omniture

Evidera Umumkan Evalytica™, Perisian Berasaskan Awan Generasi Akan Datang untuk Analisis Data Kesihatan Pantas dan Telus

Evidera
2015-09-21 18:00 128

BETHESDA, Maryland, 21 September 2015 /PRNewswire/ -- Evidera, penyedia terkemuka bagi penyelesaian berasaskan bukti untuk industri kesihatan, berbesar hati mengumumkan Evalytica™, platform perisian baharu yang direka untuk menyokong analisis hampir masa nyata bagi sebarang jenis sumber data dunia sebenar, termasuk tuntutan, rekod perubatan elektronik dan data daftar. Evalytica™ menggunakan format data standard dan kaedah analisis diterbitkan yang memberikan ketelusan serta membawa hasil yang boleh digunakan dalam penerbitan atau penghantaran.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150918/267999LOGO

"Evalytica™ menandakan dunia baharu untuk Evidera sebagai peneraju bagi alatan didayakan teknologi untuk menjana dan menyampaikan bukti yang melibatkan keselamatan serta keberkesanan produk," kata Jon Williams, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Evidera. "Fokus yang meningkat terhadap bukti dunia nyata bagi analisis keselamatan ubat-ubatan yang terhasil daripada inisiatif FDA Sentinel, Kerjasama Hasil Perubatan Daripada Pemerhatian (OMOP), serta Sains dan Informatik Data Kesihatan Daripada Pemerhatian (OHDSI) menjadikan alatan seperti Evalytica™ lebih penting."

Evalytica™ mengandungi repositori Aplikasi Analisis yang dihasilkan terlebih dahulu yang memberikan kemampuan analitik yang luas dalam bidang seperti keselamatan ubat-ubatan, epidemiologi, ekonomi kesihatan, dan keberkesanan perbandingan, bersama antara muka pemprograman untuk pembangunan Aplikasi Analitik tersuai. Ciri-ciri kolaborasi seperti pustaka kohort pesakit yang boleh diguna semula dan definisi keputusan kesihatan yang dapat diatur, dicari, dikongsi dan digunakan semula merentasi pengguna dan juga komuniti analisis, menggalakkan kolaborasi serta perkongsian berasaskan bidang kepentingan bersama, seperti bidang terapeutik, produk farmaseutikal, mahupun projek penyelidikan.

Direka bentuk oleh sepasukan perintis industri, Evalytica™ mengembangkan kekuatan teknologi analitik dunia nyata sebelum ini, di samping turut menangani kelemahannya. "Peluang untuk memanfaatkan salah satu pasukan penyelidikan paling disegani dalam industri sains hayat telah menjadi satu kelebihan yang hebat buat kami dalam membangunkan Evalytica™," kata Stephanie Reisinger, Naib Presiden Penyelesaian Teknologi, Evidera. "Evalytica™ memberikan pilihan kepada para pengguna untuk berhubung terus dengan para saintis Evidera bagi mendapatkan bantuan melalui pemilihan pangkalan data, definisi kohort, metodologi analisis, interpretasi hasil atau sebarang soalan lain yang berkaitan dengan sesuatu analisis."

Untuk menjadualkan demonstrasi Evalytica™, atau untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi www.evalytica.com.

Latar Belakang Evidera
Evidera, anak syarikat milik penuh Symphony Technology Group, menyediakan khidmat ekonomi kesihatan, penyelidikan dapatan, akses pasaran, analitik data dan epidemiologi untuk organisasi-organisasi sains hayat di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.evidera.com.

Wakil Media
Susan Potter Couch, Pengarah, Pemasaran & Komunikasi
Susan.Couch@evidera.com
+1 681 252 3342

Source: Evidera
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital New products/services