anheuser-Busch InBev merupakan syarikat yang didagangkan secara umum (Euronext: ABI) berpangkalan di Leuven, Belgium, dengan Resit Depositari Amerika di Bursa Saham New York (NYSE: BUD). Ia merupakan pembru global utama dan salah satu daripada lima syarikat utama bagi produk pengguna dunia. Bir, rangkaian sosial asal, telah menyatukan manusia selama ribuan tahun dan portfolio kami yang mengandungi lebih 200 jenama bir terus menjalinkan hubungan yang kukuh dengan pengguna. Ini termasuk jenama global Budweiser®, Corona® dan Stella Artois®; jenama-jenama antarabangsa Beck's®, Leffe®, dan Hoegaarden®; serta juara tempatan Bud Light®, Skol®, Brahma®, Antarctica®, Quilmes®, Victoria®, Modelo Especial®, Michelob Ultra®, Harbin®, Sedrin®, Klinskoye®, Sibirskaya Korona®, Chernigivske®, Cass®, dan juga Jupiler®. Dedikasi Anheuser-Busch InBev terhadap kualiti bermula dengan tradisi pembruan selama lebih 600 tahun dan kilang bru Den Hoorn di Leuven, Belgium, selain semangat perintis kilang bru Anheuser & Co, yang berasal dari St. Louis, AS sejak tahun 1852. Dengan kepelbagaian geografi berserta pendedahan yang seimbang kepada pasaran maju dan membangun, Anheuser-Busch memanfaatkan kekuatan kolektif kira-kira 155 000 pekerjanya di 25 buah negara di seluruh dunia. Pada tahun 2014, AB InBev telah mencapai hasil sebanyak 47.1 bilion USD. Syarikat ini berusaha untuk menjadi Syarikat Bir Terbaik yang Menyatukan Orang Ramai untuk Dunia yang Lebih Baik. Dapatkan maklumat lanjut di ab-inbev.com, di facebook.com/ABInBev atau di Twitter melalui @ABInBevNews.
Maklumat yang terkandung terdiri daripada maklumat terkawal seperti yang ditakrifkan dalam Perintah Diraja Belgium pada 14 November 2007 berkenaan tanggungjawab pengeluar alat kewangan yang telah diterima untuk dagangan dalam pasaran terkawal.