Peninju legenda dan penyokong humanisme diberi penghormatan kerana memberi inspirasi kepada orang ramai dan memupuk perubahan positif
LOUISVILLE, Kentucky, 18 September 2015 /PRNewswire/ -- University of Louisville hari ini menyampaikan Anugerah Semangat Grawemeyer yang julung kali diberikan dalam satu majlis awam di Louisville Palace yang dihadiri oleh hampir 1,000 orang.
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150917/267749
Anugerah Semangat Grawemeyer diwujudkan untuk menghargai para individu yang mana kepercayaan, tindakan dan impaknya kepada dunia adalah selari dengan matlamat Charles Grawemeyer dalam mewujudkan program anugerah yang mendukung nama beliau. Para siswazah UofL, ahli-ahli industri, para usahawan, dan para dermawan ingin menghargai idea-idea inovatif dan menggalakkan orang lain untuk menjadikan dunia yang lebih baik. Beliau mewujudkan anugerah ini pada tahun 1984 dengan dana awal sebanyak $9 juta. Anugerah pertama disampaikan pada tahun 1985.
"Walaupun En. Ali dan Charles Grawemeyer melalui jalan yang berlainan dalam kehidupan, destinasi mereka adalah serupa," kata Presiden UofL, James Ramsey semasa upacara penganugerahan itu. "Dunia yang meraikan setiap jasa individu; dunia yang mana inspirasi serta tindakan bakal mewujudkan perubahan; dunia yang setiap individunya mampu membawa perubahan positif dengan mengenal pasti kehebatan kendiri."
Anugerah Grawemeyer diberikan setiap tahun dalam lima kategori: komposisi muzik, pendidikan, keagamaan, psikologi, dan sains politik. Anugerah itu menerima pencalonan dari seluruh dunia dan pada masa ini, lebih $14 juta telah dianugerahkan kepada 133 penerima. Anugerah Semangat Grawmeyer merangkumi honorarium bernilai $100,000, sebahagiannya digunakan oleh Muhammad dan Lonnie Ali untuk mewujudkan biasiswa kepimpinan dengan pasukan Besbol University of Louisville.
"Muhammad berbesar hati dengan pengiktirafan yang diberikan oleh University of Louisville dan Jawatankuasa Anugerah Semangat Grawemeyer melalui Anugerah Semangat Grawemeyer yang julung kali diberikan," kata Lonnie Ali. "Dengan penerimaan anugerah ini, kami diingatkan bahawa kehidupan Muhammad terus memberi inspirasi kepada beberapa generasi dalam menemui dan membentuk jalan yang mereka lalui ke arah kehebatan dan memanfaatkan bakat serta kejayaan mereka untuk memperkasa masyarakat di seluruh dunia. Anugerah ini membolehkan warisan Muhammad, seperti mana warisan Charles Grawemeyer diteruskan melalui setiap individu yang mereka inspirasikan."
Wartawan dan ahli alumni UofL, Howard Fineman, pengarah editorial global untuk Huffington Post Media Group, menjadi pengacara bagi majlis itu, yang turut mempamerkan gambar tinjau balik, oleh jurugambar yang telah lama bersama Ali, Neil Leifer.
Upacara hari ini dimulakan dengan Sambutan Ulang Tahun ke-30 Anugerah Grawemeyer, termasuk ucapan-ucapan oleh para penerima Anugerah Grawemeyer. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, lawati grawemeyer.org.