omniture

Philips dan Pusat Perubatan Universiti Radboud, Belanda memperkenalkan prototaip aplikasi diabetes pertama dengan komuniti dalam talian bersepadu untuk memperkasakan pesakit dan mempertingkatkan kesinambungan rawatan

Royal Philips
2015-09-21 21:35 182

- Komuniti maya generasi akan datang menghubungkan pengguna kepada penyedia khidmat kesihatan dan membolehkan mereka berkongsi data kesihatan peribadi pengguna dan data klinikal organisasi kesihatan 

- Melalui aplikasi mudah alih, pesakit dapat memerhatikan tahap glukosa darah, penggunaan insulin, zat pemakanan, aktiviti fizikal, emosi dan tekanan serta mendapatkan maklum balas berpandukan data dan latihan bimbingan* di rumah atau dimana-mana.

- Dibina atas platform digital HealthSuite berasaskan data simpanan awan Philips dan Salesforce App Cloud ; ditampilkan di Dreamforce 2015 di San Francisco

SAN FRANCISCO dan AMSTERDAM, 21 September 2015 /PRNewswire/ -- Royal Philips (NYSE: PHG; AEX: PHIA) dan Pusat Perubatan Universiti Radboud (Radboudumc) yang berpangkalan di Belanda hari ini memperkenalkan prototaip kesihatan digital yang menghubungkan penghidap diabetes dan penyedia khidmat penjagaan kesihatan mereka dalam membuat keputusan rawatan yang lebih yakin sambil mengurus kerumitan penjagaan diabetes dengan sendiri.  Dalam fasa pertama, penyelesaian yang dicipta kedua-dua organisasi ini akan  focus kearah pesakit yang menghidap diebetes tahap pertama.

Video - http://origin-qps.onstreammedia.com/origin/multivu_archive/PRNA/ENR/FX-NE9988220150911-1.mp4

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140122/NE50581LOGO

Sistem itu, terdiri daripada aplikasi mudah alih pesakit dan komuniti dalam talian, merupakan yang pertama mengumpul dan menghubungkan data daripada rekod perubatan elektronik, beberapa peranti kesihatan peribadi – termasuk meter glukosa tanpa wayar dan pemantau aktiviti – serta data yang dilaporkan sendiri oleh pesakit. Melalui telefon pintar atau tablet, aplikasi ini memberi pesakit akses kepada parameter penting seperti tahap glukosa darah, penggunaan insulin, dan zat pemakanan serta menyediakan latihan bimbingan * di rumah atau dimana-mana secara berterusan. Komuniti dalam talian yang selamat membolehkan para pesakit dan ahli-ahli kesihatan profesional yang berdaftar berinteraksi melalui mesej peribadi atau perkongsian maklumat berpandukan garis panduan klinikal sesebuah organisasi kesihatan. Dengan cara ini, pesakit boleh mendapatkan maklum balas daripada pasukan rawatan mereka menggunakan data terkumpul dan berkongsi pengalaman bersama pesakit-pesakit lain, doktor dan penjaga dengan mudah.

Kerjasama dalam penciptaan prototaip antara Philips, Radboudumc dan Salesforce disediakan dalam keluaran rintis menjelang akhir tahun ini, dengan rancangan untuk memperkenalkan penyelesaian rawatan berhubung yang serupa untuk menangani masalah kronik yang lain. 

Menyokong populasi kritikal dengan keadaan kompleks
Diabetes merupakan keadaan kronik yang lazim dan menimbulkan banyak kesan sampingan, dari segi penderitaan manusia dan perbelanjaan kesihatan global1 dengan hampir 400 juta orang di seluruh dunia menghidap penyakit ini2. Diabetes kerap dikaitkan dengan pelbagai penyakit kronik lain. Secara purata, pesakit diabetes perlu membuat sehingga 180 keputusan3 mengenai kesihatan mereka setiap hari, mengumpul dan menilai maklumat penting tentang faktor-faktor peribadi dan perubatan yang melibatkan tahap gula dalam darah hingga pilihan makanan. Pasukan rawatan pesakit diabetes boleh bertambah sehingga lebih 10 jenis penyedia rawatan berbeza4. Ini menjadikan kehidupan penghidap diabetes suatu yang rumit untuk diurus sendiri dant memberi tekanan kepada orang lain.

