omniture

UPS Jemput Pemandu Scuderia Ferrari Kimi Räikkönen Rasmi Pengalaman Perlumbaan Pusat Bandar UPS di Singapura

UPS
2015-09-18 01:08 378

SINGAPURA, 18 September 2015 /PRNewswire/ -- UPS, Penaja Rasmi Logistik dan Penghantaran untuk Scuderia Ferrari, hari ini mengalu-alukan pemandu Kimi Räikkönen untuk melancarkan Pengalaman Perlumbaan Pusat Bandar UPS (UPS City Center Race Experience) di Pusat Beli Belah Raffles City, Singapura.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150916/267190)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150916/267192)

Juara Pemandu Dunia Formula One 2007 membuka acara itu dengan mempersembahkan garaj perlumbaan Ferrari UPS, lengkap dengan kereta pameran, pensimulasi perlumbaan, selain sejarah Scuderia Ferrari dan UPS. Kedua-dua syarikat memiliki sejarah yang menarik serta panjang, dan dengan itu, pihak UPS berbesar hati untuk meraikan dan berkongsi bersama warga Singapura.

Räikkönen, yang baru memperbaharui kontrak bersama Scuderia Ferrari untuk musim 2016, berbincang tentang sinergi antara kedua-dua jenama global itu dan menghargai UPS kerana memberi akses kepada para peminat yang tidak dapat menyaksikan hari perlumbaan pada hari minggu. Beliau juga bertemu dengan beberapa pegawai eksekutif UPS dan pemenang pertandingan pada acara itu menjelang GRAND PRIX FORMULA 1 SINGAPURA SINGAPORE AIRLINES 2015.

"Ini merupakan satu idea yang baik daripada UPS untuk memberikan para peminat dengan akses seperti ini. Bagi seorang pemandu, kadang-kadang kami terlupa betapa istimewanya kami, dan ini adalah satu penghargaan terhadap hubungan ini menjelang Grand Prix," kata Pemandu Scuderia Ferrari, Kimi Räikkönen.

"UPS dan Scuderia Ferrari berkongsi nilai yang serupa - kecemerlangan, inovasi dan kejituan - mewujudkan asas yang kukuh untuk kami bekerjasama serta menambah baik operasi dan juga kecekapan pasukan Scuderia Ferrari," kata Jim O'Gara, Presiden UPS Wilayah Asia Selatan.

"Dengan memberikan orang awam akses kepada dunia Scuderia Ferrari dan sukan yang mengagumkan, ini merupakan cara yang hebat untuk meraikan kerjasama UPS dengan Scuderia Ferrari. Pengalaman Perlumbaan Pusat Bandar UPS ini adalah satu contoh yang tepat. Kehadiran global kami di lebih 220 buah negara dan wilayah menghubungkan perniagaan dan masyarakat seluruh dunia, dan juga menyediakan mereka dengan akses yang tiada tandingan serta pengalaman pelanggan yang mereka harapkan daripada UPS," simpul O'Gara.

Orang awam boleh menikmati pemanduan percuma di dalam pensimulasi di Pengalaman Perlumbaan Pusat Bandar UPS dari jam 12 tengahari hingga 10 malam mulai hari Jumaat, 18 September hingga Ahad, 20 September, di bahagian luar Robinsons, Pusat Beli Belah Raffles City.

Latar Belakang kerjasama UPS dengan Ferrari

UPS menjadi Penaja Rasmi Logistik dan Penghantaran untuk Ferrari pada February 2013, dalam satu kerjasama yang merangkumi Formula One, FIA World Endurance Championship, dan Ferrari Challenge Championship Siri Eropah.

UPS juga adalah Rakan Rasmi Logistik untuk Ferrari melalui penyepaduan secara berperingkat perkhidmatan pengangkutan milik mereka, menggerakkan muatan di tahap global.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Lizzie Isherwood
E: lisherwood@justmarketing.com

SUMBER  UPS

Source: UPS
Keywords: Air Freight Sporting Events Sports Transportation Trucking and Road Transportation