omniture

Di Tengah Kota Moscow, 1,000 Hari Sebelum 2018 FIFA World Cup Russia[TM], Jam Pengira Detik Rasmi Dilancarkan

HUBLOT
2015-09-19 01:16 390

MOSCOW, 19 September 2015 /PRNewswire/ -- Hari ini, tepat 1,000 hari sebelum berlangsungnya 2018 FIFA World Cup Russia™, jenama jam tangan Swiss, Hublot berbesar hati kerana terlibat dalam pelancaran jam pengira detik rasmi untuk kejohanan itu, yang akan bermula pada 14 Jun 2018.  

Jam tersebut, yang telah dipasang di Dataran Manezhnaya yang berada di pusat bandar, terletak begitu hampir dengan Dataran Merah Moscow yang terkenal dan menampilkan jam Hublot gergasi sebagai sebahagian daripada struktur keseluruhan. Ia telah direka untuk mengekalkan Gaya Rasmi 2018 FIFA World Cup Russia™, yang memilih warna merah sebagai warna dominan untuk mencerminkan ciri-ciri seni bina Kremlin – salah satu tarikan pelancong utama di negara itu. Para penduduk di bandar yang terbesar di benua Eropah itu serta para pelancong yang datang mengunjungi Moscow tidak mungkin melepaskan peluang untuk melihat jam gergasi ini, dengan ketinggian melebihi 4 meter dan hampir 5 meter lebar!

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150918/268001)
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150918/268002)
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150918/268003)
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150918/268005)
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150918/268006)

Hublot merupakan Penjaga Masa Rasmi serta Jam Rasmi FIFA World CupTM dan, seperti mana FIFA World Cup di Brazil, jam tersebut akan turut kelihatan pada papan pengadil semasa berlangsungnya semua perlawanan bagi kejohanan itu.

Ricardo Guadalupe, Ketua Pegawai Eksekutif Hublot, mengulas: "Kami sekali lagi berasa gembira kerana berpeluang menjadi Penjaga Masa Rasmi FIFA untuk 2018 FIFA World Cup yang bakal berlangsung di Rusia. Rusia merupakan pasaran penting bagi Hublot, dengan para pelanggan Rusia adalah antara pembeli kami yang paling penting pada masa kini. Kami tidak sabar-sabar menantikan tamatnya kiraan detik 1,000 hari ini dan bermulanya kejohanan tersebut!"

Hublot dan bola sepak

Sejak tahun 2008, Hublot telah menjadi jenama mewah pertama yang terlibat dalam dunia bola sepak. Malah, Hublot merupakan "Penjaga Masa Rasmi" untuk Euro 2008. Idea penglibatan Hublot dalam sukan bola sepak dikemukakan oleh Jean-Claude Biver, Ketua Pegawai Eksekutif Hublot dan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Jam Tangan LVMH Group. Idea yang beliau kemukakan adalah untuk "pergi ke lokasi pelanggan berpotensi berada". Pada tahun 2010, syarikat itu menjadi "Penjaga Masa Rasmi" FIFA yang pertama dalam sejarah dan dua Piala Dunia Bola Sepak berikutnya, iaitu di Brazil pada tahun 2014 manakala di Rusia pada tahun 2018; gerakan yang besar ini memberikan perhatian global yang luar biasa kepada Hublot.

HUBLOT INTERNATIONAL ∙ Switzerlandwww.hublot.com - T +41-(0)22-990-90-00
Hubungan Akhbar Antarabangsa: Annabelle Galleya.galley@hublot.ch

SUMBER  HUBLOT

Source: HUBLOT
Related Links:
Keywords: Jewelry Retail Sporting Events Sports