omniture

Kegembiraan Membawa Jenson Lebih Jauh

Johnnie Walker
2015-09-18 02:21 371

SINGAPURA, 18 September 2015 /PRNewswire/ -- Bukan sekadar tindak balas yang tajam, kecemerlangan kejuruteraan dan fokus tertumpu berada di sebalik pencapaian Juara Dunia F1® 2009 dan pemandu McLaren Honda, Jenson Button. Hari ini, bintang sukan itu mendedahkan bahawa kegembiraan merupakan pendorong di sebalik kejayaan dalam kerjayanya.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150916/267416)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150916/267417)

Menjelang GRAND PRIX FORMULA 1 SINGAPURA SINGAPORE AIRLINES 2015 minggu ini, Button telah diumumkan sebagai salah seorang daripada kumpulan duta terpilih yang memberi inspirasi dalam kempen global baharu daripada jenama wiski Scotch Johnnie Walker® yang dipanggil 'Joy Will Take You Further'. Kempen itu diadakan berasaskan penyelidikan saintifik selama berdekad-dekad yang menunjukkan apabila orang berasa lebih gembira, kemajuan lebih mudah dicapai.

Dikenali sebagai individu paling cergas dalam lorong pit, Button berkata beliau menemui kegembiraan dalam usaha melibatkan kuasa fizikal - daripada senaman kekuatan intensif di gimnasium kepada mengungguli triatlon yang mencabar. "Terdapat lebih banyak lagi selain hanya mampu memandu sebuah kereta. Minda dan tubuh badan perlulah berada dalam keadaan sempurna, memerlukan dedikasi terhadap latihan dan kecergasan - dan ini merupakan sesuatu yang sentiasa memberikan saya kegembiraan," kata Button.

"Dalam kehidupan saya sebagai seorang pemandu F1, terdapat sesetengah perkara yang benar-benar menggembirakan saya - dan peluang untuk bergembira di luar litar melalui kecergasan sambil mempertingkatkan prestasi saya pada hari perlumbaan pastinya salah satu daripadanya."

Nota untuk Editor:

Latar Belakang Diageo 

Diageo merupakan peneraju global bagi minuman beralkohol dengan koleksi mengagumkan bagi jenama-jenama dalam kategori spirit, bir dan wain. Jenama-jenama ini termasuk wiski Johnnie Walker, Crown Royal, J&B, Buchanan's dan Windsor, vodka Smirnoff, Cîroc dan Ketel One, Captain Morgan, Baileys, Don Julio, Tanqueray serta Guinness.

Diageo merupakan sebuah syarikat global, dan produk-produk kami dijual di lebih 180 buah negara di seluruh dunia. Syarikat ini tersenarai di Bursa Saham London (DGE) dan Bursa Saham New York (DEO).  Untuk maklumat lanjut tentang Diageo, warga kerja kami, jenama kami dan prestasi kami, kunjungi kami di http://www.diageo.com. Kunjungi sumber minum dengan berhemah global Diageo, http://www.DRINKiQ.com, untuk mendapatkan maklumat, inisiatif dan cara untuk berkongsi amalan terbaik.

Meraikan kehidupan, setiap hari, di mana-mana jua.

Nikmati Johnnie Walker dengan berhemah.

Perkataan JOHNNIE WALKER, KEEP WALKING dan JOY WILL TAKE YOU FURTHER, lambang Figura Melangkah dan logo berkaitan merupakan tanda niaga © John Walker & Sons 2015.

SUMBER  Johnnie Walker

Source: Johnnie Walker
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Sports