"Saya teruja kerana kami dapat menyediakan alat untuk menghubungkan penghidap diabetes dengan semua data dan peranti kesihatan yang berkaitan. Sistem kami membolehkan perkongsian data dan pengalaman dalam satu komuniti, yang mana mereka dapat bekerjasama dengan pesakit lain serta pasukan rawatan mereka dalam persekitaran yang selamat," kata Jeroen Tas, Ketua Pegawai Eksekutif Penyelesaian dan Perkhidmatan Informatik Kesihatan, Philips. "Terdapat peningkatan dalam keperluan terhadap penyelesaian yang dapat mempertingkatkan pengurusan diri dan kesinambungan rawatan bagi mereka yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes untuk mengurangkan kemerosotan kesihatan, kemasukan semula dan kadar kematian. Sistem ini telah direka oleh pesakit untuk pesakit dan menyediakan pengurusan kesihatan bersepadu sepenuhnya serta penyampaian rawatan dalam cara baharu, terhubung, cekap dan amat mementingkan pesakit."

"Kami ingin menggalakkan dan menyokong orang ramai untuk mengawal sepenuhnya penyakit mereka dengan memberikan alat bantuan dalam membuat keputusan yang betul. Hal ini bertepatan dengan misi kami ke arah rawatan kesihatan yang mementingkan penglibatan pesakit di Radboudumc," kata Cees Tack, Profesor perubatan dalaman di Radboudumc. "Pemerkasaan pesakit untuk menjadi rakan kerjasama sebenar dalam rawatan kesihatan mereka sendiri dengan memberikan mereka akses kepada data mereka dan memudahkan kolaborasi adalah kunci untuk menggerakkan perubahan merentasi populasi," tambah Lucien Engelen, Pengarah REshape Center di Radboudumc. "Melalui jalinan kerjasama dengan Philips, kami dapat mewujudkan rangka kerja digital yang diperlukan untuk menjadikan data boleh ditindakkan dan mengubah bagaimana pesakit berhubung dengan penyedia rawatan mereka dan komuniti sosial."

Dipacu oleh platform digital HealthSuite
Sistem ini dibina atas platform digital HealthSuite Philips dan CareCatalyst baharunya. Platform ini menghubungkan peranti dengan selamat dan mengumpul, menyepadukan serta menganalisis data pesakit daripada peranti pengguna dan juga peralatan perubatan terhubung, rekod perubatan elektronik dan data kesihatan peribadi. Melalui platform digital terbuka ini, sumber pengukuran sendiri dan kefungsian keseluruhan dapat dilanjutkan apabila teknologi pengukuran pengguna kesihatan digital baharu disediakan. CareCatalyst merupakan kit alat digital yang lebih memudahkan sistem-sistem kesihatan, institusi-institusi dan para penyedia rawatan menggunakan kuasa platform digital HealthSuite sebagai penyelesaian setempat terkhusus.

Program Kesihatan Peribadi Philips untuk kekal lebih sihat dan membantu mencegah penyakit
Agar terus dapat memberi komitmen untuk menyokong orang ramai dalam bidang kesihatan, baru-baru ini, Philips turut memperkenalkan yang pertama dalam siri program kesihatan peribadi bagi memperkasakan pengguna untuk kekal lebih sihat serta membantu mencegah penyakit. Setiap program kesihatan terdiri daripada peranti pengukuran kesihatan terhubung, program terperibadi berasaskan aplikasi dan analisis data berasaskan awan yang selamat serta dibina di atas platform digital HealthSuite. Program kesihatan peribadi Philips akan memperkasakan individu: untuk mengukur tanda-tanda penting bagi memahami sejauh mana pilihan gaya hidup memberi kesan kepada tubuh badan mereka; untuk menetapkan sasaran dan memantau perkembangan kesihatan mereka; dan untuk kekal bermotivasi melalui program pintar, dibangunkan bersama para doktor dan ahli-ahli psikologi utama, memberi maklum balas kepada perkembangan individu serta memberikan saranan terperibadi.

