SCHENECTADY, New York, 18 September 2015 /PRNewswire/ -- SI Group, pembangun dan pengeluar utama global bagi perantaraan kimia, resin khas, serta penyelesaian, hari ini mengumumkan pelaksanaan transformasi jenama globalnya. Pelancaran penjenamaan semula itu melambangkan gabungan antara sejarah dan tradisi SI Group yang kaya dengan estetika moden termasuk logo baharunya.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20130204/NY53537LOGO-b
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150915/266796
Dengan lebih seabad melakukan inovasi dan meraih kejayaan, wajah baharu yang tersendiri mencerminkan trend tenaga kerja global yang membangun. "Kakitangan SI Group sentiasa bertenaga dan bersemangat mewujudkan penyelesaian yang dapat menangani cabaran global moden yang rumit, seperti pertumbuhan populasi, penjimatan bahan bakar, pemeliharaan alam sekitar serta penjimatan tenaga," kata Deb Patterson, Naib Presiden Sumber Manusia. "Jenama yang dipertingkat ini menyatukan nilai-nilai kumpulan bakat sedia ada dan akan datang kami."
"Dunia sedang berubah dan kami berevolusi bersamanya," kata Frank Bozich, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SI Group. "Usaha penjenamaan semula ini adalah sebahagian daripada evolusi, dan juga sebahagian daripada revolusi, yang selari dengan budaya kami untuk menarik pekerja-pekerja berbakat yang akan meneruskan legasi kami dalam menyediakan penyelesaian serta nilai untuk pelanggan global kami."
Berasal daripada The Schenectady Varnish Company yang ditubuhkan pada tahun 1906, nama SI Group telah diwujudkan pada tahun 2006 untuk mencerminkan perubahan skop pasaran dunia yang sentiasa berkembang. Kini, SI Group memiliki 20 tapak di 10 buah negara, termasuk A.S., Brazil, China, England, Perancis, India, Korea, Singapura, Afrika Selatan dan Switzerland, dengan lebih 2,700 orang pekerja.
Latar Belakang SI Group
SI Group merupakan pembangun dan pengeluar utama global bagi perantaraan kimia, resin khas dan penyelesaian yang amat penting untuk kualiti serta prestasi sejumlah besar barangan perindustrian dan juga pengguna. Diasaskan pada tahun 1906 dan beribu pejabat di Schenectady, New York, SI Group merupakan sebuah syarikat milik keluarga dengan lebih 2,700 orang pekerja di seluruh dunia. SI Group mengendalikan kemudahan pengeluaran di lima buah benua dengan jualan tahunan sebanyak $1.6 bilion. SI Group adalah 'The Substance Inside'. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.siigroup.com.
Hubungi:
Tara Morgan
Pengurus Perhubungan Awam & Komunikasi
SI Group, Inc.
+1-518-347-4194
tara.morgan@siigroup.com