omniture

Kumpulan Syarikat OIL Lantik Bertil Olsson Menggantikan Robert Stauffer sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif

The OIL Group of Companies
2015-09-17 21:15 343

HAMILTON, Bermuda, 17 September 2015 /PRNewswire/ -- Bertil Olsson menyertai OIL Group daripada Marsh & McLennan Companies, yang mana beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Wilayah Selatan Tengah, Marsh USA, Inc., dan dari tahun 2008 hingga 2013, Bertil menyandang jawatan sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Amalan Tenaga Amerika Utara, Marsh USA, Inc. Sebelum menyertai Marsh, Bertil memegang jawatan-jawatan eksekutif di Willis North America Inc. bermula pada tahun 1992 hingga 2008, dan bersama Marsh & McLennan Companies pula sebagai Eksekutif Akaun dari tahun 1987 hingga 1992.

Bertil melanjutkan pengajian di Royal Swedish Naval Academy dan kemudiannya di University of Lund, yang mana beliau memperoleh Diploma Undang-undang dengan pengkhususan dalam Undang-undang Maritim dan Timbang Tara Antarabangsa.

Bertial mempunyai 25 tahun pengalaman dalam bidang insurans tenaga. Kerjaya beliau bermula di Eropah bersama Marsh di pejabat Stockholm, yang mana beliau ditugaskan untuk mengurus program-program besar untuk syarikat-syarikat minyak bersepadu. Beliau kemudiannya ditukarkan ke pejabat di Houston dan terus bekerja sebagai pakar pemasaran yang memfokuskan program-program industri tenaga.

Bertil Olsson akan menggantikan Robert Stauffer selepas persaraan Bob pada Januari 2016.

Gerard Naisse dan Theo Guidry, masing-masing ialah Pengerusi Oil Insurance Limited dan Oil Casualty Insurance, Ltd., menyatakan, "Kami berbesar hati menerima Bertil untuk menerajui operasi kami untuk terus maju ke hadapan dan berharap pertukaran ini berjalan lancar antara tempoh ini and hari persaraan Bob pada awal Januari 2016. Bertil adalah seorang yang tersohor dan seorang profesional insurans tenaga yang sangat dihormati yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam insurans tenaga. Kami yakin beliau akan memberikan kepimpinan yang berkesan kepada pasukan eksekutif dan terus mengembangkan perniagaan kami."

Untuk maklumat lanjut tentang liputan dan tawaran nilai berkaitan bagi OIL serta OCIL, sila ke: http://www.oil.bm & http://www.ocil.bm.

SUMBER  The OIL Group of Companies

Source: The OIL Group of Companies
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Oil/Energy Utilities Personnel announcements