Prototaip sistem diabetes ini akan ditampilkan secara langsung oleh Jeroen Tas dan Lucien Engelen di persidangan Dreamforce 2015 yang berlangsung di San Francisco, pada 15-18 September. Bagi mengetahui perkembangan selanjutnya, kunjungi www.philips.com/dreamforce dan ikuti perbualan #DF15 melalui @PhilipsLiveFrom.

Gambar beresolusi tinggi boleh dimuat turun di sini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Kathy O'Reilly
Philips Group Communications
+1 978-659-2638 (mobile) +1 978-221-8919
Kathy.oreilly@philips.com 
Twitter: @kathyoreilly

Marloes de Vink
Radboudumc
+31 24 3668799 (mobile) +31 06 52 02 81 72
Marloes.deVink@radboudumc.nl 

Salesforce dan lain-lain adalah tanda niaga salesforce.com, inc.

Latar Belakang Royal Philips:
Royal Philips (NYSE: PHG, AEX: PHIA) merupakan sebuah syarikat kesihatan dan kesejahteraan pelbagai, yang memfokuskan untuk menambah baik kehidupan orang ramai melalui inovasi bermakna dalam bidang Kesihatan, Gaya Hidup Pengguna dan Pencahayaan. Beribu pejabat di Belanda, Philips mencapai jualan tahun 2014 sebanyak EUR 21.4 bilion dan menggaji sekitar 106,000 orang kakitangan dengan jualan dan perkhidmatan di lebih 100 buah negara. Syarikat ini merupakan peneraju dalam rawatan jantung, rawatan akut dan rawatan kesihatan di rumah, penyelesaian pencahayaan jimat tenaga serta aplikasi pencahayaan baharu, selain pencukuran dan juga dandanan lelaki dan penjagaan kesihatan mulut. Berita daripada Philips boleh didapati di www.philips.com/newscenter.

Latar Belakang Platform Digital HealthSuite
Platform digital HealthSuite merupakan infrastruktur IT terbuka yang menyokong pengumpulan data selamat berkaitan kesihatan dan gaya hidup seseorang, membolehkan penyepaduan dan analisis dilakukan terhadap data ini. Platform ini membolehkan cadangan Philips yang menghubungkan peranti pengukur kesihatan dengan analisis data berasaskan awan bagi menyediakan program kesihatan peribadi dan klinikal berasaskan aplikasi yang boleh ditindakkan, mendorong kerjasamaantara pengguna, pesakit dan penyedia rawatan dalam bentuk yang paling meluas. Berasaskan maklum balas daripada data yang mesra pengguna dan menyeluruh, para pengguna, pesakit dan penyedia rawatan dapat membuat keputusan berkaitan kesihatan serta gaya hidup dengan lebih yakin.

Latar Belakang Pusat Perubatan Universiti Radboud
Pusat Perubatan Universiti Radboud merupakan sebuah institusi rawatan pesakit, penyelidikan dan pendidikan & latihan, terletak di Nijmegen, Belanda. Misi kami adalah untuk mendatangkan impak yang besar ke atas penjagaan kesihatan. Kami menyasarkan untuk menjadi perintis dalam pembangunan penjagaan kesihatan yang inovatif, lestari dan berpatutan dengan menawarkan rawatan kesihatan berkualiti tinggi, berpenglibatan sertapenjagaan kesihatan peribadi, dengan kecemerlangan operasi dan juga rangkaian lestari. Hampir 10,000 orang kakitangan dan lebih 3,000 pelajar kami melakukan yang terbaik setiap hari untuk memberi sumbangan positif kepada masa depan kesihatan serta sains perubatan.

* Tidak disediakan di AS. Aplikasi ini masih dalam proses pembangunan dan bukan untuk kegunaan perubatan. Bimbingan yang diberikan tidak seharusnya dianggap sebagai nasihat atau rawatan perubatan. Sentiasa dapatkan nasihat penyedia rawatan kesihatan berdaftar anda sebelum melakukan perubahan kepada preskripsi ubat-ubatan anda.
1International Diabetes Federation 
2International Diabetes Federation 
3Stanford Medicine Scope 
4Diabetes.org 

Source: Royal Philips
Related Stocks:
EuronextAmsterdam:PHIA NYSE:PHG
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Internet Technology Medical/Pharmaceuticals Multimedia/Online/Internet Broadcast feed announcements New products/services