omniture

Alamat terhangat di New York, Bond Street, beri inspirasi kepada wangian eau de parfum baharu kami yang anggun dan eklektik

BOND NO 9 NEW YORK
2015-09-17 21:37 165

NEW YORK, 17 September 2015 /PRNewswire/ -- Di Bond No. 9 New York, kami mengagumi setiap jalan, lorong, taman, dan lapangan di bandar kita – dan hampir 60 wangian kami dinamakan bersempena semua ini. Namun begitu, sejujurnya, laluan yang paling dekat dengan hati kami ialah sebatang jalan yang menempatkan kedai kami: Bond Street. Hanya sepanjang dua blok, lorong kerdil ini terletak di utara Houston Street (NoHo) yang terletak di antara Broadway dan Bowery yang sibuk. Hamparan singkat ini, yang lebih lebar dan terang berbanding lorong-lorong sekitarnya masih kekal berturap batu sejak awal New York lagi (sebahagian daripada Daerah Bersejarah NoHo), adalah jalinan mewah dan harmoni bagi Downtown New York baharu, lama dan baru muncul.

Alami Hebahan Berita Multimedia interaktif di sini: http://www.multivu.com/players/English/7626351-bond-no-9-b9-fragrance/

Cerdik pandai hartanah menggelarkan Bond Street sebagai Starchitech Row, bersempena barisan kondominium futuristik dan mewah, kediaman para selebriti, ahli-ahli politik, dan ahli-ahli korporat. Butik wangian kami, terletak di 9 Bond sejak tahun 2001, menjadi magnet yang menarik kedai-kedai dan restoran-restoran elegen sebagai jiran kami, kebanyakannya menempati bangunan bercirikan zaman Renaissance dan Pemulihan Greek yang dibina semasa lorong ini menjadi pusat industri ringan pada pertengahan kurun ke-19. Bermula 1970-an, lorong ini mula dibanjiri oleh para penggiat seni.

Bersempena dengan nama jalan yang didukungnya, B9, eau de parfum, memiliki ciri-ciri elegan, kesempurnaan, tahan lama, menggoda dan kejutan. Terasnya terdapat bauan gardenia yang mengujakan dan sangat feminin – yang memberikannya gaya baharu yang mempesonakan lelaki serta wanita. Wanita akan menyukainya; jejaka pula akan mengaguminya. Mengapa? Kami menggabungkan kemanisan sitrus dan kerempahan safron sebagai wangian utamanya. Kemudian, kami menyelaputinya pula dengan wangian melur si penggoda serta orkid untuk mengangkat suasana, dan, paling utama berbanding semua, kami memberikan kuasa bertahan yang hangat dan maskulin untuk wangian dasarnya: ambar, cendana, kasturi, vetiver dan oakmoss.

Botol B9 untuk lelaki dan perempuan dengan saduran ungu gelap, warna yang menyembunyikan keanggunan dan kuasa. Hanya satu tanda kelihatan pada botol – nama wangian tersebut: singkatan teliti yang juga berfungsi sebagai logo dan elemen melengkung, disampaikan dengan rekaan timbul bewarna emas.

B9 berada di atas rak pada Oktober 2015 dan akan dijual di Bond No. 9 New York Boutiques, Saks Fifth Avenue di seluruh negara, kedai-kedai Nordstrom terpilih, Harrods UK, dan www.bondno9.com

Harga: 100ml, $320, 50ml, $260

Source: BOND NO 9 NEW YORK
Keywords: Cosmetics & Personal Care Retail Broadcast feed announcements New products/services