SHANGHAI, 23 Nov, 2012 /PRNewswire-AsiaNet/ -- ANZ hari ini mengumumkan satu perjanjian dengan Shanghai Rolex Masters untuk menjadi Rakan Perbankan dan Kewangan Antarabangsa kejohanan Masters terkemuka Asia untuk tempoh lima tahun akan datang.
(Foto:http://www.prnasia.com/sa/2012/11/22/2012112213421821921.html )
Penajaan Berlian Shanghai Rolex Masters ini - kini dalam tahun kelimanya - menjangkau hubungan ANZ dengan tenis berikutan perkongsian berjaya berterusan dengan Grand Slam Terbuka Australia. Masters itu akan diadakan antara 7-13 Oktober 2013.
Mengulas mengenai pengumuman itu, Cik Joyce Phillips, Ketua Pegawai Eksekutif Kekayaan dan Perbankan Persendirian Global ANZ, berkata: "Shanghai Masters Rolex telah cepat menjadi salah satu peristiwa yang unggul pada kalendar tenis global dengan mencapai lebih 45 juta penonton di seluruh dunia.
"ANZ mempunyai kehadiran yang lama di China dan perkongsian ini bukan sahaja memperkukuhkan komitmen jangka panjang kami kepada China tetapi juga menyediakan platform berharga untuk membantu membina hubungan jenama kami di seluruh rantau ini," kata Cik Phillips.
Pengarah Kejohanan Shanghai Rolex Masters Michael Luevano berkata: "ANZ adalah sebuah bank yang amat dihormati di rantau Asia Pasifik dan kami gembira untuk mengalu-alukan mereka sebagai salah satu rakan kejohanan. ANZ mempunyai sejarah kukuh menyokong tenis di Asia Pasifik dan penglibatannya dalam Shanghai Rolex Masters akan membantu memastikan legasi yang berkekalan ditinggalkan dalam sukan di China dan rantau yang lebih luas."
ANZ juga akan mendapat hak menamakan kepada Program Pembangunan Tenis China, sebuah inisiatif akar umbi yang bertujuan untuk membangunkan bakat-bakat muda dan menyokong pertumbuhan tenis di China. Dalam musim panas tahun 2013, 400 kanak-kanak dari sekolah-sekolah seluruh China akan dijemput untuk mengambil bahagian dalam satu siri sesi latihan di bawah bimbingan jurulatih-jurulatih tenis berpengalaman.
Dalam tiga tahun pertamanya dari 2009-2011, Shanghai Masters Rolex telah diundi oleh pemain-pemain Masters 1000 Jelajah Dunia ATP sebagai Kejohanan Terbaik Tahunan.
Untuk pertanyaan media sila hubungi:
Stephen Ries
Pengurus Kanan Perhubungan Media
Tel: +61 3 8654 3659 or +61 409 655 551
E-mel: Stephen.Ries@anz.com
Gregor Hastings
Weber Shandwick Shanghai
Tel: +86 21 2411 0131
E-mel: ghastings@webershandwick.com
Mengenai ANZ:
Dengan sejarah merangkumi lebih daripada 175 tahun, ANZ beroperasi di 32 negara di seluruh Asia dan Pasifik, Timur Tengah, Eropah dan Amerika. ANZ menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan dan kewangan untuk sekitar 8 juta pelanggan, dan menggaji 48,000 orang di seluruh dunia.
SUMBER: ANZ